FoLLoweRs

Saturday, November 07, 2009

update#

heh. benci pulak aku tengok 2-3 post aku yang jiwang tahap gaban nikh.

takpe. biarkan. jangan delete. nanti satu hari aku akan baca balik. aku akan tersenyum tawar mungkin. aku akan sengih sorang2. mungkin aku akan gelak, sampai guling2 kuar air mata. mana tahu!

atau aku hanya geleng kepala mengenangkan kebodohan dan kelemahan diri.

atau aku bersyukur kerana tidak lagi merasa miserable.

mungkin masa tu aku berdua. aku akan tunjuk blog ni kat kapel aku. kasi dia baca sama. dan dia pon akan gelak, geleng kepala kemudian merenung aku sambil kucup dahi aku dan berkata 'saya takkan biarkan awak keseorangan lagi'. ameennn...

semoga aku diketemukan dengan seseorang yang memang Tuhan ciptakan untuk aku. yang memahami aku. yang sayang aku. dan paling penting yang menerima aku seadanya. menerima aku sebab aku. sebab aku adalah siti marlina binti mukhtar. bukan sebab lain.

masih ingat mie? (ceyhh.. tanyer macam la femes sangat blog aku nikh...)
well, dia da bertunang. pengakuan dari mulut dia sendiri tapi aku tak sempat tanyer dengan minah mana. adakah dengan minah GRO tuh? mungkin tidak!

tapi katanyer nak kawen tak tau tahun bila. sebab duit lum cukup. ye ker? tak kesah lah. janji dia jemput aku datang masa hari nikahnya nanti. teringin pulak nak jalan2 kat melaka tuh.

semalam aku terjumpa kaset lama. terlabel 'uyi g'. nampak da buruk pon.

aku pasang masa nak ke opis tadi. whoaaaaa.....!!!! tau tape apa?

suara uyi masa dia berumur dalam lingkungan 2-3 tahun! masa tu tak silap citer 'ada apa dengan cinta' tengah ngetop. uyi pulak jenis budak cerdas dan cargas. kitorang rakam beberapa dialog yang dia hafal dan adegan yang dia tiru dalam tape tu. aduhhh... sangat comel suara dia. lemak. lembut macam puding karamel. manja macam kucing siam yang berbulu lebat tu. suara yang sangat fresh dan naif.. sore budak yang baru blajar nak bercakap pon ader.. teruja aku mendengarnya! terbayang keletah uyi waktu tu. dia memang sangat2 comel!






teringat citer uyi dan bontot 8 nyer tuh. hekhek...so sweet!


11 comments:

Anonymous said...

salam awak,

jiwang tu tak bodoh awak, jiwang tu bukan satu kelemahan pada diri. setiap org yg ada perasaan, ada jiwangnya. dan samada dorang tunjukkan atau tak, itu dorang punya hal. Faizal Tahir pon ngaku dia layan jiwang even dia rock! Ganda 23 bro!

Cik Lina yang istimewa,

saya harap saya yang akan menjadi lelaki itu yang mengucapkan,

"saya takkan biarkan awak keseorangan lagi"

sebak membaca post awak nih, saya harap saya memahami awak, yang pasti sayang tu teramat sangat, dan of coz saya terima awak seadanya awak, sebab a wak adalah awak dan kasih sayang yang ALLAH kurniakan sedikit kepada saya tu adalah untuk awak.


:(

- yours -

Anonymous said...

'you will never know true happiness until you have truly loved and you will never understand what pain really is until you lost it'

my 'true happines' = siti marlina bt mukhtar.

:)


*YoUrsEcReTAdMiReR*

- till end of the day -

broken_nigina said...

ramai peminat ni sis..hihii..

cLinaku said...

encek anonymous,
awakkah lelaki itu?? i wish..!

pakcik anonymous,
:)

gina,
tapi gelap.bila da gelap tak nampak.huhu

broken_nigina said...

itu la..kepada encik2 anonimos,mengorat la di dalam terang.

Anonymous said...

hi awak...

err..lelaki itu? ermmmm..mcm tajuk lagu anuar zain plak.

honestly, mmg i la lelaki itu,


*YoUrsEcReTAdMiReR*

- till end of the day -


&



:(

- yours -


gina, memang nak ngorat dalam terang, tapi kalau terang sgt pon tak best gak. tak suspen!


-yours-

broken_nigina said...

sis,gua tumpang saspen.panggil gua gina macam orang yang familiar je.cepat la ngorat nanti letak gambar kawin kat blog ya sis.

cLinaku said...

anonymous,
i wish u r the one.

gina,
anonymous bikin saspen daa..
ntah wujud ke tak.... :(

eddie dewanaga said...

sapa pulak yg pepandai panggil broken nigina ni 'gina' je ni...???


ni yang gua marah ni...!!!

cLinaku said...

alamakkk... sekali naga kua fire ..haaa!

Anonymous said...

errr...



ada yg tak kena ke? huhuh



- yours-