FoLLoweRs

Wednesday, May 21, 2008

Aku dan.... errr apa2 aje lah, malas nak fikir lagi.

Agak lama tak update. Tak cerita. Tak luah apa2. Tak manjakan diri. Tak belai diri. Tak santai2. Tak terbang ke dunia blog feveret.

Busy.

Busy dengan tugasan yang banyak.

Busy nak kejar deadline.

Busy mengejar perkara2 baru.

Siap satu tugasan, tugasn lain tersengih menanti.

Kerja makin banyak. Makin banyak yang aku buat dan siapkan, makin banyak tugasan yang terus datang. Yang ditinggalkan di atas meja.

Sampai ajer ofis waktu pagi, dah ada tugasan tersedia di atas meja.

Tinggal aje meja sekejap untuk sembahyang atau ke level lain, fail dah tersusun.

Sebab aku baru blajar selok belok kerja ni, ambik masa nak faham dan siapkan tugasan. Nanti dah lama esok, senang. Diorang cakap.

Ye la tu... nanti aku dah biasa senang la sket kot. Tapi skang ni aku stress. Seolahnya, makin banyak yang aku pelajari dan aku tanya, makin banyak lagi soalan yang tak terjawab. Berpusu2 soalan kat kepala otak ni. Semuanya berebut2 nak termuntah keluar dulu.

Keluarkan. Keluarkan... tapi nak start dari mana ntah.

Takpe, aku positif. Lama2 mesti aku terer.

Busy setelkan sisa2 kerja yang ditinggalkan oleh pegawai yang bertukar kerana kenaikan pangkat. Celaka.. dah tau nak tukar, bukan nak setel betul2. Ditinggalkan untuk penggantinya meneruskan hasil tangan dia yang berselerak. Benci. Sebab aku tak berapa suka cara kerja camtu. Ko punyer tangan, ko kasi setel la.

Macam masa aku nak cabut dari company lama ari tu. Walaupon aku cabut, tapi aku tinggalkan kerja aku properly. Semua dah siap, cantik2 aku simpan satu tempat supaya senang orang yang gantikan tempat aku cari dan buat kerja tu. Dan supaya dia tak maki2 aku. Eh penting tu.. nanti asyik bergerak ajer mata sebelah kiri nikh.;p

Actually, bukan la stres sangat. Sikit je. Tapi kepala aku sakit. Berdenyut2.

Lepas aje pukul 5, sebaik punggung aku berlabuh di kusyen.. kepala aku start berdenyut. Aikkkk.. pandai pulak dia.. betul2 abis time kerja dia pon kerja!

Tapi, ada satu perkara buat aku tersenyum girang.. happy dan lapang hati. Uyi.

Esok uyi sampai.

Aaah... hilang semua suffer.

6 comments:

broken_nigina said...

keje yang takde penghujung.
bosan.
best la nanti ada buah hati pengarang jantung.
ada penawar di sisi.
:)

Rembo said...

hah! baru nak tanya pasal uyi. hehehe

deaf-angel said...

ramai orang ( termasuk aku ) lupa kerja tu ialah satu ibadat. kalo kita curik tulang ke, buat keja ngan hancor bocai ke, memang boss tak nampak tapi Tuhan nampak..
so dapat gaji adakah pure 100%? so baik buat keja ngan jujur. Aku depan boss je asyik baik, kadang2 risau jugak.

Eh? dah bis exam? besok friday ada paper lagi kan? oo kelantan lain eh.

cLina BeLedZa said...

gina,
ahaks..tu yg tersengih lebar jer.

rambo,
uyi pon baru nak tanyer pasal rambo..hehehe

deaf_angel,
betul. Agak2 bajet tak cukup bulan ni aku akan muhasabah diri (pehh!)Salah satunyer soal kerja tu lah.bukan apa, at least rasa relese..dan motivated..oyeah.

Uyi dah dapat nombor pon,6!Dia tanyer aku ok ke nombor 6?Hehe..

Hann Haidar said...

uyi semakin shomel.

haish dah lama sgt x drop bye di sini.

salam singgah.

cLina BeLedZa said...

salam ahli jiwa.