Salam.
Alhamdulillah... Selamat sudah menjalani ibadah puasa dan Aidilfitri untuk tahun ni. Syukur sangat2 dapat merasa lagi keindahan dan kemeriahan suasana raya dengan famili tercinta. Semoga dapat lagi nikmat tu pada tahun depan. In sha Allah :)
Cuti raya tahun ni seminggu je. Tak lebih. Tak kurang. Ngam2 cantek seminggu. Sebab cuti aku dah takde. Hahh.
Pon begitu, cuti raya kali ni tak lekat kat rumah. Asik berjalan je. Dari raya pertama lagi. Start raya kedua rumah kosong terus. Agaknya la kan, mesti siapa2 yang datang nak beraya kat rumah bengang je.. Ye la, pintu tutup rapat, takde orang. Nak beraya pekebendenya. Huhu.
Raya ketiga kitorang ke Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Sewa chalet satu malam sebab malam tu ada bbq. Wahh.. sangat seronok. Dah lama tak spend masa kat pantai dengan keluarga beramai2 macamni. Tapi pantai ni aku tak berapa selera sangat nak mandi walau dalam hati ni membuak2. Next time kena cari pantai yang cantik dan bersih sikit yea :)
Nak cerita sikit pengalaman balik kampung melalui jalan Grik-Jeli. Well, dari KL nak ke Kuala Kangsar jalan memang cantik. Ye la, hiway je kan. Straight je takde belok2. Cuma waktu malam aku balik tu jalan agak jem sikit. Rehat tidur kat Tapah je dekat 4jam. Trafik slow moving. Kereta banyak. Lum kira ada eksiden lagi.
Bajet sangat cantik. Sahur di Kuala Kangsar dan terus solat subuh. Langit dah cerah dan sesuai benor nak teruskan perjalanan ke Grik dan terus ke Jeli.
Jalan nak ke Grik pon cun jugak. Takde bengkang bengkok. Jadi pemanduan sangat seronok. Aku mengikut jalan yang lurus. Takde sesat2. Perjalanan sebenar bermula masa nak masuk ke sempadan Grik-Jeli tu, nak masuk ke Jeli Kelantan. 40minit lepas tu aku rasa mual. Selekoh giler2 tajam. Bukit bukit. Mak aihh.. rasa nak berhenti je, tak tahan aku.
Dekat sejam, sampai ke Tasik Banding. Lepak2 jap snap gambar. Lepastu, sambung balik perjalanan yang memualkan dan tak sabar2 rasa nak sampai kampung.
Jalan memang cantik, tak banyak lopak, lorong memotong boleh tahan banyak. Tapi bab selekoh dia tu yang aku tak tahan. Kejap ke kiri, lepastu belok ke kanan, kiri balik, kanan balik, kiri lagi. Adoiii....
Paling best biler Arowana aku ni berlagak macho mempotong Wira, Waja, Viva. Sib baik tak potong BMW je. Hakhak. Bukan apa, bila naik bukit diorang slow. Aku ni nak cepat sampai kampung-tak sabar, diorang boleh pulak jalan2 makan angin steady je. Apalagi, tekanlah pedal minyak sampai melekat rapat habis. Tak cukup tu, siap tukar gear lagi. Vvvvvrrrooommmmmmmmmmmmmm..... mengaum Arowana aku kerjakan. Memang kelakar bile driver kereta sebelah usha menjeling kitorang. Kahkahkah... Wehhh.. kete siapalah ni mengaum bising mengalahkan enjin turbo tapi mencicit nak memotong nikh. Kereta kecik je tapi ada hati memotong kereta besar ea. Hehe. Amek rasakan. Boleh tahan hebat jugak Arowana aku ni ye membelah Banjaran Titiwangsa.
Cuaca pagi itu panas tapi udaranya terasa nyaman dan segar dan sedikit sejuk. Maklumlah, kawasan bukit kan. Nasib baik takde kabus je.
Walaupon menempuh satu perjalanan yang panjang dan meletihkan, tapi rasa seronok sebab merupakan pengalaman dan perjalanan baru. Sebelum ni lalu Gua Musang, tak pernah lalu hiway ni. Apapon, journey kali ni terasa adventure dan mencabar.
Lain kali balik kampung kita lalu lagi kat situ yea :)
Dari segi masa, tak banyak beza bagi aku. Malah aku lagi pressure kalau lalu Gua Musang. Jalan kampung, tak berapa nak lebar, lori pon selalu menyibuk, RnR tak banyak. Lagi penat aku rasa.
Sayangnya aku tak berkesempatan berhenti ambil gambar kat tempat makan atas bukit tu. Aku pon taktau nama apa. Tapi masa lalu tu, nampak la pemandangan yang cantik kat bawah cerun bukit. Ada orang lepak2 menikmati udara dan environment kat situ. Lain kali aku akan make sure berhenti kat situ.
Pic yang kat bawah ni pon nasib baik ada area untuk orang awam. Actually, ada satu kawasan resort yang cantik dan selalu orang berhenti rehat tapi masa tu resort tutup pulak. Hanya penghuni resort sahaja dibenarkan masuk. Haih. What can i say. Dah merayu kat guard tu. Dia cakap kalau nak masuk makan bolehlah. Cehh..!
Ok. ni je pic yang ada. Sekian.
Pic yang kat bawah ni pon nasib baik ada area untuk orang awam. Actually, ada satu kawasan resort yang cantik dan selalu orang berhenti rehat tapi masa tu resort tutup pulak. Hanya penghuni resort sahaja dibenarkan masuk. Haih. What can i say. Dah merayu kat guard tu. Dia cakap kalau nak masuk makan bolehlah. Cehh..!
Ok. ni je pic yang ada. Sekian.
2 comments:
nice scenery ye. yang satu gambo tu rumput tu banyak putih2 tu sampah ke? weak sey orang gi sana tak jaga kebersihan.
tu la pasal. elok2 tempat tu cantik dicemari dgn sampah pulak
Post a Comment