FoLLoweRs

Monday, September 10, 2012

Semoga dipermudahkan uyi dan ibu




Pagi tadi just arrived from Kelantan to Putrajaya by bus. Ngantok tak berapa, tapi tengkuk ni lenguh sey.

Syukur sangat2 selamat pergi dan balik kampung. Balik sempena Uyi nak UPSR. Sempatlah aku solat hajat kat sekolah dia sambil hadir jamuan raya sekali :)

Jumpa cikgu lama aku. Jumpa kawan lama yang jadi cikgu kat situ. Jumpa mak one of my best fren masa sekolah dulu. Cam pulak dia tengok aku! Walhal dah lama sangat2 tak jumpa. Mungkin last jumpa waktu zaman2 sekolah menengah dulu. Hehh. Nampak benor makcik ini tak makan usia wajah masih kebudak-budakan. Ngeh ngehhh~

Paling kelakar kan, kawan Uyi tegur 'Ainur.. mane ibu awok?'

Padahal aku kat sebelah Uyi je, kat depan kawan dia yg menegur tu. 'Ni...' Uyi tunjuk aku.

Kakakakakakaa.... Kitorang bertiga gelak. Hehhh... Punyalah kecik dan comel ibu Ainur ni, sampaikan orang ingat aku ni budak sekolah jugak yea? Hehehehe... Apa adik tak nampak ke garis2 halus kat muka makcik ni? Huhu.

Oh yea.. berjumpa semula dengan mak kawan baik aku dulu tu membuka sedikit cerita baru.

'Sampai bile nak sendiri? Lamanya..'

'Tak de jodoh makcik.. takpelah. Nak buat camaner'

'Hmm samalah... tu.. dia pon dan sorang'

'Haa... bia betikkkk???' Terjerit dalam hati je la.

'Haa... yeke..? Laa... naper jadi gitu. Bakpo? Lama dah ke cik?'

'Herm.. dah orang tokse.. nak buat guano'

Hermm... Sedih aku dengar. Tu la kan, jodoh. Siapa boleh tentukan kalau bukan yang Maha Esa. Dengar cerita kawan aku tu dah 5 anaknya. Haih.

Tak sembang lama pon, sibuk layan budak2 ni. Ambil gambar la, nak makan lah. Kelasss diorang ni. Nak peksa UPSR je pon sampai buat pulut kuning dengan ayam panggang lagi. Ma buat rendang je. Tapi sedap!

Ada acara suap-menyuap pulut antara ibu bapa dengan anak yang nak UPSR, Majlis Penyerahan Ilmu daripada cikgu kepada murid. Macam2 lah. Memang meriah.

Aku UPSR dulu takde pe pon. Terus exam je. Tapi dapat jugak 5A. Hihi.. Kecik2 dulu memang pandai. Dah besar je pemalas tak hengat.

Nanti free aku letak gambar. Hari ni tak bawak kabel. Tak balik rumah tadi, terus mandi kat rumah kawan dan ke ofis.

Esok Uyi UPSR. Semoga dia lapang dan tenang hati. Mudahan2 dia dapat jawab. In sha Allah.

Hari ni jugak amat istimewa dalam hidup aku. I feel good. I feel safe. I feel better. I feel secure. I feel more comfortable.

Semoga istiqamah.

Ameennn.

:)


3 comments:

broken_nigina said...

wah sedapnya pulut kuning ngan ayam panggang.

deaf-angel said...

abis UPSR merdekalah ye Uyi.
Apa pun semoga pass ngan flying colors.

cLina BeLedZa said...

gina,
sedap! dah le tengah lapar.

deaf,
in sha Allah... :)