FoLLoweRs

Friday, February 25, 2011

Permaisuri.




Semalam balik jam 8.30 malam dari ofis sambil layan Permaisuri di radio. Teringat pulak ada sorang member tu yang minat lagu ni. Heh. Mane dia hilang? Blog takde, fesbuk pon sama. Hermm.. rindu pulak.

'Percutian' di Kuantan terpaksa habis awal. Sepatutnya kami balik hari ni (Jumaat), tapi sebab beberapa masalah terpaksa balik hari Rabu. SPRM pulak masuk ofis, kecoh sekejap.

Sebagai penyedia Local Order dan payment di jabatan kerajaan, secara tak langsung aku terlibat jugak. Err... takde pape takde pape. Tak buat salah nak takut apa kan. Fuhh.

Dalam banyak2 meeting dan kursus yang aku pergi, tilam dan bantal Vistana Kuantan paling best. Sangat2 syok! Empuk dan mengghairahkan. Ekekeke. Sedap giler tidur. Tenggelam. Dan hari2 jugak aku berendam, mebi sebab letih jadi bila dapat berendam rasa sangat selesa.

Kerja kat ofis pulak buat aku nak kawen dengan orang-kaya-kampung-petualang-tiga cepat2 dan berhenti kerja. Overload! Tak tau nak buat mana satu. Nak sort pon aku dah bengong. Sebabnya, harus setelkan ABM 2012-2013 terlebih dulu which is deadline dia Isnin nanti.

Weekend ni nampaknya terpaksa berkampung kat ofislah. Permintaan pak ngah tak dapat aku tunaikan lagi. Hehe. Apa dia? Tunggu dulu. Kalu jadi (apa2 lah) akan aku tulis. Kalau tak jadi, pon akan aku tulis. Cuma rasa nak tergelak. Mengenangkan ma, abah, abang pakat2 nasihatkan yang terbaik untuk aku. Uyi buat derk, seolah2 taktau. Adik2 mensupport sepenuh hati, start berangan. Huhu. Aku tak berangan, tapi terlintas di fikiran je. Lawak. Kelakar. Tapi apa salahnya ikut cakap orang tua dan ikut style zaman dulu sikit2.

Meh hayati lirik lagu Permaisuri yang automatically buatkan aku teringat blogger yang best ini. Peel aku ni, apa2 lagu yang diperkenalkan atau diminati oleh kawan2 pasti aku nak dengar balik dan nak selami apasal dia suka lagu tu dan mana part yang best. Dan lepas tu aku akan selalu layan. Walhal sebelum ni aku tak penah peduli pon lagu tu, entah2 menyampah. Layan bukan sebab aku pon suka lagu tu, tapi sebab entah. Takde sebab pon. Agaknya, tu salah satu cara aku rasa aku ada kawan kat sebelah dan dekat dengan dia kot.

Apapon, doakan aku diberikan kesihatan yang baik. Ameen... aku tak ingin hidup seribu tahun pon, cukuplah sehat tubuh badan. Sakit sakit ini.

Carpe diem.





Aku rela hidup dengan mu
Demi bahagia...
Hanya Tuhan bisa memisahkan kita

( korus )
Di jaga dan lena kukuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk sunting jiwamu

Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi
Bersamamu...

Kubinakan mu istana
Aku rendakan bahagia
Dengan niat suci
Kaulah permaisuri

Sambutlah cinta abadi
Genggam dan semat di hati
Manisnya asmara
Kekal selamanya

2 comments:

broken.nigina said...

huhu..suka lagu ni..

Day Dreamer said...

errr....SPRM masuk opis??

takda apa apa yg salah kan?

=)

lagi satu...

'Permintaan pak ngah tak dapat aku tunaikan lagi. Hehe. Apa dia? Tunggu dulu. Kalu jadi (apa2 lah) akan aku tulis. Kalau tak jadi, pon akan aku tulis. Cuma rasa nak tergelak. Mengenangkan ma, abah, abang pakat2 nasihatkan yang terbaik untuk aku. Uyi buat derk, seolah2 taktau. Adik2 mensupport sepenuh hati, start berangan. Huhu.'

menarik bait bait ayat tu....huhuhuh...ada papa ke?? ehemm..