FoLLoweRs

Wednesday, January 02, 2013

Hari pelik pertama




Assalamualaikum... hai kawan2, nama saya dot dot dot...........


Heyy.. selamat berjumpa 2013. Selamat kembali ke sekolah. Selamat dan semoga selamat semuanya.

Hari pertama hantar uyi ke sekolah. Mak ai... aku pulak yang berdebar, seolahnya aku yang masuk tingkatan 1. Yang haru tu, masa dengar pengetua dia berucap aku pulak yang rasa nak nanges. Bukan tacing atau terlalu patriotik, tapi sebab teringat masa mula2 aku naik tingkatan 1, terus masuk asrama pulak tu. Lagilah nak nanges. Homesick giler.

Terbayang2 badan aku yang kecik masa tu terkocoh2 berlari, sampai kasut pon tercabut lah. Naik tangga turun tangga, bangun awal2 pagi berebut toilet, mandi kena cepat, badan toksah cakap lah, seminggu orientasi memang masam2 sedap. Huhu.

Tu belum kire kena jerit dengan kakak2 prefect. Setiap senior yang jumpa kena bagi salam. 'Salameleikum kak, salameleikum kak...' sambil terhangguk2. Macam jepun.

Hehe. Itu aku dulu.

Uyi orientasi takde camtu kot. Ye la, dia bukan dok asrama. Cuma kesian kat dia lah kat sini. Mebi agak letih. Kalu kat kampung 6.30 dia baru nak bangun pagi, kat sini 6.30pagi aku dah nak kena panaskan enjin kete. 6.45pagi wajib gerak, kalu tak mesti jem.

Masuk sekolah jam 7.30pagi tapi 7.20 nak kena ada dah. Rasanya hari2 ada assembly kot. Balik kul 2.30ptg kecuali Jumaat 12.30tghari dan Rabu 4.30ptg sebab ada ko-kurikulum.

Hah. aku pulak kejap2 tengok jam, kejap2 tengok jam. Takut terbabas atau terlupa nak ambil uyi nanti! Maklumlah, hari pertama. Buatnya aku leka, naya je.

So automatik rutin aku kat ofis pon slightly berubah. Nak tidur tengahari aku tak beranilah. Kul 2 lebih aku nak kena keluar sekejap jemput uyi. Untuk hari ni, kebetulan adik aku, dik ja pergi imegresen. Bolehlah aku tumpangkan uyi balik.

Untuk esok2 dan seterusnya, aku kena ambil dia dan transit kat ofis sekejap. Kesian uyi, mesti dia penat sikit, tapi aku takde pilihan.

Arhh.. hopefully mula2 ni je. Nanti lama2 bila dia dah biasa, dah ada kawan nanti, dia boleh stay kat library ke... atau mana tau nanti ada kawan rapat yang dok area situ, bolehlah lepas sekolah aku tumpangkan dia kat rumah pengasuh. Pengasuh? Macam budak kecik pulak bunyinya.

In sha Allah.... everything will ok. everything will be ok.. 




2 comments:

deaf-angel said...

Yap dun worri everything is gonna be ok nye. Homework buat kat skolah la. Balik dah free.

cLinaku said...

kat ofis aku dia asik main game.suruh buat keje sekolah tp nak buat kt rumah.
sampai rumah terus solat asar.nasib baik lps tu dia bukak buku buat homework.tp lps siap homeowrk main game,bukak fesbuk lagi.hihi..geram aku.