FoLLoweRs

Friday, June 20, 2008

Jemputan kawin

Ari tu aku sms Rosli.

'Slm.Bole bg full add x nk ksi kd jemputan kawin ogos nnt.Kalu free dtg la yea.'

Lepas tu dia call. Tanya aku kawin ngan sape? 'Lerr.. kan dik jar yang nak kawin bulan 8 nanti, bukan saya lah', aku jawab. 'Datang tau.'

Memang dari awal dulu dah kasitau dia. Dia invited.

Lepas tu aku sms sorang lagi. Dia pon call jugak. Dan aku explain sekali lagi.

Owhh.. ayat aku tu nampak konfius ek? Patut la.

Dan aku terasa nak sms pulak ngan sorang mamat ni. Mamat yang lom aku kasi kata putus nak jumpa. Pendek kata, ngedate aku yang lom jadik lagi. Alah, abang angkat adik ipar aku. Yang dulu pernah dia nak kenen ngan aku.

Setakat ni, aku lom sedia lagi ah nak date ngan dia. Ops, malas la senang citer.

So, aku sms dia.

Tunggu punya tunggu dia tak reply pon. Aiseh... Lepas tu aku bantai gelak. Entah2 dia ingatkan majlis aku. Err.. aku takde citer kat dia ke yang adik aku nak kawin bulan 8 ni?

Herm.. bila baca2 balik ayat aku tu memang konfius. Macam menjemput ke majlis kawin aku sendiri pulak. Hihi.

Perasan.

3 comments:

broken_nigina said...

kalo real yang sis punya nanti jangan lupa jemput gua ye?
huhu..
dengan muka tak malunya..

cLinaku said...

boleyyy... tapi bila dah dijemput wajib datang!
(doa2kan la ek ;p)

broken_nigina said...

lantik gua jadi mak andam sekali pon boleh..
huhu..