FoLLoweRs

Thursday, September 12, 2013

Tanggal 31 bulan 8 lima puluh tujuh.




Ok. Ini adalah kali pertama aku ke dataran merdeka sebab nak sama2 meriahkan sambutan kemerdekaan negara.



Mula2 aku dapat snap gambar belakang orang je... Yelah orang dah ramai, dah pukul 8 lebih, aku pulak kategori kenit, memang ini je lah yang dapat.

Lama jugaklah aku dan uyo (adik aku) pusing2. Tak tahu tahu nak dok kat celah mana. Orang sangat ramai. Macam2 kaum ada. Mat salleh pon sibuk jugak dengan baju kurungnya.

Aku dah frust dah. Lain kali kena datang pukul 6 pagi kot nak dapat barisan depan sekali nak tengok perbarisan.

Ada la dekat 40 minit kitorang ke sana ke sini, nak panjat situ tak boleh, nak panjat sini tak sampai. Hadoi.. keciwa sebab rasa macam tak berbaloi datang ke dataran ni tapi tak nampak apa2.



Sehinggalah... haa.. ini dinamakan tuah ayam nampak kat kaki tuah manusia nampak kat mana? Rezeki Tuhan nak bagi... 

Sekali bila sampai kat satu stage tu (actually aku tak tau pon itu stage utk VIP), kitorang gamble je, naik tangga .. agak nampak macam free cket area tu, lepastu nampak macam petugas je kat situ, selit2 sket kat abang polis ke abang hapantah, dia bagi laluan.. lepas tu depan sikit nampak macam kakak jawatankuasa petugas (sebab dia panggil aku adik, wakakaka), sekali kakak tu suruh kitorang duduk kat depan. Ada kerusi kosong kat barisan ketiga dari depan. 



 Haa.. barulah clear depan mata jelas kelihatan perwira negara gagah memegang senjata.. :)



 Aku taktau nama apa tu..



 Yang penting ada bendera Malaysia tu...



 Kitorang tak sempat nak bergambar sama2 dengan abang celorong celoreng ni. Uyo frust...



 Kereta kebal?



 Itu bukan tabik namanya, itu macam menahan dari silau cahaya matahai jer.. hehehe



 Seronok tengok persembahan diorang depan mata. Semangat!



 Sport shoes aku rosak. Sandal ni je yang flat. Kesian...



 Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang...



 Depan aku tu set2 tan sri dan puan sri tuuu....



 Biasanya aku dengar four wheel je, tapi ni rasanya eight wheels. Ntah.. lupelah, tak bawak buku nota.



 Dapat jugak aku tengok perbarisan berkuda. Hehe...



 Time ni show untuk aset2 ATM.. semua gambar pesen camni je lah.



Masa ni rasa nak ada pakwe tentera je.. hehe.



Haa.. tu je lah. Gambar sama je. Untuk perbarisan lain aku tak sempat nak snap. Terlepas. Time ni aku kat stage VIP, tu yang sesedap rasa amek gambar. Sampai aku kena tegur sebab kadang2 aku berdiri dan ke depan sikit untuk snap gambar.. Dia cuit bahu aku,'dik, kalau boleh jangan berdiri lama-lama yea, ini pentas VIP ni.' Oppssss.....

Hehe.. malu seposen.

Lepas tu baru aku perasan ada beberapa menteri kat barisan first belah kiri aku. Lepas tu kerusi kat situ semua ada tag nama Datin Sri lah, Tan Sri lah. Huhu. Malu seround wehhh..!

Lepas habis perbarisan tu aku dan uyo shoping tudung kat area masjid jamek. Alang2 dah sampai sini rugi rasanya tak pergi. Bila lagi kan....

Sebenarnya, aku tak pernah pergi pon mana2 sambutan perbarisan kemerdekaan. Ini pertama kali.  Bayangkan.. lewat usia yang sebegini baru rasa semangat nak pergi? Huuhu.

Eniwei, aku rasa bangga.




Salam kemerdekaan dari kami. Yeayy..!





2 comments:

deaf-angel said...

Wah..dahsyat, duk ngan vvip. Aku pernah gi, berapantahun lepas, tak nampak apa2, nampak belakang orang ramai je, tapi aku kagum tengok pertunjukkan jet fighter tu. Tak rasa negara lain berani kasi dorang nye jet pejuang buat stunt pusing2 kat bandaraya bangunan tinggi2, malaysia je. Tu aku kagum. Singapore nak buat stunt, kat atas laut,mtengok dari pantai, kalau bandaraya lalu je.malaysia, giler dia pusing akrobatik2 kat atas bandar.

cLinaku said...

Masa charlie terbang kt ats fuhhh..brderau darah aku.huhuu