FoLLoweRs

Thursday, May 21, 2009

Entry yang tidak bertajuk.

Ader seseorang di kampung merisik.. Heh Adik2 aku pakat gelak.

Ampeh!

Tak sabar nak tunggu uyi datang. Uyi dah countdown semalam 'lagi 9 hari uyi datang'.

Dia list downkan tempat percutian dan perkelahan yang mesti aku bawak dia sepanjang cuti sekolah 2 minggu ni. Sungguh padat!

Erk. Mati aku. Budak itu sungguh demand semenjak akal dia dah mencapai angka 9 ni. Tak reti aku tolak mendengarkan jawapan dia yang sungguh licik dan rengekan dia yang lemak2 manja. Alahai anak ibu! Kite tak sempat nak pegi semua tempat tu sayang.

Aku remind dia jangan lupe bawak buku matematik. Nak buat bahagi. Oh ya. Peksa kali ni dia dapat nombor 5. Ok la tu, ader peningkatan. Nombor paling cemerlang uyi penah dapat ialah 4.

Dia selalau tanyer aku sayang dia tak walaupon dia tak dapat nombor satu. Hehe. Uyi uyi. Aku selalu cakap, uyi kentut bucuk pon ibu sayang tau!

Uyi, i luv u bebeh!

5 comments:

eddie dewanaga said...

way to go, Uyi...!!!

*ibu Uyi kena risik..?
hahaha... ni mesti owner kilang beras ni, pastu mesti bila dia jumpa lu, dia bilang...

"...lepah nikoh ni, tok payoh tingga KL lagi deh, mari duk sini denge abe, buleh tulong jugok jago kile beghah tu..."

(lepas kawin nanti, tak payah duduk KL lagi, tinggal dengan abang kat sini, boleh juga bantu abang di kilang beras tu)

hahaha... Oops!
gurau je beb, betul tak apa yg gua taip versi kelantan tu..?

lu jgn marah/ kecik ati pulak!

deaf_angel said...

congrats uyi no 5.

yep, cuti pun tetap kena buat revision huhu.
sekolah sekarang, maths subjek killer ah

cLinaku said...

eddie,
apa kater kite tuko jadi tokey kedai mas? amacam??

hahahaha...versi kelate lu mmg terer beb!bravo!suko kawe baco..huhu


deaf,
uyi cakap time kasih uncle deaf_angel..uncle memang ensem!

uyi skang tgh gian nak buat bahagi.baru dia tau learning is fun!

Portdy said...

Tahniah to Uyi,

tak kesah lah sis Uyi dapat no berapa (as long dalam top 10), yang penting mesti Uyi dah buat yang terbaik untuk bonda dia...

... tunggu nasib anak wa pulak dah sekolah nanti camne lah hai...ni kecik2 main jek tau nye.

cLinaku said...

portdy,
uyi kater tengkiu!

takpe.. kecik2 la kasi anak lu main puas2.dah nama pon budak kcik apa lagi dia tau selain dari main kan.owhh bestnyer jadi budak kecik.hehe