FoLLoweRs

Friday, August 03, 2012

Yang penting, ingatlah insan tersayang.




Baju raya sana sini. Selendang, shawl, kasut, kuih semuanya meriah. Lagu raya dengar sana, dengar sini. Cerita2 cuti, jem, rendang, tukar duit raya pon tak kurang hebat.

Bahang dah terasa. Ketupat besar kat lampu2 jalan raya dan pokok2 memang dah lama tergantung sehari sebelum puasa lagi.

Ringtone pon tukar lagu raya.

Pendek kata, semangat nak raya dah nampak dah sikit2.

Aku pon dah start semangat. Tahap suam bolehlah.

Cuti dah start apply. Jalan balik ke kampung pon aku dah survey. Ini tahun aku tukar laluan. Ini tahun aku terpaksa drive, membawa arowana balik ke Tanah Merah.

Tapi ini tahun aku takkan meredah hutan Merapoh dan Gua Musang lagi. Ini tahun aku main panjat2 bukit kat Gerik-Jeli pulak!

Entah tak tahu macamaner jalan kat sana. Tapi menurut kata orang, jalan kat sana agak berbukit dan curam dan bahaya dan selekoh tajam2 dan bla bla bla. Belum kira bapak gajah tidur tengah2 jalan. Tapi itu dululah. Sekarang, pon masih berbukit juga tapi mungkin tak seteruk dulu. Jalan dah ok. Cuma yang bahaya tu sebab kawasan agak berbukit dan selekoh2.

Bapak gajah pon masih suka landing atas tar, tapi tak kisahlah sebab aku bajet akan lalu jalan tu awal pagi. Jadi, gajah2 pon dah bangun masa tu, insyaAllah tak kacau perjalanan aku. Alaa.. kan raya . Mesti banyak kereta lain jugak, kan?

Aku tak bawak laju pon. Bawak 80-100km sejam sudahlah. Yang paling penting aku taknak lalu hutan Gua Musang lagi. Dengan jalan yang agak kecik dan sempit, aku rasa mual. Tu belum kira jem lagi.

Tapi jalan Gerik ni pon aku tak sure jugak macamaner. Tapi rasanya lane agak besar kot. entah. Tapi abang cakap, jalan ok. Biasa je. Ala.. Gua Musang aku boleh lalu, takkan Gerik tak boleh, ye dop?

Yang penting, aku akan lalu highway ke utara, menuju ke Kuala Kangsar. Jalan yang selesa dan besar. Bolehlah suruh adik aku drive, aku tidur sementara nak sampai ke Gerik tuh.

Saje nak try jalan sana Kalau ikutkan google map, jarak km Gerik tu jauh sikit daripada Gua Musang. Entah. Kadang2 google ni bukan betul pon. Bengong jugak. Tak boleh percaya bulat2.

Jadi, aku ikut kata hati. Hati rasa tahun ni nak balik ikut Gerik, nak try. Tak try tak tau, kan?

Haih. Tak sabar pulak rasanya nak balik kampung. :-)


3 comments:

deaf-angel said...

hoi mak uyi.

smalam aku dengar ceta la pasal orang dari KL nak balik Kelantan beraya. Memang dahsyat, kelakar pun ada.

Mana yang nak elak timing waktu keras kat apa highway tu, aku boleh lupa lak padahal ni highway paling famous apa nama tu??
Yang jem giler berjam2.

Mana ambik cuti awal, keluar KL awal, bas tiket abis awal.

Even on the raya itself nak pegi kampung A gi kampung B pun dah boleh nampak keta jem kat jalan.

Aku dengar je la.

cLinaku said...

karak.
haunted.huhu.
ada skali tu, aku park tido betul2 sebelum tol.dekat tepi tu sbb r&r takboleh masuk. penuh giler.
raya 2 tahun lepas kot.jem berjela2.sib baik kete kecik, boleh nyelit :)

deaf-angel said...

ahhh karak hiway... boleh lupa lak..

first day raya nye sokkabar kosmo pun ada cerita2 seram kat karak tu...latest2 lak tu.