Assalamualaikum..
Nak memulakan sesuatu yang baru memang susah kan? Lepastu ada orang akan menyampuk, "sape cakap susah?"
Entah. Susah ker? Atau susah untuk orang yang dah terbiasa dengan kebiasaan, jadi sesuatu yang baru memang tak mudah. Senang cakap, sebab dah aman dalam zon selesa, jadi untuk membuat sesuatu yang di luar kebiasaan memang agak mencabar.
Bukan saja mencabar, malah menyakitkan.
Bukan sahaja menyakitkan, malah menyedihkan.
Serba serbi tak kena. Macam2 dibandingkan. Yang lama macamni, yang baru begini.
Ok, aku menaip dari opis baru. Haha.. Got it?
Nak masuk minggu kedua kat ofis baru ni. Awal2 dulu meroyan sekejap. Serius. Aku tak sangka aku sayang rupanya kat ofis lama tu. Huhu.
Tapi... yelah.. Argh. Malas nak cakap. Kena move on jugaklah. Takkan nak bersedih-sedihan sebab kena tukar ofis.. ye tak?
Barangkali cukuplah hampir 8 tahun di tadika itu. Banyak pengalaman dah dilalui. Banyak suka duka dah dikutip. Macam2 puji keji keluar masuk. Alhamdulillah..
3 comments:
Congrats.
terus terang cakap zaman ni, terutama bila usia meningkat, mempunyai pekerjaan, punyai sumber rezeki sangatlah dihargai...
Zaman muda2 dulu remaja dulu, tak suka resign tak suka resign..
hahaha... sekarang... tiap2 hari dapat pergi kerja.. melonjakk walau tempat kerja ada perangai naikkan stress level aku. Hahaah
deaf-angel;
Ko tau tak, kadang2 aku mmg tunggu komen kau. hahaha.
Yup.. muda2 dulu tak suke resign, tak suke resign. Apa ada hal. Darah muda. Tak reti nak bersyukur.
Sekarang... thank ya Allah... aku ada gaji tiap2 bulan...
Agree. Aku dah plan, sekarang ni kalau boleh nak masih kerja gaji best sikit..
nanti dah tua bqru aku jadi security guard ke, carik jadi guard tempat relaks boleh relaks, tapi harapan aku dah tua aku nak jadi noja mesjid. Caretaker mesjid.. so nanti aku bolehlah jadi baik. Tengok pak imam free je, boleh mintak ajar tu ni. Hahahaahah
Post a Comment