FoLLoweRs

Tuesday, April 28, 2009

Next time we kick itu road.

Lepas maghrib tadi call uyi. 2-3 kali call petang tadi tapi tak dapat cakap ngan dia.

Rindunya!

Dia tengah nak buat susu untuk seekor anak kucing yang kesejukan akibat hujan lebat petang tadi. Terdengar anak kucing tu mengiau-ngiau waktu uyi cakap ngan aku.

'uyi dah mandi?'

'dok lagi'

'uyi ni... lepas ni mandi tau. Anak kucing pandai pulak jaga, tuan dia tak mandi'

'takpe la.. uyi lebih rela tak mandi asalkan haiwan uyi ni tak sejuk'

Eceh cehh.. pandainyer dia menjawab.

Hm hari ni dia peksa Matematik dan Agama kalau tak silap. Sempat la dia bertanya beberapa soklan math.

'ibu, kalu dia oyak (tanya) nearly ten 1986 , dio jadi 1990 dih (kan)?'

'ha ah. uyi jawab 1990 ye? betul la tuh'

'ho.. uyi teringat yang cikgu ajar masa darjah dua'

'pandai anak ibu' cam biasa la kena puji sket.

Pastu ada lagi dia tanye tapi aku tak dapat nak jawab sebab tak berapa faham apa soklan tu. Ye la, paper takde depan mata payah la sket. Buatnya tersalah paham dan tersalah jawab, lagi naya. Nak tak nak terpaksa aku janji nanti ibu balik kite wat sama2 eh.

Haih. Saat itu aku lah ibu yang paling teruk sekali dalam dunia.

Dia mengadu lagi ada beberapa soalan math yang panjang2 yang dia tak dapat jawab sebab susah. Aduhai... kesian anak aku... Maafkan ibu sayang. Ibu tak layak untuk anak cerdik dan bijak macam uyi. Ibu tak dapat tolong uyi disaat uyi perlukan ibu.

Aku kompem tak pergi off road. Sebab dik jarr cakap abah nak datang khamis nanti dengan uyi. Hehe. Dia terlepas cakap.

Yeahaaaaa.... sonoknya. Memang abah ada cakap nak datang dalam masa terdekat ni. Ohoo.. patutlah berkali2 abah kate takyah risau la pasal uyi tu... tak yah risau. Rupenya nak wat surprise utk aku. Ehehehe.

Dan aku dah start tersengih-sengih. Ahaksss.
Dapat text mesej dari Joe.

'1hb ader plan? Jom off road.Kt air terjun.Pegi jumaat pagi balik sabtu petang'

Hah. Aku nak pergi! Dah lama aku tunggu. Tapi... aiseh.. kerja tengah banyak ni. Dah le minggu ni tak masuk ofis. Minggu depan 4 hari kena gi Langkawi.

Kerja kat ofis berlambak. Pending jerk. Camno??

Tapi bile lagi kan? Nak tunggu next punyer off road tak tau biler pulak.

Ala... kerja sampai mati pon tak abis kan?

Buat apa kat miting ni??

Langsung dari Citrus Hotel KL.

Sementara menunggu bahan untuk dimasukkan dalam buku info bahagian tempat aku kerja ni, apalagi layan tenet lah.

Sempat cek email, layan blog. Yang best tu sempat sedut sebanyak mungkin macam2 jenis lagu dari Suhairun. Haha baru aku tau mamat ni layan gig sejak dari kecik lagi. Huhu.

Banyak lagu2 dari band indie dalam koleksi dia termasuk lagu Butterfingers yang latest yang aku tak sempat2 nak beli. Hehe. Paling rare lagu Loque.

Tak sabar nak layan kat bilik nanti.

Sementara tu... huarghh...bosan giler nak menghabiskan meeting ni. Sampai Khamis nanti pulak tu. Bercenta sunggunh!

Well, i guess im ok now. Malas nak pikir benda2 yang menyesakkan napas.

Rindu sangat2 kat uyi. Tak sabar nak balik kampung lepas abis kursus kat Langkawi next week. Nak beli coklat banyak2 untuk dia.

Uyi... miss u bebeh!!!

Wednesday, April 22, 2009

Ronggeng frustasi

Skang minggu blues yea.

Karma

Karma.

Percaya pada karma? Yeap.. agaknya. Mungkin.

Itulah.

Pernah mengecewakan.

Sekarang dikecewakan.

Pernah menyakitkan dengan luka yang paling dalam.

Sekarang rasalah luka yang pernah diberi dengan parut2 yang tak hilang.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Sekarang dah tau macamner beratnya beban itu dan sakitnya bahu menanggung.

Aduhhh... sakitnya hati ini...

Hati.. jangan bersedih

Semalam lepas balik kerja layan karaoke kat Alamanda kejap. Shoping ala kadar.

Nyanyi lagu2 sedih. Nyanyi lagu jatuh cinta. Huk ala..

Makan food peberet kat foodcourt. Sizzling yee mee. Sama air tembikai.

Kul 10 balik. Mandi. Syampu rambut. Masa mandi rasa cam nak nangis. Tapi air mata tak keluar.

Pastu solat Isyak. Maghrib tadi dah terbabas. Pon tak nangis masa mintak doa ngan Tuhan. Tapi mata rasa cam panas. Aduhai... kenapa susah sangat air mata nak keluar? Kenapa susah nak nangis?

Aku nak menangis puas2. Aku nak keluarkan air mata ni. Ia sungguh menyeksakan. Ia sungguh membebankan. Menyakitkan. Memilukan. Menyedihkan.

Alas... nak menangis pon tak mampu. Macam sedih sangat. Ye.. bukan soal sedih yang keterlaluan tapi rasa lemah. Tak bermaya. Malas. Ibarat menunggu ajer apa yang tiba. Isk apa ni...

Lepas tu terus tido. Malas nak pikir apa2. Malas nak mesej sesiapa. Dan buat pertama kali kekasih gelap tak mesej langsung. Arh.. Malas nak fikir.

Aku nak tamatkan semua ni. Aku nak keluar dari belenggu ini. Sungguh skang rasa lost. Down. Rasa nak terjun ke dalam air yang sejuk. Selam. Menyelam ke dasar dan tanak timbul untuk seketika.

Huk ala... sebenarnya sakit ini tidak teruk. Aku yang terlalu melayan perasaan. Mengikut emosi. Sebenarnya takde apa. Heh.

Mungkin... sebab aku dah lama bersendiri tanpa teman yang betul2 boleh digelar teman, sebab tu aku terlebih sensitif. Sebenarnya takde apa.. takde apa.

Peliknya... semalam aku seolah tersedar. Terkenang kesilapan lalu. Menyesal seusia pon tak guna. Tapi... apa lagi yang mampu aku buat untuk betulkn keadaan. Benda dah berlaku dan berlalu. Kalau boleh ingin dilahirkan semula untuk betulkan keadaan. Boleh kah?

Dan untuk kesekian kalinya, aku semakin benci dengan ex-husband. Kemaafan dah lama aku beri tapi kebencian makin menebal. Aku bukan menyalahkan dia sepenuhnya tapi berjumpa dia telah mengheret aku ke dunia yang penuh duri dan duka. Untuk kali yang keberapa ntah, alangkah baiknya jika aku tak berjumpa dia. Alangkah...

Tuhan... jika diizinkan.. aku ingin dilahirkan semula...

Tuesday, April 21, 2009

;(

Hukhukkk.................

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!!!!

aku rasa nak demam.....

Memang yer.

Bodohnyer perasaan ini....

Jangan cakap banyak, salah sendiri.

Ni la orang cakap.. pencegahan awal tu penting.

Haih...! Pergi mampus la dengan itu semua.

Ni yang buat aku menyampah dengan lelaki ni. Arhh... Bosannn..!

Maybe single is the very best!

Sedihnyer..

.

Kadang2 aku terfikir alangkah bagusnyer kalau pemikiran aku seperti sesetengah orang puteh yang tak kesah tentang centa dan sex.
Yang tak menitikberatkan soal feeling. One nite stand pon bleh jatuh centa. Kalau tak jadi pon takpe. Putus cinta adalah normal. The past is past.
Huwaaa..... aku nak nangis di bahu siapa.....

Putus Cinta?

Sakitnyer hati bile putus cinta.

Sejauh mana sakit tu?

Rasa lemah2 badan.. longlai. Yang paling teruk lemah semangat.

Perlu kekuatan untuk pulihkan jiwa dan semangat. Perlu keberanian untuk teruskan hidup.

Aku putus cinta ke? Tak lah. Frust je. Hehe. Sebab kenyataannya tak seperti diimpikan.

Jadi, mulai hari ini aku nak putuskan semua jenis bentuk hubungan dan perasaan. Kekasih gelap ke, cerah ke, separuh masa ke semua aku tak perlukan dah. Aku tak peduli. Semua itu menyakitkan. Perasaan yang memualkan.

Seeloknyer, be natural.

Aku tak sanggup merasa sakit lagi. Kecewa. Sedih.

Sepatutnya aku ni jadi lone ranger je. Takkan rasa kecewa, frust atau apapon. Yela, cuma rasa sunyi. Hadoiiii.... jantung aku rasa nak gugur!

Makkkk.. apsal aku rasa cam nak nangis. Hukhukkk......

Aku tak sepatutnyer teruskan hubungan yang aku tahu takkan berhasil. Kenapa la aku layan perasaan tu. Huk alaa...

Rilek... tarik nafas panjang. It's not the end of the world.

Balik nanti aku nak nangis puas2! I must stop it. Ini mesti diakhiri. Blues ini mesti berakhir.

Dan esok aku kena mulakan hari yang baru.

Persoalannya.... bilakah esok itu.....

Friday, April 10, 2009

MUH cakap lalalala kerjalah.

Tapi kerja sekarang macam neraka.

Esok lusa kena datang ofis. Arahan dari bos.

8 jam sehari memang tak cukup. Aku add lagi 2-3 jam. Masih tak memadai. Esok lusa kena tumpu pada kerja lain pulak. Arahan dari bos.

Mana nak rehat? Bile masa aku nak basuh bakul rotan yang baru aku beli kat Ayer Itam utk letak baju2 uyi?

Ingat nak jalan2 kat cameron sabtu nikh. Tensen giler. Kepala otak dah tepu dengan kerja. Balik umah kadang2 teringat kerja. Sampai tak sempat nak pikir apa perasaan uyi bile babah dia datang ahad lepas!

A ah. Babah dia datang. Siap msg dan tepon aku lagi inform nak tengok uyi. What the fish! Camaner plak dia bleh dapat nombor tepon aku? Yang aku menyampah macam2 pulak soklan dia pasal uyi. Yang paling aku bengang bile aku tak jawab msg mengarut ntahapahapa dari dia, mula la nak cakap aku ni macam2. Eh ader aku kesah?

Yang paling memualkan dia bleh ngadu kat uyi yang dia rindukan aku. Huh. Pls lah. Betul2 aku kena sediakan baldi kat sebelah ni untuk muntah.

Tapi uyi tak tau apa2. 'Bakpo ibu mace tok hepi jah babah rindu kat ibu?' Hukhuk.

At the end, biarlah. Anak dia. Hak dia jugak. Tapi yang aku tau, uyi tetap sayangkan aku dan akan ikut aku walau apapon.

Hari ni entah pukul baper pulak aku nak balik.

Cume mintak2 la next week takde yang urgent. Sebab aku nak pergi jalan2 ngan somebody yang ter.... er tersayang. Eh tak lah. Yang agak istimewa. Hekhekhek.

Eniwei.. happy birthday to budak comel. Ari ni besday dia. 3 hari lepas pulak besday bos yang sweet sweet talker tuh. Ahakss..

Tuesday, April 07, 2009

malas nak tulis.

hah pokok kat belakang tu le aku buat aksi terjunan. Hehe.. diorang cakap aku macam budak2. Peduli ah..Huhu. Wehh bukan senang nak panjat pokok tu.



bestnya main buai



akak ni namanya liza. 2 hari sebelum balik baru aku tau dia sama status ngan aku. Aisehh.. tak sempat nak kongsi banyak citer kak!




best! hujan gitu

boleh tak aku letak gambar ni?


Expose sket.. Hehe.

Aku sebenarnya segan nak letak gambar sendiri, jadi aku letak gambar ni je lah.

Masa ni da abis kursus dah. Semua pakat2 nak balik.

Banyak gak gambar ala2 Titanic masa atas feri ni. Hehe. Sonok.

Err... agak2 budak comel ada ke kat situ? Hahahaha....

uyi dan cousin


Uyi sayang betul dengan bad@alia. Suke betul dia ngan budak2.