FoLLoweRs

Tuesday, February 08, 2011

Hai!




Sebenarnya banyak yang nak ditulis.

Kadang2 tu, idea datang tiba2 tak tentu masa. Tengah makan, tgh mandi, tgh drive, tengah lepak2. Apalagi waktu tengah berangan atau nak tidur, lagilah macam2 rasa nak tulis dalam blog. Macam best je.

Kadang2 tengah bizi pon tetiba terasa nak bloging.

Tapi bila mengadap pc atau laptop atau bila ada kesempatan, blank. Blur. Tak tau nak start camaner. Haih.

Sekarang buka blog pon sekejap, kadang2. Sibuk. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan hidup. Nak baca blog feveret, terpaksa simpan dulu sebab masa tak banyak. Nanti tak concentrate. Tak sedap la pulak.

Nak upload gambar masa birthday party uyi kat kampung hari tu pon rasa malas2 lagi. Memang tak sabar nak upload tapi tak sempat lagi. Gambar banyak tapi nak pilih2 jugak.

Tapi dalam sibuk2 pon, hari2 aku mesti buka. Huhu. Paling tak pon aku mesti bukak blog aku sendiri, sebab di sinilah bermulanya penjelajahan ke blog2 lain.

2-3 hari ni aku kena rehat2 banyak banyak banyak. Aku hanya akan ke ofis sahaja. Nak keluar? Nanti dulu... Nak makan2, aku akan jalan kaki. Aku tanak naik kereta!

Trauma jem gile babas dari Bentong ke KL Dah la kat Machang-Kuala Krai pon jem panjang. 2 kali aku diselamatkan Tuhan dari kena saman abang polis sebab redah laluan kecemasan. Aduyaiii..

Tak sangka aku jadi berani sekejap potong belah kiri tuh. Yela... menanges aku tengok deretan kereta yang beratur.... Ini macam berapa lama baru sampai KL? Haru!

Hampir 15 jam dalam kereta bikin terbakar montot. Pembuluh darah kat kepala rasa nak pecah. Urat tengkuk dan segala macam urat rasa kejang, keras dan tegang sangat.

Kepala sakit, mata ngantuk, badan penat, bahang dan hangat.

Ikutkan, memang tenaga dah takde. Tak larat nak drive. Tapi dipaksa jugak. Nak sampai, nak sampai. Cepat lah...

Tapi dalam letih dan penat tu aku masih sedar, dan aku rasa aku bleh kontrol lagi walau kepala ni dah nanges mintak tolong, so aku jalan jugak. Esok Isnin, nak keje!

Aku gerak dari rumah Ahad petang jam 330 dan sampai ke Tasik Selatan 6pagi...

Keluar dari kereta rasa tubuh ringan dan melayang. Terus flat. 10am aku sms bos cakap tak masuk ofis.

Hukhuk... takmo dah aku naik kereta balik kampung. Aku nak naik keretapi. Uwaaa....
Penattttt.... penat sangat.

Ok. Back to work. Mengamuk kang budak2 ni gaji diorang tak buat lagi!




2 comments:

deaf-angel said...

Long weekend ramai orang balik kampung la apa la..

aku dengar cerita la, hari ahad tu, selalu bas kl gi jb harga 31RM kan?
tu hari... dah naik harga sampai 80RM pasal dah desperate giler ramai orang

giler beb cny tahun ni..

eddie dewanaga said...

pengalaman tu mahal, next time, lebih beringat sebelum melangkah.