FoLLoweRs

Friday, March 05, 2010

entry tidak bertajuk.

semalam ptg sembang2 ngan uyi. susah tul nak dapatkan mood dia lately. dah la markah peksa sumer turun! banyak dapat B. tapi satu takleh lawan, she's still the best for karangan bahasa melayu. markah dia paling tinggi dan cikgu suruh dia baca karangan tu kat depan kelas.


'uyi tak sabar nok hanta buku skrap uyi kat cikgu nanti'

'iyerrr...? uyi dah siap buat semua dah..?

'doh... uyi letak gamba uyi kat depan tu. hikk. budok lain sumo letok gamba bungo la..gamba binate laa...'

'amboii.. mesti uyi letak gambar uyi hok paling comey dihhh'

'ermm.. pastu uyi letak gamba ibu jugok...'

'ehhh.. uyi letak gamba yg maner? comey dokk..?

'comeyy.. uyi letak gamba ibu maso kito g pd.. ibu pakai selendang tu.'

'em.. owhhh... hehe....'

'pastu uyi letak gamba babah. tapi uyi letok gamba kawan pak lang. sebab uyi takdok gamba babah.....'

'erk...'

'dio tok se balik ke ibu?'

'ermmmhh... uyi nak jumpa babah ker..?

'tok se.....'



haihh.. kesian anak aku.. terpaksa letak gambar org lain pulak.

tapi uyi da tak macam dulu... kalau dulu dia asik tanyer kenapa dan mengapa. tapi skang dia macam tak kesah langsung, cume sesekali dia bertanya. terasa macam citer dalam tv pulak setiap kali berbicara tentang ini.



4 comments:

eddie dewanaga said...

sayang uyi, masih kecil tapi kurang kasih sayang ayah...


itu petunjuk utk lu bikin sesuatu, hehehe...

cLinaku said...

ok eddie. ini tahun jugak gua akan bukak pintu besar2 try carik org utk kawen....hekhek.

deaf_angel said...

la..aku type smua hilang..
lagi sekali -

uyi beruntung pasal ramai orang sayang dia.. paternal dad, future dad included..

smoga her future dad never ever let her down.

oit, mesti dia takkan lupa sampai bila2, tulisan dia dibaca kuat2 untuk smua dengar di dalam kelas..

cLinaku said...

deaf,
yg best tu bukan takat karangan, dia penah nyanyi lagu matahariku dalam kelas atas permintaan kawan2 dan cikgu..hehe.