FoLLoweRs

Friday, October 29, 2010

Buat Aku Tersenyum.




Seronok baca kat sini

;)

Ini jam aku nak slogan 'Gomo Kelate Gomo'



Tiba2 aku pon sibuk time org lain sibuk2 dengan Piala Malaysia.

Hehe.

Harap2 Kelantan menang. Bukan sebab aku peminat setia bolasepak. Tapi itukan negeri lahir aku. Eh takkanlah den nak sokong N9 pulak jang.

Dan jugak aku sibuk2 sebab dik jarr dapat sewa tapak kat situ. So ekhemm.. sajer2 tunjuk bakatlah nak meniaga kan. Tolong adik beradik.

Harap2 semua ok. Sebab aku bukannnya reti masak, bukannya reti meniaga, bukan peramah sangat pon.

Ala.. rezeki ada kat mana2 kan.

Hah. Kawe tak sabar nak sarung jersi Jerman esok nikh :)

Wednesday, October 27, 2010

Gantung



ku harus menemui cintaku
mencari tahu hubungan kita
apa masih atau telah berakhir

kau menggantungkan hubungan ini
kau diamkan aku tanpa sebab
maunya apa? ku harus bagaimana?
kasih…

sampai kapan kau gantung cerita cintaku
memberi harapan
hingga mungkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu

detik-detik waktu pun terbuang
teganya kau menggantung cintaku
bicaralah biar semua pasti

kau menggantungkan hubungan ini
kau diamkan aku tanpa sebab
maunya apa? ku harus bagaimana?
kasih…


gantungnya hubungan cintaku
membuatku sakit
hingga mungkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu

Trip ke Uitm Kuala Pilah 24 okt 2010.























Sikit gambar masa hantar Ain ari tu. Singgah Ulu Bendul, tapi tak mandi or jalan2 sangat sebab hujan rintik2. Aku kalau hujan ni lemau sket.

Masa kitorang singgah makan, org kat kedai makan tu gelar kami kembar 5. Ntah apa yg sama ntah kitorang pon tak tau. Sama ke muka ni??

Tapi yg best, kitorang pakai baju rona kaler sama. Hitam. Kebetulan. Tak perasan pon sehinggalah time makan tu :)

Menarik kali ni sbb aku tak pernah ke sana dan tak tau jalan pon. Ada yg cakap lalu LEKAS. Ada yg nasihat lalu highway Seremban, balik nanti baru lalu LEKAS. AKu ikut nasihat yg kedua.

Perjalanan jadi seronok dan kelakar sbb kitorang semua pompuan yg naif, tak reti jalan dan poyo2 je. Ada la benti 2-3 kali sbb nak confirmkan jalan. Hehe. Seremban? Senawang? Isk. Serembang? Senawan? Huhu.

Memang la highway Seremban tu aku pernah lalu, tapi bukan as a driver. So situasi tu lain.

Tapi alhamdulillah. Selamat sampai dan pulang.

Peace!

Tuesday, October 26, 2010

aku.



bila fikir2 balik apa yg aku buat dan apa yg aku rasa.. aku rasa letih dan penat.

apa yg aku cari sebenarnya? apa yg aku nak sebenarnya? entahlah. aku cuma berjalan dan terus berjalan dan berjalan.

rasa nak stop. nak rehat. tapi RNR tak berapa selesa untuk tumpang berteduh.

Kadang2 tringat waktu dulu2... waktu sedang membesar, waktu zaman kegemilangan dan keghairahan, waktu bercinta, waktu suka... semuanya tak mustahil dan indah dan seronok.

berjaga 2-3 pagi apa ada kesah. lepas tu boleh pulak ke ofis pagi esok tuh. kerja. maintain je. kalau sekarang berjaga macam gitu, wajib qada' 2 hari!

ke mana2 nak berkapel ajer. tengok wayang, jalan2, live band.. semuanya nak berkapel.

skang rasa tak larat nak harung lagi benda tuh. penat.

tapi... kan seronok kalau di usia2 sebegini atau di waktu berusia nanti berkapel pula ke masjid. bersama2.

rasa damai jer.

kan kan :)

Friday, October 08, 2010

Seminggu sebelum saya ke Bkt Jalil dan Tiara Beach Resort



'Ohyer, jikalau awk ada timbul prasaan suka pd seseorang... Maka rebutlah peluang itu, sy tgk awk rapat semcm jer dlm fsbook. Sy sokong awk, u deserve it. Yg pnting awk hepy, sy pun hepy :)'


Hehe. Ntah saper la yang dimaksudkan oleh si pengirim sms tu. Buat aku tersenyum sorang.

Jap jap nak ingat... aku rapat ngan saper ek.. hurm. Tapi aku tak kesah, yg buat aku kesah bila dia suruh rebut peluang tu.

Memang aku nak kejar, aku nak rebut. Tapi andai org yang dikejar tu sendiri tak ingin berlari, camner nak main kejar2? Hah.

Haih. Ntahlah. Dulu semangat berkobar2... nasihat dari kawan berbakul2. 'kalau suka kau kejar dia, kalau sayang jangan lepaskan, kalau nak rebut'. Macam2 lagi. Time tu semangat macam nak pergi berperang. Cinta punya pasal. Tapi bila orang yang dikejar tu sendiri membunuh perasaan dan semangat ini, maka aku pon mati di tengah2 medan pertempuran. Kiok.

Aku tak cukup bersemangat kot. Entah. Atau, bila kita tau kita ni bukan siapa2 lagi bagi dia, automatik perasaan ingin mengejar dan memiliki tu padam perlahan2. Kecewa barangkali.

Sebab, apa guna mengejar apatah lagi memliki sesuatu kalau tak sudi. Takmau dicop hidung tak mancung pipi tersorong2. Terhegeh2. Macam penagih.

Biarlah. Biarlah. Dia bukan untuk aku. Dan aku bukan siapa2. Biarlah.

Untuk si pengirim sms, terima kasih kerana menyuruh aku merebut peluang. Tapi, aku dah takde peluang rasanya. Aku dah frust. Hati ni macam dah patah. Aku takkan mengejar atau merebut siapa2 lagi. Aku akan terima apa2 saja yang mendatang untuk aku.

Tapi aku dah tak nangis lagi. Itu bezanya. Dan bila ada kawan2 yang mengusik si dia akan kawin bla bla, begitu begini, aku ketawa jer. Anggap itu satu usikaan, gurauan. Kalau anggap serius, pasti menangis air mata darah. Hukhuk.

Cuma, terkadang2 bila aku ingat2kan, bila aku bayang2kan, bila aku kenang2kan.... sakitnya rasa dada. Sakitnya rasa hati. Geramnya. Sebaknya. Justeru, aku buat2 lupa dalam ingat.

Dengan harapan, semuanya kembali seperti biasa. Seolah tiada apa2.

Cuma... aihh.. cuma lagi! Herm.. cuma kadang2 aku rasa tak larat nak tanggung perasaan bila masih berhubung dengan org yang pernah kita sayang satu masa dulu. Ah. Macam tak terima hakikat pulak. Isk.

Apapon, fesbuk memang sangat fun! Saya teringin nak cari pakwe baru *wink kat gina*



isk.. pesal aku suke sangat expose skang nikh. huhu. But u can click to enlarge. Ngeh ngehh.

Sunday, October 03, 2010

next station...



Seorang kawan berkata, ada perkara yang berlaku dalam kehidupannya yang dia tidak redha.

Apa maksudnya dia tidak redha? Entahlah.

Bila sesuatu itu berada di luar kawalan kita, apa lagi yang boleh kita lakukan?

Kita hanya mampu melihat. Dan berharap. Dan menanti.


Tiba2 aku rasa aku ni jahat. Bukan untuk satu situasi, tapi dua. Namun dalam cerita yang berbeza. Diam2 aku undur setapak. Dua. Tiga.

Dan terhenti. Tak mampu nak berbuat apa2 lagi.

Dalam keadaan seperti ini. Aku hanya bisa melihat.

Dan berharap, bukan untuk aku, tapi untuk dia. Semoga dia akan temui sesuatu yang bererti dalam hidupnya.

Dan juga semoga tiada sekuman pon dendam atau penyesalan tersimpan di dalam hati. Ampunkan aku. Rasanya terlalu banyak aku lukakan hati insan lain. Tak kiralah apa sebabnya. Tak kiralah siapa.

Aku jadi penakut. Dan lemah untuk berdepan dengan hakikat.

Jom lari jauh. Jangan kejar aku...!!!!



colmar tropicale








lihat... rambut saya sangat panjang.


... dan saya semakin tembam :)
p/s : opss.. saya tak mekap tuh ;p