FoLLoweRs

Wednesday, November 30, 2011

Jangan pisahkan




November 2011 berakhir hari ini.

Esok dah 1 Disember. Perghh. Pantas masa berlalu. Lagi 31 hari je lagi nak masuk tahun yang baru, 2012.

Eniwei, salam Maal Hijrah. Hari ni dah 4 Muharram 1433. Semoga ada penghijrahan ke arah kebaikan. Ameen....

Dulu, setiap kali tahun baru aku sibuk2 beli diari. Percaya atau tidak, aku start tulis diari masa Darjah 6. Terus sambung ke sekolah menengah.

Diari tu aku tulis dan simpan sampailah aku praktikal. Lebih dari 10 diari aku ada. Macam2 kaler. Tapi sekarang satu pon takde. Aku pon heran camaner bleh hilang. Mungkin aku dah buang dan bakar tanpa sedar. Hehe.

Tapi nak cite cket, diari masa aku form 4 lah yang paling best. Sangat manis. Sangat indah. Sangat memorable. Sangat sentimental. Sangat touching. Dan sangat menggetarkan kalbu.. even sehingga saat ini. Ewwwww.

Tapi sekarang aku ada blog. Cuma blog tak boleh tulis macam diari if too personal. Sebab blog ada orang baca. Diari tak. Hanya aku dan Tuhan saja tahu. Dan jugak adik aku yang curi baca!

Jadi diari dengan aku bukanlah satu hubungan yang asing. Diari=blog. Blog=diari. Tak bukak sehari rasa tak sedap badan. Tapi sekarang ni hari2 bukak pon tak dapat nak tulis.

Idea takde. Malas ada.

Huhu. Dah memang dasar pemalas!



1 comment:

deaf-angel said...

dulu kecik2 aku baca diary of adrian mole
skarang aku baca buku diary of a wimpy kid lak.
lawak giler.