Dalam hidup ni, nak taknak suka atau tidak, kadang2 kita kena percaya kat orang.
Sebab bukan semua benda kita boleh tanggung sendiri. Tak semua kita dapat setel. Bukan semua perkara kita boleh simpan dalam hati. Sesetengah perkara kita perlu luahkan, lepaskan... walaupon kita tak suka, walaupon kita tak rela, walaupon ia bukan penyelesaian kepada masalah yang kita hadap, walaupon kita rasa malu macam tak pakai baju.. but we have to share. Iye kan? Iye ker?
Persoalannya, sejauh mana perkara yang kita share tu boleh meringankan beban kat kepala, boleh melepaskan sesak nafas kat dada, boleh mengurangkan hati yang menggigil?
Jauh!
Agak jauh. Walaupon tak jauh beribu batu, walaupon masalah kita bukan boleh selesai dengan sharing sahaja, walaupon sebenarnya kita berdepan dengan macam2 risiko lagi, tapi sharing sangat membantu.
Sekurang-kurangnya, at least... rasa lega. Tak banyak, sikit. Tapi dapat rasa. Beban yang berat tu berkurang. Terasa beberapa ketul batu yang kita pikul tu tercicir. Ringan sedikit. Tapi pikul tetap pikul. Kena teruskan sebab beban masih sama, masih ada.
Apapon, hidup kan kena terus. Teruk atau baik. Susah atau senang. Mudah atau payah.
Good luck for your life.
1 comment:
trust ni penting dalam hidup
Post a Comment