FoLLoweRs

Tuesday, March 30, 2010

kau kekasihku...






untuk si dia yang rasa dia adalah kekasih hati aku... yang kini telah ku anggap menjadi kekasih gelapku. andai dia atau aku mati dulu, tiada siapa di dunia ini yang tahu bahawa dia adalah kekasihku. tiada siapa yang tahu bahawa jauh di sudut hati ini dia sebenarnya adalah kesayanganku.

selamat jalan sayang.. semoga selamat sampai selamat kembali. aww ..!





Monday, March 29, 2010

tak sudah2 bermimpi.





Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati meyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kaukah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Titik kenangan
Yang bernama pengalaman
c/o
Siapakah
Di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu
Membina harapan dan siapa
Yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang....

Kau...bayang-bayang
Masa yang silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah




*selamat bekerja!

Friday, March 26, 2010

aku dan sesuatu.

ader sesuatu yang aku ingin tuliskan. luahkan. tapi tak terucap. tak tertulis. tak terluah. tak terkater. tak terkeluar dari kerongkong. tak terkongsi.

tak tau nak tulis camner. tak tau nak start camner. takde idea nak express camner.

last2 biar ia tersimpam kat sini.. dalam dada. dalam hati. tapi rasa sakit sangat. sesekali bila tarik nafas dalam2, panjang2 terasa sakit dan pedih. tak lepas.

tak pernah rasa macamni. sakitkah aku? sakit jiwa ke aku? sakit hati ke aku?

atau aku pressure?

atau sekadar mainan perasaan?

entah.

bosan aku dengan penat ini.

kosongnya pandangan aku.

sigh.

* arhh.. tiba2 terdengar lagu mimpi yang tak sudah. eh ehh... sadisnya lirik dia.

Thursday, March 25, 2010

today in history.



guess what... hari ni aku bangun kul 5.04am. minum air masak segelas, basuh muka ala kadar, terus bukak peti ais amek bawang merah 2 ulas, cili padi kaler merah 7 bijik, amek lesung batu... tumbuk!

goreng ikan bilis, goreng telur mata kerbau. then tumis apa yg aku tumbuk tadi.... tau apa hasilnyer..? nasi goreng! hehehe...

julung2 kalinya.. dan selama aku bekerja kat sini ni la first time ever aku bawak bekal camnikh. biasa bekal aku roti dengan sosej atau scrable egg je. simpel. tapi hari ni kire berat sket la.

mula2 sorok, sebab segan arh. takut tak sedap yg amat. kalau diorang sembang2 pasal resepi itu ini, aku diam jer. tak reti. sebab tak masak. inikan pulak aku bawak nasi goreng untuk diorang rasa. ya ampunnn.

tapi yg best tu, ader kawan2 puji. kater sedap. tapi agak pedas. tapi ok, sedap. wakakaka... aku rasa nak menangis keterharuan. rasa nak berguling2 kat lantai tahan gelak pon ader. ekekekekeee. gua tau la gua jarang masak dan tak penah masak untuk kengkawan kat opis.. jgn la perli sampai gitu sekali beb. huhu.

tapi agaknyer, resepi pagi tadi menjadi. bleh tahan la kot rasanya. kalu tak, takkan ader member tanyer how i cook that nasik goreng? hehe. opss.. gua tak la obses sampai nak letak gambar nasi goreng tu. sebab main masak je. ikut petua sifu.. ' ala.. senang je masak. campak2 je.'

kelakar pon ader. betul cakap sifu. main campak2 pon jadi. tapi jgn lupe selawat ke atas nabi yea waktu masukkan bahan2 utk masak tu. kater mak mertuaku dulu.

herm. dah pandai masak. mak da bleh kawen nyah! yeay.

ngeh ngeh ngeh.



lama tak jengah bangi kopitiam.


Monday, March 22, 2010

kemurungan terlampau.

aku bosan tahap cipan kat ofis ni. rasa nak nangis pon yea. bosan giler!
khamis jumaat aku ponteng. ingatkan nak mc khamis je tapi pagi jumaat jam 530am aku bermeditasi agak lama atas katil... golek sana sini.... rasa beraaatt sangat nak pergi kerja. dalam hati tgh berkira2 nak pergi tanak pergi nak pergi tanak pergi.... rasa tak best je. hati rasa tak sedap.
err..mengikut firasat aku kalau rasa tak sedap hati tu mesti ada seseuatu yg tak elok akan berlaku. jadi aku memutuskan untuk tidak mahu berdepan dengan bakal yg tak elok itu lalu aku ambil bantal dan peluk kuat2... dan sambung tidur walaupon tak berapa nak lena. muahahaha... jahat! hantar surat resign lagi baik.
haih.entahlah. lately aku rasa takde semangat nak kerja. lemau jer.takde yang mengwowkan atau ...
owh..mebi sementara.. sementara...
bestneyr jadi umi aida. kawen terus dapat title datin paduka... kaya raya. huh!






bestnyer kalu aku yg dok dalam nii.....



dik jarr with her tariq, ngan mell, uyi ngan bad.



err... maleh nak tulis nama. tapi yg pakai spek tu pak cu kitorang.



arhh... pandai2 la agak2 nama diorang ea..huhu.



pagi sebelum kenduri. tgh sebuk buat bunga rampai.



kambing yang menjadi korban... uyi tak makan daging tu sbb kesian tgk kambing tu kena sembelih. hm part melapah kambing tu ditake over oleh budak2 yg diturun khas dari kl...best best!



tempat beradu mellisa hani iman.



zzZZzzzzzz.........

Friday, March 05, 2010

aku bosan sebab hari2 aku sampai awal kat ofis.




cinta buat aku macam permaisuri
cinta buat aku macam bidadari, akulah yang tercantik
cinta buat aku sangat bahagia
cinta buat aku tak pernah sepi
cinta buat aku sangat hepi
cinta buat aku berkobar2, bersemangat
cinta buat aku ada seseorang, walau dia tiada di sisi tapi aku pasti setiap saat dia menemani dan hadir dalam setiap denyutan nadi, dalam setiap helaan nafas
cinta buat aku lena tidur
cinta buat aku ingin bersamanya setiap masa
cinta buat aku sentiasa senyum dan ceria
cinta buat aku boleh lakukan hampir apa saja
cinta buat aku lakukan perkara yang giler2
cinta buat aku ingin berkorban demi dia
cinta buat aku ada dia...

tapi cinta juga buat aku sakit kerna menyintainya sepenuh hati.

bila dia tiada di sisi menemani
bila dia sudah tiada masa untuk aku
bile sudah tiada kata2 indah seperti dulu
bile aku dilupakan

arhh.. apa sangat lah kuasa cinta


esok lusa aku mati.




entry tidak bertajuk.

semalam ptg sembang2 ngan uyi. susah tul nak dapatkan mood dia lately. dah la markah peksa sumer turun! banyak dapat B. tapi satu takleh lawan, she's still the best for karangan bahasa melayu. markah dia paling tinggi dan cikgu suruh dia baca karangan tu kat depan kelas.


'uyi tak sabar nok hanta buku skrap uyi kat cikgu nanti'

'iyerrr...? uyi dah siap buat semua dah..?

'doh... uyi letak gamba uyi kat depan tu. hikk. budok lain sumo letok gamba bungo la..gamba binate laa...'

'amboii.. mesti uyi letak gambar uyi hok paling comey dihhh'

'ermm.. pastu uyi letak gamba ibu jugok...'

'ehhh.. uyi letak gamba yg maner? comey dokk..?

'comeyy.. uyi letak gamba ibu maso kito g pd.. ibu pakai selendang tu.'

'em.. owhhh... hehe....'

'pastu uyi letak gamba babah. tapi uyi letok gamba kawan pak lang. sebab uyi takdok gamba babah.....'

'erk...'

'dio tok se balik ke ibu?'

'ermmmhh... uyi nak jumpa babah ker..?

'tok se.....'



haihh.. kesian anak aku.. terpaksa letak gambar org lain pulak.

tapi uyi da tak macam dulu... kalau dulu dia asik tanyer kenapa dan mengapa. tapi skang dia macam tak kesah langsung, cume sesekali dia bertanya. terasa macam citer dalam tv pulak setiap kali berbicara tentang ini.



Thursday, March 04, 2010

selamat hari lahir.



happy birthday untuk nur farahin a.k.a pajeen a.k.a adik pa, my youngest sis. dah 18 tahun dah.




Wednesday, March 03, 2010

Ukiran Jiwa

Kedamaian yang ku cari
Masih belum terbukti
Jauh lagi perjalanan ini

Jiwa tak pernah tenteram
Kasih lama tenggelam
Di lubuk hati yang paling dalam

Berlumutlah ukiran impian
Entah berapa lama
Harus ku nanti
Sinar kasih sayang menyinari kembali

Dengan nada lagu dan irama
Ku luahkan jua rasa kecewa
Semoga kau dapat mendengarnya
Semoga terbuka pintu cinta... mu
Yang pasti hujan tak berterusan
Matahari kan tetap terus bersinar

Kini terbukti apa yang di nanti
Dengan rela ku lepas kau pergi
Telah sedekat kenangan terpahat
Di ruang tak bertempat oo... ho...

Dengan nada lagu dan irama
Ku luah kan jua rasa kecewa
Pada cinta yang dahulu kita
Ukirkan bersama...
Di ruang asmara
Di bumi yang nyata
Di dunia kita...



senang je tulis blog ni, agak2 takde idea post lah lirik lagu.ngeeee.....

Tuesday, March 02, 2010

Kalimah Cinta


Simpan diri ku terseksa
Nak ku luahkan tak ku gentar

Kekurangan ku terbongkar

Sisi mu umpama syurga
Peluang emas ku jamah
Bahagia yang ku cari
Awal dulu

Aku
Insan yang terdampar
Yang tinggal menagih cinta

Terang dan terlindung
Dimana tempat nak ku singgah
Mengesan mu pasangan ditakdirkan

Ku
Rempuh azab sengsara
Tak kisah asal bersua
Kau kasih penyeri jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Kau kasih isyarat jiwa
Ku meniti jalan yang lurus
Kau kasih isyarat jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Mengenal erti cinta
Mengenal cinta tulus