FoLLoweRs

Monday, June 30, 2008

Suka eh...?

Malam tadi Liza call Pajeen. Tiba-tiba terdengar di hujung talian suara Uyi mencelah.

'Mokcu, sepupu buleh nikoh dok?'

Terus Liza terjerit dan tergelak, 'Weii uyi... berkenan kat saper nikh? Takkan Ipam kot?'

'Hikhik... hmm', gelak Uyi bila mendengar suara Liza dalam telefon. Kebetulan Pajeen cepat2 letak telefon kat telinga Uyi selepas Liza terjerit mendengar soalan maut Uyi tuh.

'Bakpo, uyi suka kat Ipam ker..?' Soal Liza.

'Hikk.. dok ehh. Tapi uyi tengok dia supo Ervan jah.' (Pelakon citer Soleha yang chinese look tu.)

'Hah? Serupa kat mana lak?'

'Dok ehh.. jenis dio sama. Masa dia main ngan Bad tadi, dia sengih macam Ervan jer uyi tengok.'

Tergelak Liza dengar penjelasan uyi. Jenis? Huhu.

Haii uyi.. takkan berkenan kat sepupu sendiri kot? Kecik2 dah pandai tanya soalan kawin.

Antara 4 sepupu tu, uyi memang rapat ngan Ipam yang 2 tahun muda dari dia. Sama2 nakal. Sama2 keras kepala. Sama2 tak dengar kata. Sama2 bising. Apa2 aktiviti lasak, diorang berdua tu lebih banyak bersama. Berbanding Nisa yang lebih cool dan tak cakap banyak.

'Naper uyi tanyer, uyi nak kawin ngan Ipam ker..?' pancing Liza.

Uyi ketawa. 'Ekekekeke..'

'Tak boleh uyi, uyi kan sepupu dia, dah macam adik beradik dah. Mana boleh kawin.'

'Bakpo?' soal uyi.

'Tak elok. Tak digalakkan. Sebab uyi rapat ngan dia. Kalau uyi nak kawin, kena cari orang jauh2. Kalau uyi kawin sepupu sendiri, nanti takut2 anak uyi tak cerdik nanti. Lagipon, atuk tak kasi tau kawin sepupu nikh,' terang Liza panjang lebar.

'Yo ko?'

Aku dah pesan siap2 kat budak2 ni, jangan nak usik2 mereka berdua tu. Nak gosip2 ke apa ke.

Kena terangkan betul2. Sebelum perasaan suka dan sayang tu jadi benda lain yang lebih kompleks. Takkan nak pisang berbuah dua kali? Hermmm.....

Dulu... ada sorang adik aku ni berkenan kat sepupu kitorang. Tapi tak ke mana. Abah tak berapa suka. Sib baik bukan serius pon.

Uyi.. uyi.. macam2...

Wednesday, June 25, 2008

Aku dan sesuatu.

Lately, aku selalu layan lagu2 lama. Oldskul. Lagu masa 80-an, 90-an.

Kadang2 lagu2 yang aku tak paham, yang aku tak pernah dengar, muzik atau vokal yang boleh bikin lawak dan bahan ketawa adik2 aku pon aku layan.

'Weii.. lagu apa ni?'

Tapi aku suka!

Kat ofis pon aku play lagu2 yang diorang tak play.

Sedap.

Hati rasa berbunga.

Teringat pulak memori2 lama. Haihh.

Gembira. Happy. Jiwa rasa ceria terkenangkan nostalgia indah.

Sekaligus terbayang insan2 yang berkaitan dengan lagu2 tu. Setiap lagu ada kenangan dan watak2 yang tersendiri.


Next week. Aku tunggu next week.

Pertama sebab aku nak balik kampung.

Dan kedua.. sebab aku menunggu tarikh 3 July. Heyyy... kan aku dah berpesan pada diri aku sendiri... nak wish sesuatu pada seseorang?

Tunggu.

Experimen.

Test market jugak!

Alah.. sajer. Tak mengharapkan apa2. Kalau ada respon, tak tipu mesti aku happy. Kalau takde respon, pon tak boleh tipu yang aku ada sikiiit keciwa. Tapi tak kudis pon.

Perasaan je. Berperasaan begitu. Tak salah. Perasaan ni tak boleh nak kontrol dan diarah2. Dah nak rasa camtu, nak buat camana!

Tapi takde hal lah. Sebab tak menjejaskan apa2 yang berkaitan dengan emosi aku.

Emosi.... yeahhh.. emosi.... emosi nyerrhh..!


Friday, June 20, 2008

Jemputan kawin

Ari tu aku sms Rosli.

'Slm.Bole bg full add x nk ksi kd jemputan kawin ogos nnt.Kalu free dtg la yea.'

Lepas tu dia call. Tanya aku kawin ngan sape? 'Lerr.. kan dik jar yang nak kawin bulan 8 nanti, bukan saya lah', aku jawab. 'Datang tau.'

Memang dari awal dulu dah kasitau dia. Dia invited.

Lepas tu aku sms sorang lagi. Dia pon call jugak. Dan aku explain sekali lagi.

Owhh.. ayat aku tu nampak konfius ek? Patut la.

Dan aku terasa nak sms pulak ngan sorang mamat ni. Mamat yang lom aku kasi kata putus nak jumpa. Pendek kata, ngedate aku yang lom jadik lagi. Alah, abang angkat adik ipar aku. Yang dulu pernah dia nak kenen ngan aku.

Setakat ni, aku lom sedia lagi ah nak date ngan dia. Ops, malas la senang citer.

So, aku sms dia.

Tunggu punya tunggu dia tak reply pon. Aiseh... Lepas tu aku bantai gelak. Entah2 dia ingatkan majlis aku. Err.. aku takde citer kat dia ke yang adik aku nak kawin bulan 8 ni?

Herm.. bila baca2 balik ayat aku tu memang konfius. Macam menjemput ke majlis kawin aku sendiri pulak. Hihi.

Perasan.

Thursday, June 19, 2008

Patut la bawah mata aku asyik bergerak..

Sibuk.

Sibuk semak claim pegawai. Semalam ramai antara yang datang bertanya. 'Saya punya claim camner?' 'Tak siap lagi?' 'Aii.. bulan 5 punyer lom siap lagi? Dah hujung bulan 6 nikh..' Eeiyyy.. Ingat aku takde kerja lain ke asyik nak kena semak korang punyer claim? Rilek aa.

Sedang leka, tiba2 enpon aku berbunyi. Nama adik pa appear. Isk, tak gi sekolah ke budak ni?

Aku : 'Hello?'

'Ibu... uyi ni...'

Terdengar je suara uyi, terus jantung aku rasa lemah dan seolah direntap slow2.

Sebab.. uyi jarang call aku. Dia selalu mesej je kalau rindu atau nak suruh aku return call.

Aku : 'Uyiii... ala sayang... adik sihat? Sori... lama ibu tak tepon adik. Semalam ibu nak tepon tapi ibu tertidur.'

Terdengar slow je suara uyi di hujung talian. Betul2 di hujung. 'Ermhm.'

Uyi : 'Bu... adik rindu kat ibu... '

Alahaiii.... hati ibu mana yang tahan bila dengar anaknya mengadu demikian. Rasa nak terbang je peluk dia.

Aku? Aku pujuk dia... kata aku pon rindu kat dia.

But suddenly dia terus excited;

Uyi : 'Ibu... semalam kat sekolah kan, adik dapat..... bla bla bla....(aku tak dengar tak berapa clear). Pastu cikgu pon cakap..' ooo ini ke siti ainur shahirah? Oh.. pandai awak ni.. Haa budak2 lain patut ikut ainur ni tau.' Hikkk....

Bukan main suka dia bercerita kat aku. Nada suara dia macam banyak lagi benda yang nak dikongsi dengan aku dan tak sabar nak habiskan cerita dia tadi.

Aku : 'Owh ye ke... cerdiknya anak ibu. Hmmmm... rindunya ibu kat uyi. Sayang anak ibu. Cikgu puji adik eh? Ye la, sebab uyi kan cerdik... mesti cikgu sayang kat uyi, kan?'

Walapun tak tau apa benda yang cikgu dia puji tapi itu satu kebanggan buat aku. Kembang sekejap. Takpe, nanti aku suruh liza call buat2 tanya apa benda yang cikgu dia puji tuh.

Uyi : 'Bu, ari tu kan adik mimpi kat ibu. Adik peluk ibu.. adik rindu kat ibu... adik mimpi adik peluk ibu. Pastu.... ermmm... adik lupa doh. Tapi adik rindu kat ibu. Adik rasa nak peluk jah ibu...' (Uyi, kalau nak manja2 ngan aku memang suka bahasakan diri dia adik.)

Aduhhh.... tertekan betul aku dengar. Aku dah tak keruan.

Last aku tepon uyi hari Isnin. Selasa tak. Dan sepanjang semalam memang aku asyik teringat kat uyi. Serius! Tu yang malam tadi aku plan nak call dia lepas Isyak, tapi tertidur pulak.

Rupanya dia rindu kat aku. Aku main teka2 dalam hati, 'agaknya uyi teringat kat aku kot....' Sigh.

Apa lagi yang aku patut katakan untuk redakan kerinduan uyi dan aku sendiri?

Aku layan uyi bercakap dan lepaskan semua. Sepanjang conversation, dia mmg meluahkan rasa rindu dan sayang dia kat aku.

Aku selit2 dengan pertanyaan dan planning nak balik ke kampung nanti.

Uyi : 'Bile ibu nak balik?'

Aku : 'Nanti tak lama lagi, nanti mak teh kawin nanti.'

Uyi : 'Emhhh, ibu kato 2 minggu lagi.'

Aku : 'Erkk... hm ye, nanti ibu balik cuti sekejap sebelum mak teh kawin nanti. Kan baru seminggu. Minggu depan la ye.'

Uyi : 'Baper ari ibu cuti? Sebulan?'

Aku : 'Tak boleh uyi, ibu tak boleh cuti lama.....'

Uyi : 'Baper ari? 3 minggu?'

Aku : 'Nanti.... ibu tanyer bos ibu dulu dehhh..?'

Uyi : 'Ibu cuti la lamo ibu... uyi rindu kat ibu...'

Alahaiiii... memang susah sket kalau cakap pasal cuti ngan uyi. Dia mesti suruh aku cuti lama2. 2-3 bulan la. 8 bulan la. Tak payah kerja terus la.

Ada la dalam 15 minit citer2 ngan uyi.

Aduhh... rindunyaaaa....

Tak tahan aku dengar suara uyi. Bernada rindu. Kesian uyi.

Jahatnya aku. Tak patutnya aku. Kejamnya aku. Ibu apalah aku ni. Arh.

Tak boleh jadi ni, 2 minggu lagi aku kena balik kampung!

********

Lipton ice lemon tea yang aku belikan untuk dia 3 botol, dia tak minum lagi sebab sayang. Nak buat kenangan dia cakap!

Tuesday, June 17, 2008

Jerangkung dalam almari.

Semalam lepas balik kerja, lepas abis citer Soleha aku kemas bilik yang berselerak.

Kain2 baju yang dah berbasuh yang membusut dalam bakul aku lipat dan masukkan ke dalam almari.

Baju2 uyo yang menumpang sebelum dia balik ke kampus uitm aku kemas dan asingkan ke satu tempat.

Baju2 uyi yang sengaja dan tak sengaja ditinggalkan aku sorok dalam drawer yang hanya khas untuk baju2 dia sahaja. Termasuk swiming suit dia. Kat kampung takleh pakai nikh, nanti atuk tegur! Sexy.

Baju2 kurung (wah! skang baju kurung dah banyak tergantung dalam almari) semua aku dah siap gosok hari ahad ari tu (mak aihh..letih nak mampus, 2jam lebih hadap seterika) aku gantung dan susun elok2.

Baju2 kemeja dan blouse, baju2 kerja masa dulu yang aku rasa dah tak bleh pakai sebab tak sesuaiii untuk tempat kerja baru aku ni, aku lipat. Simpan. Kang kalau gantung buat semak almari jerk.

Mainan uyi aku simpan balik dalam beg. Masukkan dalam kotak. Letak atas almari.

Terjumpa surat2 uyi. Yang ditulis untuk aku. Aku baca. Aku senyum. Aku tersengih. 'Uyii...' aku berbisik. Aku mengeluh.

'Rindunya kat uyi.' Terbayang segala2nya tentang dia. Senyum dia. Gigi dia. Kata2 dia. Keletah dia.

Rindunyaa. Ruginya aku tak di samping dia.

Aku simpan balik surat2 dia. Kang nanti lama2 aku jadi sedih. Satu kerja pon tak jadi.

Aku teruskan mengemas. Sepanjang dua minggu uyi dan adik pa kat kl memang bersepah abis bilik aku. Dengan barang mainan uyi, kain baju yang bercampur2.. dalam bakul la, dalam beg la. Memang takde masa time tu. Jadual padat. Kemas apa yang patut jer.

Ohh.. aku sebenarnya cuma nak cerita aku lipat baju semalam.

Dah. Almari aku dah kemas.



Friday, June 13, 2008

Bila rindu datang mengetuk pintu...tok!tok!

Kat kampung ari tu masa aku tengah sabunkan uyi;

uyi : 'ibu, nanti uyi darjah 6 nanti ibu mandikan uyi lagi deh?'

aku : sengih je. 'ho.. nanti ibu mandikan uyi lagi deh. Tapi takut uyi la malu..huhu... tak malu?'

uyi : big grin. 'dokk.. takut ibu la malu nak mandikan uyi nanti. Hihi. Ibu mandikan la uyi sampai uyi darjah 6 pon, sampai masuk u pon.'

aku : 'sungguh?? Ho.. nanti ibu mandikan dia. Tak malu dia nikh. Dah besar pon nak ibu mandikan yea?'

uyi : 'Hikhikhik... doookkkkk.'

Terkekek2 dia ketawa.


Alas.... rindunyerrr.

Sebak rasa hati ni bile dia mengadu rindu... rindu nak peluk aku, teringatkan aku.

Dia kata lagi dia seronok dok ngan aku.

Ya Tuhan... berdosanya aku!

Menyeksa dirinya dengan rasa rindu.

.

Kosong.

Ingatkan nak letak gambar, tapi takde gambar pulak.

Ingatkan nak tulis cerita pasal uyi, malas pulak nak kupas idea.

Tension mengingatkan esok kena datang opis. Kena OT. 2 hari lak tu. Cis, abis masa rehat dan tido aku.

Arhh... bencinya. Rambut aku kering sangat ari ni. Buruk.

Yang buat aku berseri ialah sebab pakai baju kurung baru. Kain ma pilih.

Ada 3 pasang baju kurung baru menanti. :)

Tapi pakaian yang lain.. kemeja, blouse, skirt boleh sentuh je la. Nak pakai? Geget jari.

Hari2 baju kurung.

Baju kurung hari2.

Thursday, June 12, 2008

Time kasih cik Gina!

Balik dari bercuti, dengan berbesar hati dan bangga aku ditag oleh broken nigina. Sambil2 layan perut kenyang....


Name:Siti Marlina bt Mukhtar -nama aku in full
Sisters: 6
Brothers: 2
Shoe size: 4 or 5
Height: 140 cm
Where do you live: area tasik selatan
Favourite drinks: hot chocolate
Favourite breakfast: -
Have you ever been on a plane: nope
Swam in the ocean: 4 yrs ago..kot
Fallen asleep in school: huhh...biasa aar
Broken someone’s heart: erm..sekali kot..eh 2..ulp.
Fell off your chair: darjah 2 lepas main sep sep tom tom
Sat by the phone all night waiting for someone to call: pernah..dulu.
Saved e-mails:last2 buang gak
What is your room like:at least selimut mesti kena lipat!
What’s right beside you: a lot of paperwork!
What's the last thing you ate:nasi lemak
Ever had Chicken pox: when i was 10
Sore throat: kalu nak demam dia mai
Stitches: takde
Do you believe in love at first sight: hmm..maybe..opss..absolutely!
Like picnics:suka gaks esp dgn yg tersayang.
Who was the last person you danced with: uyi
Last made you smile: semalam kot
You last yelled: entah.

TODAY DID YOU…

Talk to someone you like:takde
Kissed anyone: huk..takde!
Get sick: rindu giler kat uyi.
Talked to an ex: nope
Miss someone: UYI
Eat:tadi dah.. jap lagi blum
Best feeling in the world: peluk uyi
Do you sleep with stuffed animals:erk..!
What’s under your bed:my stuff and jugak habuk as well!!
Who do you really hate :not sure..my ex kot?boleh..?
What time is it now: 1.55pm

RANDOM…

Q: Is there a person who is on your mind right now:uyi lah
Q: Do you want children : stop production dah kot.
Q: Do you smile often: ikut mood
Q: Do you like your hand-writing:kadang suka kadang benci sangat
Q: Are your toenails painted: tak
Q: Whose bed other than yours would you rather sleep in: any..as long as ada yg tersayang..uyi lah
Q: What colour shirt are you wearing: hijau
Q: What were you doing at 7:00pm yesterday : dalam kete..kat gua musang kot
Q: I can’t wait till: to meet uyi again
Q: When did you cry last: 3 jam yg lalu
Q: Are you a friendly person: ermm...tak sangat
Q: Do you have any pets: tak
Q: Where is the person you have feelings for right now?: no idea
Q: Did the last person you held hands with mean anything to you now?sure

Have you ever crawled through a window?: a'ah
Can you handle the truth?: depends kot
Are you too forgiving?:ermmmmmmmmmm..............hate myself for this habit
Are you closer to your mother or father?:kecik2 ngan abah, dah besar equal
Who was the last person you cried in front of? opismate
How many people can you say you’ve really loved?my family of course
Do you eat healthy?:nope
Do you still have pictures of you & your ex?: still,tapi atas almari diselaputi habuk, dalam keadaan tersorok seolah nk menyorok dan taknak kasi tengok
Have you ever cried because of something someone said to you?:pernah.
How often do you go to mosque(ditukar daripada church untuk kesusaian)?last..a few months ago..tu pon sbb antor makanan sbb wat solat hajat..hehe
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to?bersendirian sahaja
Are you loud or quiet most of the time?depends dgn sapa
Are you confident?: depends

5 things I was doing 10 years ago..
1- belajar
2- tak belajar
3- tak pernah terfikir masa depan dan nak ada uyi yang skang dah berumur 8 tahun
4- bercenta yang menyakitkan
5- still remember my first sight luv


5 things on my to-do list today
1- keje
2- esok kna bagun awal, kena ot...cis
3- nak beli kain utk ma kat mines
4- beli hadiah untuk uyi
5- nak tidoooo


5 snacks I enjoy
1- mamee yg kecik2 tu, seposen
2- mamee 2posen
3- double decker udang-macam makan nasik
4- kit kat
5- kinder bueno-uyi yg ajar makan benda nikh

5 things I would do if I were a billionaire
1- save the world..huhu
2- rilek2 takpayah keje lepak je ngan uyi
3- beli lembu banyak2...kasi ternak dan biak
4- beli kuda, petang2 bleh ride
5- buat swiming pool cun2, hari swim ngan uyi

5 of my bad habits
1- too forgiving
2- sometimes speak too loud..syyy...!
3- gabra
4- pantang kepala tersentuh sikit ngan apa2..mesti nak ketuk dagu balik, kasi adjust balik otak..haha..kepercayaan sejak kecik yg takbleh buang!
5- hari ahad tak berapa pandai nak mandi pagi


5 jobs I’ve had
never work b4
1- PA
2- engineer
3- doctor
4- robber
5- perdana menteri kot huhu.

Dah.

Selesai tugasan yang diberi oleh cik gina. Letih gak eh.