FoLLoweRs

Tuesday, August 29, 2017

Sudah takdirnya begitu.




Musim-musim bakal bercuti panjang ni ofis memang lengang. Tapi orang memang sibuk. Sibuk buat hal sendiri. Makan, sembang, keluar, ketawa, gossip, merayap etc etc.
Aku pulak buat2 sibuk. Bila dah rasa nak pecah kepala sambil dengar lagu2 klasik kat ofis ni, aku menjelajah menyelusuri lorong2 sempit satu ketika dulu.

Ok. Pakai jari je pon. Tak perlu start kete nak ke sana. Hehe.

Hoih. Rupanya boleh tahan jugak aku menulis dulu ek. Boleh tahan aku kat sini bukan maksudnya gaya penulisan aku hebat atau sangat baik. Boleh tahan tu maksudnya macam2 aku tulis ek. Ada yang kelakar, jiwang, sedih, lara. Eh.. macam2 lah!

Pendek kata, banyak jugak idea. Sekarang ? Jangan haraplah. Kaku.

Atau mungkin dulu aku menulis berkisar tentang hidup aku. Yang sangatlah lara, kadang2 keciwa, kejap2 bersedih, happy, perasan, dilamun etc etc. Hahhh.

Sebab, bila kite sendiri lalui benda2 macamtu, automatik laju je jari ni menaip. Menaip dari hati dan sepenuh perasaan la katakan... kan. Kan? Jadi, idea tu mencurah-curah. Laju je. Kadang berebut2 nak keluar. Aku dulu aku dulu! Haha..

Dan komen dari kawan2 blogger yang rajin melawat dan membaca cerita hikayat hati aku tu sangatlah sweet.. bilamana ada je reply2 dan feed back walaupon cerita aku tu kadang merapu dan ntahhapa dan lebih kepada lamunan terhenti. Tapi sangatlah comel. Kiut je. Manja je. Manis je. Alahaiii... penuh kasih sayang rasanya. Rindu sangat. Apa khabar gina?? Apa khabar eddie? Deaf angel toksah cakap lah, hari2 apdet! Hahaha. OK tak, deaf sangat berdedikasi.

Sekarang aku dah tak reti menulis. Tak pandai membebel. Tak tahu meluah. Bila tulis ada je yang tak kena.

Mungkin hati dah tak dilamun seperti dulu.

Haha.

Selamat hari raya aidil adha. Selamat hari merdeka. Selamat mendapat emas lagi dan lagi untuk SEA games ini.

Malam nanti bola lawan Thailand. Teringat dulu2 masa tengok kat Stadium Bukit Jalil Malaysia vs Indonesia. Piala AFC kot kalu tak silap. Seronok. Malam ni tengok sorang2.







Sunday, August 06, 2017

Benarkah sepi itu indah?




Sigh.

Mengeluh. Tak baik.

Bukan.. bukan nak mengeluh meratap nasib or sesal ke apa ke.

Bukan.

Bukan nak mengeluh pon sebenarnya. Tak bermaksud pon. Tak.

Tapi sebab takde buat apa kot... terkeluh pulak. Terhembus satu hela nafas yang agak panjang...



Ok. Bosan barangkali.








Monday, July 17, 2017

Ngee..




Takde apa yang menarik.

Cuma tarikh hari ini cantik.


170717






Thursday, June 22, 2017





Tak sabar nak balik kampung jumpa ma. Jumpa abah. Jumpa semua. Jumpa keluarga. Berkumpul macam dulu-dulu.

Semoga tahun depan.. insya Allah.

Tahun ni tak berapa meriah sangat kot sebab 5 daripada 9 anak2 ma abah tak balik beraya, diorang beraya di perantauan. Sob sobb... takpelah, janji aku balik kampung jumpa ma abah walaupon pada hari raya kedua.

Daa.





Salam Aidilfitri.





Assalamualaikum...

Hari ini 27 Ramadan 1438H. Hari Khamis.

Dan aku masih di sini. Di ofis. Di KL. Eh silap.. Putrajaya. Kerja. Yea... kerja.

Seronok sangat ke kerja? Huh?

Biasanya, hari2 macamni aku dah balik kampung. Kalau 3 tahun lepas, aku sedang excited giler memandu bersama ribuan malah jutaan pemandu menuju Kelantan. Samada melalui laluan Gua Musang atau membelah Banjaran Titwangsa, ikut Gerik.

Seronok dan teruja. Raya kan!

Tambah pulak dengan adik-adik, kadang2 konvoi 2-3 bijik kereta. Ye la, raya kan!

Tahun ni balik kampung jugak. Balik. Cuma balik raya kedua nanti. Sebab kite ikut turn. Tahun ni turn beraya di Kuala Kangsar dulu. So, petang esok aku balik naik Transnasional kat TBS turun di Ipoh, sebab bas ke KK dan habis. Last minit punya beli kan. Hehe.

Ini kat TBS esok ni mesti macam ulat taik. Hahkahkahkkkk. Manusia semua sibuk nak naik bas. Nak balik kampung. Takpe la, aku lone ranger. Takkan nak drive sorang2? Mau nangis. Baik aku naik bas. Tidur. Setel. Jalan dah tentu jem punya.

Oklah. Selamat menyambut hari raya yang dalam tempoh 3 hari je lagi.Tak lama dah kan. Sedih pulak rasa nak tinggalkan Ramadan. Dah tua2 ni semangat menyambut raya dah makin kurang. Dia lebih kepada semangat nak berjumpa dan berkumpul dengan keluarga. Lebih kepada menyambut kemenangan sebab selesai sempurnakan (sempurna kah?) puasa selama sebulan. Raya? Lepas solat aidilfitri tu, balik salam-salam, makan-makan, jalan-jalan lebih kurang.. tengahari ke petang tu kadang dah terbongkang. Tidur. Habis dah.

OK. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.





Friday, May 26, 2017

Ramadan al-Mubarak.







Selamat menyambut bulan puasa bulan Ramadan.

Azam bulan puasa tahun ni... kalau cakap nak perbanyakkan baca al-quran, nak selalu solat berjemaah, teraweh taknak tinggal... etc etc macam nak menunjuk-nunjuk pulak kan. Hikss.. 

Tapi itulah hakikatnya bila kita dah lama hidup dan baki kehidupan kita tinggal tak berapa banyak lagi. Kita nak jadi lebih baik. Sedar tak sedar, secara semulajadi atau secara fitrah manusia sedikit demi sedikit kita rasa kita nak berubah dan memang berubah. Bila usia makin meningkat, slowly kita rasa banyak benda dalam dunia ni buat kita letih. Buat kita penat. Buat kita nampak banyak benda yang selama ni kita kejar, yang kita risau, yang kita takut sebenarnya takde apa pon sangat. Sebab kita bukannya menongkat langit. Kita ada di atas sana yang Maha Esa.

Dan aku sedar, kalau setiap perkara tu kita serahkan pada Allah, insya Allah hati kita akan jadi lebih tenang. Di samping kita pon usaha laa... tak aci lah kite serah bulat2 pada Allah tanpa usaha kan? Huhu.

Alhamdulillah.. esok 1 Ramadan. Insya Allah dapat teruskan ibadah puasa selama sebulan. Ameen... ameennn.

Selamat berpuasa seluruh umat Islam di seluruh dunia. Semoga hari ni lebih baik dari semalam. Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas. Dan semoga puasa dan ibadah2 yang lain diterima Allah.

Takde apa yang lebih membahagiakan dan menenangkan selain dari kasih sayang Allah dan rahmat dariNya.





Friday, March 10, 2017

Kain Pelikat Lalalala.




Aku bukanlah lama sangat memandu. Tak sampai 10 tahun pon memegang lesen memandu kelas D.
Tak terer sangat pon. Masuk KL pon berkira-kira.. pergi tempat yang aku tau je. Tempat aku taktau maaf cakap lah... segan. Hehe.

Yang aku terer adalah pergi tempat kerja. Haa.. kompem konfiden dan tak sesat.

Tapi setakterer aku memandu pon takde lah terhegeh2 bila nak parking. Ok je. Cantik je. Nak2 bila parking secara mengundur dan bahagian belakang yang masuk dulu atau senang cakap parking bontot.. haa memang feveret tu.

Ni ada satu driver ni jenuh la aku menunggu dia membetulkan parking dia. Ntah apa laaa dia nak buat. 

Aku terpaksa menuggu dia walaupon aku dah setel parking belakang kereta dia. Sebabnya dia dok drive gostan drive gostan nak masuk parking dan membuatkan aku kasi dia extra space sebab nampak agak mengerikan dia nak masuk parking tu. Lagipon kita ni timbang rasa.. kannnnn. Nanti bila dia dah setel parking aku rapat la sikit dengan kereta dia.. jarak sangat nanti orang lain marah.. parking dah la tak banyak. Gitu la aku plan. So, aku pon layanlah Sepahtu Sinar sementara tu.

Tapi yang buat aku hangin tu, dah la lama bebenor dok main gostan goastan, kereta tak masuk jugak parking aku tengok. Lepastu boleh dengan selamba keluar main tekan tekan handphone sambil ambil barang dalam bonet dok repair repair rambur. Heeeee.... 

Lepastu masa dia nak lock kereta tu, aku drive rapat cket. Dia jeling kat aku. Amboihhhh. Aku jelir balik kat dia sambil tunjuk penumbok. Haaa... main main ehh.. Ok. Yang tu tipu. Hehe.

Aku pon lock jugak lah kereta.. naik opis.. punch card.








Wednesday, March 08, 2017

Selamat Hari Wanita Sedunia 2017.










Natural is better.




Assalamualaikum.

Aku selalu nak tulis.

Tapi aku selalu rasa benda yang aku bakal tulis tu tak menarik, baik untuk aku mahupon untuk orang yang nak baca. Hehe. Lagipon skill menulis kurang, jadi menyampah pulak.

Lepastu aku selalu dok pikir... apa benda lah yang aku nak tulis ni. Hahaha.

Oklah, hari ni meh aku nak cerita pasal rutin skincare aku. Wallawehhhh...! Hahahaa. Saje nak share. Sebab aku banyak jugak sebenarnya google pasal cara penjagaan kulit secara semulajadi ni.

Ye lah, sejak kulit ni mula memasuki era kulit matang; dan sejak kulit terasa kusam; dan kulit macam takde tindakbalas mengembirakan bila apply apa2 kat kulit... maka aku cuba beralih ke cara tradisional. Petua2 orang tua, cara2 alami atau semulajadi.

Banyak tips penjagaan kulit muka secara semulajadi hasil pertolongan google aku dapat dari web indonesia. Rajin diorang. Dan hasil dari penjelajahan aku looking for a best natural skin care routine (kononnya), maka aku share lah apa yang aku suka apply.



Pencuci Muka - Olive oil





Aku malas nak cerita sangat pasal kebaikan olive oil ni. Dah banyak sangat orang cerita. Terlalu banyak. Macam2 kegunaan dan kebaikan, baik untuk inner atau outer.

Ok. Aku suka ikut cara ada satu blog indon tu buat. Malaslah nak tulis kenapa dan kenapa atau tindakbalas kebaikan dari cairan emas ni, so aku share macamaner aku apply olive oil ni sebagai bahan pencuci muka aku je lah yea.

Senang je. Letakkan sedikit olive oil atas tapak tangan. Kemudian dap dap aje kat seluruh wajah, dan cuci secara membulat. Ala.. macam korang cuci muka macam biasa tu. Cume bezanya pakai olive oil. Takde buih takde air. Hanya rasa minyak.

Belai la kulit muka tu agak2 dalam 2 minit. Kemudian wipe dengan tisu. Ha boleh nampak kesan kotoran kat tisu tu. Lepastu bolehlah cuci muka dengan air. Aku suka pakai air suam. Nak lagi feel, aku basahkan towel kecik dengan air panas kemudian tekap kat muka dengan towel tu dalam beberapa saat (perah dulu towel tu wehh). Lepastu aku wipe je kat muka. Ala benda ni takyah skema sangat. Sambil jalan je aku buat. Huhu.



Scrub - Gula perang






Ok. Senang je scrub ni. Kebiasaan aku campur dengan madu. Gaul2 sebati, lepastu scrubkan muka tu. Kadang2 aku guna garam. Kalau garam, aku campur dengan asam jawa, titik air sikit lepastu cuci macam biasa.

Macam2 boleh guna untuk scrub ni. Tapi ni aku share yang aku selalu amalkan dan yang aku suka.

Orang selalu pesan pakai scrub ni sekali seminggu. Bagus untuk buang sel kulit mati. Nak lagi bagus, sebelum scrub tu wapkan dulu muka dengan air panas.



Masker - Kunyit






Resipi masker ni aku dapat kat youtube. Bahan-bahan adalah :-

~serbuk kunyit
~tepung besan atau tepung kacang dhal atau gram flour
~yogurt perisa natural
~madu

Gaul sebati lepastu apply lebih kurang 20-30 minit. Aku kadang2 sampai 40 minit.

Best pakai masker ni. Lepas cuci rasa licin je kulit. Dan bersih.

Jangan lupe last nanti bilas balik muka dengan air sejuk. Kasi tutup pori-pori tu sebab tadi kita dah bukak dia dengan wapkan muka la, cuci dengan air hangat la... kan. Hehe.


Ok. Percubaan pertama menulis resipi skincare.

Sekian.






Wednesday, February 15, 2017

While waiting for 5pm.







Model : Mellisa Hani Iman Binti Mohd Tariq
Umur : 2 tahun kot
Lokasi : Taman Tasik Permaisuri
Fotografer : cLina
Pakaian : Koleksi model sendiri
Status mood : Baru bangun tidur (rambut serabai sikit)






Hantu Kekyie.







Walaupon uyi dah 17 tahun, tapi aku sangat suka flashback dan therobek gambar-gambar lama dia masa kecik. Waktu-waktu dia sangat nakal dan manja.

Percaya atau tak, walaupon uyi ni suka jadi hantu antara ramai-ramai sepupu dia tapi dia sebenarnya penakut. Bukan berani sangat pon. Haha.

Sebabnya, dia sangat suka menyakat. Orang kelantan cakap 'suko ngosek'. Hahaha.





Wednesday, January 25, 2017

Lirik petang #1.




*sekadar gambar hiasan


TERKUNCI DALAM SENGSARA (JITU)


Masih aku yang terkunci
Tiada ku daya melepasi
Kegelapan di daerahmu
Dulu terlena…bercanda kita…
Cuma seketika
* Datang salam ke lubuk silam
Menutupi sengsara ini
Menjawablah penderitaan
Bertanya janji janji mu
Mudahnya kau mungkiri
Korus:
Dan aku masih di sini
Mengutip pasrah yang pergi
Menanti bersama rindu ku
Tersungkur mengejar bayangan mu
Apa harus ku berdoa
Mengiring kebahagiaanmu
Sedang aku terpenjara
Di dalam lautan tangisku
Berkelana…
Hakikat rahsianya
Ku terpedaya kerana setia
Kerana tiada harta

Selama…
Harta menjadi nilainya
Pencinta terhenti rindunya
Dan aku diundang sengsara
Solo
Ulang * dan korus



Lagu: Rosli Selasih

Lirik: Nur’zauk




Ok. Gambar tiada kena mengena dengan lirik lagu. Tengah dalam mood jiwang, 80an, rok kapak. Terima kasih lirik sini.





Friday, January 20, 2017









Ok. Sila bagi laluan, bagi laluan. Ponn ponnnnnn...!!!!



*ciss.. belum habis lagi harijadi gua da rasa camni. Ptuiii..!






Made in 1976.







Alhamdulillah.

20 January datang lagi.

Ucapan-ucapan kedengaran lagi.

Umur naik lagi.

Ya Allah, kurniakan aku dengan kesihatan yang baik. Ameennn...







Tuesday, January 17, 2017

Sweet 2017.



Assalamualaikum.

Selamat datang 2017. Pheww... 

Masa Tun M ilhamkan wawasan 2020, aku macam "Ewww.... 2020..huuhuu..lambat lagi. Kahkahkah. Blablablablaaa.. weeeee... 40 40 40.. ewww... "

Dan sekarang, dah hampir dengan tahun 2020. Betullah masa itu terbang...






Monday, January 16, 2017

It's January 16.






















SELAMAT HARI LAHIR SITI AINUR SHAHIRAH... IBU ALWAYS LOVE YOU.. INFINITY.