FoLLoweRs

Friday, November 30, 2012

Salam.




Kalau boleh, aku rasa nak bakar je ofis aku ni. Biar musnah semua. Biar semua orang takleh kerja. Biar semua orang kena ambil cuti. Biar semua orang tak perlu datang ofis. Biar padan muka semua, termasuk aku. Biar biar.

Menyampah.

Kadang2.... bukan kadang2 lagi dah. Lately, terasa sangat menyampah nak datang ofis. Apalagi nak hadap kerja2 aku ni. Nak menghabiskan sisa2 2012, setelkan kerja. Aduhhh.. Sakit sangat rasa hati. Umpama orang yang sakit pinggang tapi terpaksa jugak berjalan. Sudahnya, sepuluh langkah pan ambil masa sepuluh minit untuk sampai. Giler sakit!

Belum masuk bab politik ofis. Itu memang taik. Sangat busuk. Sangat mual sampai rasa nak terkeluar semua isi perut termasuk dengan usus-usus sekali.

Biarkan mereka semua dengan dunia masing2. Layankan aje orang yang perasan diorang hebat dan cool dan cerdik. Cerdik dalam kotak dia sendiri. Ada aku kesah? Sekuman pon aku tak peduli.

Sebab, aku pon bermain dalam kotak aku sendiri. Tak peduli dengan benda lain yang takde kaitan dengan aku.

Dan, aku pon tak sure aku membebel pasal apa pagi2 Jumaat ni. Hehe.

Peace!



Monday, November 19, 2012

xoxo lah.

Adakalanya, hati sendiri pon takboleh nak tafsir dan dimengertikan.

Orang lain, apatahlagi.

xoxo.

( hehe :p )

Saturday, November 17, 2012

Semalam saya tengok Merlin :)




Duduk diam2, selami dalam2, buka luas2 sempadan akal dan fikiran.. apakah sebenarnya yang paling ditakuti oleh manusia selama dia bernafas ini?

Mati?

Jatuh bankrup dan papa kedana?

Gagal dalam hidup?

Api neraka?

Tuhan?

Hantu syaitan?

Cinta ditolak?

Kehilangan orang tersayang?

Ada pendapat mengatakan kita tak perlu gentar atau takut dengan apapun atau siapapon. Takut yang sebenarnya adalah pada dalam diri kita sendiri.

Ye ker?



Friday, November 16, 2012

Bubur yang tak sedap




Kadang2 aku merasakan aku ni 'sejenis' manusia yang tak reti nak mengambil peluang yang ada. Tak pandai nak menghargai sesuatu kat depan mata. Tak bijak nak mengawal atau menyelesaikan sesuatu masalah.

Senang cerita, its like biar je superman tolong selamatkan atau tunggu hujan turun dari langit penuhkan tong air sebab tak terfikir nak guna gayung.

Tak cargas.

Giler.

Last last, menyesal dengan kebodohan melampau.

Perkara yang sepatutnya dapat setel dah jadi taik.

Taraguna.