FoLLoweRs

Sunday, November 29, 2009

mungkinkah akan terjadi.

Kata org jodoh, pertemuan di tangan Tuhan. Sebenarnya semua benda pon di tangan Tuhan. Tapi itu tak bermakna kita serah bulat2 pada takdir. Kita kena usaha dulu, then tawakal lah. Baru bleh cakap semuanya adalah di tangan Tuhan.

Baru rasa puas hati sebab dah berusaha dgn penat lelah selama ini. Dan apapon yang terjadi rasanya berbaloi dan bleh diterima sebab kite dilahirkan sebagai muslim yang mesti menerima qada' dan qadar as rukun iman.

Sebenarnya aku kecewa. Dan sangat bersedih. Kenapa ekkk... asyik bersedih ajer. Bosan betul. Tapi kali ni kesedihan aku teramat dalam dan begitu berat untuk aku tanggung. Aku tak pasti aku bolah lalui dugaan yang aku terima ni dengan sabar dan tenang atau tak. Tapi sekarang jiwa aku tak tenang sangat! Jiwa kacau.


Aku cuma ingin bahagia. Benarkan kebahagiaan itu sukar dicari? Dan jika kite telah temuinya, kite mesti menggenggam kebahagiaan itu erat2.. or else ia akan hilang dari kita. Betul ker???

Apakah dosa aku mengecewakan dan meninggalkan En Angel begitu besar sekali sehingga kebahagiaan itu begitu susah nak mendekati aku? Belum habis lagikah sumpah En Angel pada aku? Tak layakkah aku merasa bahagia? Salahkan aku menidakkan poligami utk diri sendiri bilamana aku sendiri tak sanggup nak melaluinya?

Karma.

Sekarang aku faham bagaimana perasaan En Angel bila dikecewakan oleh orang yang teramat disayangi dan ingin dimiliki.

Sangat sakit!

Sangat terluka.

Sangat kosong.

Seolah hidup tak bererti. Jarum jam terhenti. Tak kira apa yang dilakukan, walau di mana, jasad saja di situ tapi otak langsung tak entah ke mana. Kosong. Takde apa.

Sebenarnya aku ingin jadi manusia biasa seperti yang lain. Yang tidak trlalu mengambil berat akan apa2 masalah yg berlaku di sekeliling. Yang boleh think positive dengan cabaran hidup. Aku nak jadi macam tu. Tapi aku macam tak kuat. Aku macam tak larat nak menanggung dugaan lagi. Dan kesudahannya... menangis. Menangis dan menangis! Sedangkan org lain gembira dan sibuk dengan hal masing2. Tapi aku keseorangan dalam bilik yg sempit, kosong, gelap, lemas, sesak. Sangat menyedihkan. Sangat memalukan. Dan terasa sangat buruk diri ini.

Dan paling menyeksakan, aku tak dapat berkongsi masalah ini dengan siapa2. Limited. Entahlah.

Mungkin ini hanya benda biasa bagi sesetengah orang. Lumrah. Memang la ada masalah dalam hidup ni. Take it easy la, rileks la. Bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor. Tapi yang menanggungnya? Terasa ada batu besar yang digalas.

Lagaknya macam org putus cinta kan?

Putus ker...?

Entahlah.

Terasa semangat aku hilang. Lemah. Tak berdaya. Malas.

Sinar2 bahagia itu aku rasakan semakin menjauh dan malap. Semakin kelam. Aku sangat sedih. Aku terasa sepi dan keseorangan.

Benarkah bahagia aku itu akan hilang Ya Allah...? Jika benar sengsaranya rasa...

Sungguh aku tak tau apa yang harus aku lakukan. Terasa tak sanggup untuk aku melepaskan dia pergi... tidak sama sekali. Tidak!

Teringat satu komen gina kat post aku yg lalu.. hak kite tetap hak kita. Tapi.. benarkah dia hak aku.......? Layakkah aku berkata begitu?

Tuhan... bantulah aku... ameen.

19 comments:

Anonymous said...

clina,

saya juga melalui dan merasai menda yg sama. tapi saya yakin pada Allah walau saya bukan baik sangat pon.

saya ada terbaca satu artikel hari nih yg berbunyi;

'apabila diuji, jgn cepat melatah atau patah semangat. dekatkkn diri kepadaNya.jgn putus berdoa mohon yg terbaik untuk kehidupan kita dan insan insan disekeliling kita. Allah dah janji, mintalah denganNya dan Dia akan makbulkan.'

senangnyer saya bercakapkn clina? tapi realitinya amat menyakitkan saya, dan awak juga.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Al Baqarah, Ayat 286.


:-) cactus d.e.b.a.b

eddie dewanaga said...

gua pernah kena reject, masa tu gua gaji cuma lepas diri, okay.. gua belajar dan carik keja lain, hingga satu hari gua jumpa 'nyawa' gua, dgn mengambil iktibar kejadian dulu, gua bikin 3 keja sekaligus (termasuk part-time ujung minggu) dan hasilnya ASB gua sarat dengan harga sebijik wira cash!

gua tinggalkan minat gua dalam muzik, budak2 band dan rokok.

tapi 'nyawa' gua tinggalkan gua kerana lelaki yg penah dia cinta dulu...

gua biol, ilang arah tuju, gua sakit, 2 tahun gua beraya dengan doktor.

gua dah kembali jadi orang balik dah sekarang, tapi dendam ini takkan padam...

Day Dreamer said...

hi eddie,


terkesan dgn komen awak untuk post nih, so izinkan gua say sumtin seikhlas hati gua,

lu pernah tak terbaca ayat-ayat lebih kurang camni?

"Agaknya inilah yang dikatakan orang, kemaafan adalah dendam yang terindah. Aku harus belajar memaafkan org lain dan memaafkan diriku sendiri atas apa yang telah terjadi...yang ditakdirkan oleh ILAHI"



"aku sedar aku takkan dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan ni seandainya aku tak dapat melupakan kegagalan, rasa kecewa dan sakit hati. kemaafan terlalu berat untuk ku berikan kepada orang yang telah melukai hati aku. tetapi akku tahu dgn memberikan kemaafan sajalah aku dapat mengubati hati yang telah terluka. kemaafan yang diberikan secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi dan hadiah terbaik untuk 'musuh' ialah kemaafan, mebi ada benarnya"


DD

cLinaku said...

anonymous,
yupe.. aku cume perlukan keyakinan diri..arhhh.

eddie,
kalau ditinggalkan buta camtu je aku pon akan marah.tapi ko mesti percaya.. one day dia akn rasa apa yg ko rasa. saat tu baru padan muke dia.hehe..jhatnya aku jahatnya aku...

encek day dreamer,
mmg jln terbaik adalah memaafkan..sbb itu akan melegakan..
tp tu bukan prkara mudah kan?
memafkan org yg telah melukakan hati kite...............uhhh.
maaf tetap maaf tapi luke tetap takkan hilang.

Abang Ben said...

moga ada sinar di hadapan insyaAllah!

deaf_angel said...

fren,

kalo boleh, ko selalu ingat, kalo ko cinta ke sayang ke seseorang tu, cinta dan sayang dia kerana Allah.

Benda2 cam gini..susah nak cakap..nak2 untuk orang yang umur dah mature sikit haha..
budak2 cinta dorang lain

Geng Metal said...

makam eskem bebanyak je, ilang le tenseion tu ... hehehe ...

broken_nigina said...

sis,apasal gua rasa macam kita berkongsi nasib yang sama?hahaha.zalim betul.gua dapat harapan,keyakinan,tapi untuk beberapa hari.hahaha.sekarang harapan dan keyakinan tu dah berkecai balik.gua sakit,sakit yang lebih dahsyat dari sebelumnya.rasa menyesal berharap.dalam keadaan yang dah hampir putus harapan tiba2 dapat harapan balik,rasa berharapnya lain macam.dah nazak tiba-tiba dapat nyawa seolah-olah dilahirkan balik tapi baru je nak hidup kena pancung.aduh..apa la..dah 15 tahun masih tak dapat-dapat berapa tahun lagi baru boleh dapat.usaha,ikhtiar,tawakal,tapi nak usaha macammana kalau kita dalam kedudukan tak dapat nak buat apa-apa langsung.gua jadi memberontak.mana boleh hidup macam ni.tiap saat tiap detik sakit.tak give up,sakit,give up pun sakit.kiri ke kanan ke,sama mati.apa nak buat?gua rasa kesian kat diri sendiri tapi takde sape nak kesian gua.kalau jodoh ada jual kat kedai,apa harga gua sanggup beli.tukar dengan nyawa pun gua rela.dah tahap macam nak menggelupur terlalu nak sangat-sangat sampai dah helpless dah tak berdaya..tolonglah tolonglah tolonglah..arghhh..tak pasal-pasal gua lepas emo kat sini..
tumpang lalu..peace!

broken_nigina said...

lagi satu,untuk en.edie..bererti ke kalau memiliki apa yang bukan milik kita?bukan ke cinta dan sayang tu untuk tengok dia bahagia?kalau yang boleh membahagiakan dia adalah orang lain,sebagai lelaki budiman memang it's the right thing merelakan dengan ikhlas.kalau sakit hilang orang yang kita cinta kerana dia cintakan orang lain,sakit lagi hilang orang yang kita cinta yang cintakan kita kerana orang yang dia tak cinta.kalau perasaan sayang datang dari hati yang berlandaskan keikhlasan,demi allah,ia takkan sekali-kali bertukar jadi benci dan dendam.sayang selama-lamanya akan mengalahkan benci.kasih sampai bila-bila akan bunuh dendam.kalau luka boleh ubah ikhlas jadi kesumat,serius,ada yang tak kena.biarlah orang yang cintakan satu sama lain bersatu,they should be together.maaf,gua emo.peace.

cLinaku said...

abg ben,
insyaAllah!

deaf_angel,
sepatutnya mmg kena gitu baru le cinta tu berkat dan abadi ek..

geng metal,
kalau la boleh.. kalau la boleh......! boleh kah..?????

gina,
aku terdiam sedetik baca komen yg first tu.sangat2 kena batang idung sendiri!kdg2 terasa macam bodoh pon ader sbb berharap sangat pada harapan yg datang balik yg sangat2 nyawa ikan dan tipis tu sebenarnya... 2 kali kekecewaan yg teruk!
betul2 dugaan nak menguji kekuatan dan ketabahan hati.

cLinaku said...
This comment has been removed by the author.
Abang Ben said...

tak berapa paham cerita ni... I'm guessing correct me if I'm wrong... U had problem with your ex-hubby. En Angel came in between to comfort. U finally divorced. Then En. Angel proposed to U but he's married and U can't accept to be his 2nd wife.

En. Angel tak related to deafangel the blogger.

Betul?

cLinaku said...

abg ben,
first2... wakakakaka...deaf-angel takde kena mengena ngan ini filem daa.huhuh.

seken, tu citer lama.en angel was really2 a good fren of mine and a great motivator for me lah.byk bagi nasihat,supprot etc.sedar tak sedar we become close and he fall in love.me? bukan nak eksen tapi cinta tak bleh dipaksa kan?i have to reject him but i do sayang him also.tapi dia takleh terima we as a fren...he want more then a fren..at the end.. we broke up.
rasa bersalah sgt sbb dia banyak tolong, tp once again..tak boleh paksa kan?i really anggap dia as my big bro.
ok abg ben?:)

Abang Ben said...

alahkan aku menidakkan poligami utk diri sendiri bilamana aku sendiri tak sanggup nak melaluinya?

bab poligami ni tak masuk cerita la eh?

cLinaku said...

poligami? ader cket2 kot.huhu. tapi tak berapa aku kesah sangat.

broken_nigina said...

percaya pada cinta sejati,satu dan setia,tak berbelah bahagi..kalau dah terbelah-terbahagi,apa maknanya..all or nothing..cinta macam nak mati pun,tak rela serahkan sesuatu yang tak dipulangkan balik secara setimpal.sis,gua terbawak-bawak syok sendiri mengomen.

Anonymous said...

ermm..

if cinta macam nak mati pon, sayang bagai nak rak pon.
tapi once ALLAH cakap dia bukan untuk mu,

what to do?

kan..kan...


Ya Allah, tenangkan lah dan lapangkan lah hati ku ini....

amin..



:)

ainna said...

salam..
lama aku x jengah dalam blog mu ni.. rupanya ada cerita menarik...

x disangka rupanya banyak cerita yg aku terlepas sepanjang kita terpisah lepas amik spm dulu..

namun seperti mu jugak, aku pun ada kisah sendiri sampai org keliling sibuk bertanya kenapa x kawin lagi?memilih ke?x kan nak pilih lagi sbb umo pun dah lebih...tapi yg diorg x tau kalau hati ini pernah ditusuk sembilu.. kalau lukanya sikit mgkin boleh ditampal2 tapi kalau sudah hancur lumat bagaimana mau sembuh..btul x?

aku doakan agar kita dapat semua kebahagiaan yg kita cari...

p/s:utk eddie..kemaafan itu adalah yg terindah kerana ia membebaskan jiwa kita yg dendam..namun x disangkal parutnya tetap ada....

cLinaku said...

ainna,
ia akan sembuh..percayalah.cume masa yg tentukan.
namun walaupon sembuh parutnyer tetap ada...