Mula2 sekali terima kasih dan tahniah untuk PPD Putrajaya sebab bersih, cekap dan amanah. Haa.. jarang aku nak puji2 orang ni.
Alhamdulillah... permohonan uyi nak masuk sekolah kat Putrajaya dah lulus. Syukur sangat2. Terkejut gak aku, dia call semalam. Dah pukul 630 petang time tu. Aku masih kat ofis, memang plan nak balik lambat pon. Tak sangka pulak diorang call petang2 tu ek... lambat balik gak. Saper kate keje kerajaan takde keje, balik cepat memanjang...... Haa.. see.
Aku bajet mesti lambat dapat result, sebab aku apply pon lambat. Hari Rabu baru aku submit, dengan nak buat surat akuan sumpahnya, pulak tu dengar cerita tahun ni PPD terima permohonan yang luar biasa sebab ramai parents luar hantar anak diorang sekolah Putrajaya, so gelabah jugak aku takut permohonan aku tak berjaya. Hantar last2 minit.
Tapi nasib baik semuanya berjalan lancar. Lembut je. Alhamdulilah, Tuhan permudahkan urusan. Dapat pulak sekolah yang aku mintak tu. Suka sangat!
So... nampaknya aku kena prepare mental dan fizikal untuk menjadi ibu sepenuh masa selepas ni. Cuak gak.. huhu.
Whatever it is, inilah kehidupan aku sekarang. Semoga Tuhan berkati dan permudahkan semuanya.
Ameen......
3 comments:
apsal duri2 ni blog?
Disiplin nak macam tentera ke?
amin juga
deaf;
duri2 kasi luka tangan ko..hahahaa
portdy;
thanx fren :)
Post a Comment