FoLLoweRs

Monday, January 13, 2014

Januari cepatlah berlalu.




Assalamualaikum... hye.

Januari sangat special. Selain ia adalah bulan pertama dalam tahun Masihi, Januari merupakan bulan kelahiran aku, uyi dan ma. Januari aku rasakan bulan yang paling cepat habis. Errr... aku sorang je la yang rasa camtu. Hehehe. Mungkin sebab kita masih berada ditahun yang baru, masih dibuai tahun yang lepas, jadi kehadiran Januari tak berapa perasan sangat atau malas nak peduli sangat. Aku la rasa camtu. Hikss.

16 Januari ni uyi dah masuk 14 tahun. Wallawehhh.. dah besar anak aku. Dah 14 tahun aku jadi ibu kandung kepada Siti Ainur Shahirah. Bukan tak terasa masa itu cepat berjalan. Aku rasa tu. Tapi tu lah.. tak terkejar. Sebab jarum jam tu berjalan dan terus berjalan.

Aku rasa la kan, kalau jarum jam tu dipusing oleh manusia tanpa menggunakan bateri, nescaya pekerjaan memusingkan jarum jam adalah pekerjaan yang paling penat sekali. Ye la, setiap saat kena berdetik. Non stop. Seperi ombak yang memukul pantai tu la. Tak pernah berhenti.

Uyi takde request secara direct kat aku apa dia nak masa birthday dia nanti. Tapi menurut Dikja, dia nak makan kat hotel. Hahhh. Selera besar anak aku ni. Nak yang high class je. Tapi memang hari tu aku ada terdetik nak bawak dia makan kat Victoria Station. Dia suke sangat sirloin steak. Tapi aku pulak taktau jalan. Hehe. Cadangnya nak berdua-duaan je dengan dia.

Birthday aku pulak nanti.... ekheeemmmmm.......!
Hihi... tak de yang special jugak. Sebab tukang yang nak buat special takde. Hukhukk... Sadis. Layan makan kek je lah kan. Sedap jugok.

Untuk pertama kalinyer dalam beberapa tahun ni aku tak balik kampung beraya cine. Sebab cuti Chinese New Year tahun ni tak cunlah. Jatuh pada hari Jumaat Sabtu. Sabtu tu pulak berkongsi dengan Hari Wilayah. Arghhh... rugi rugi. Tak reti aku nak potong cuti kot mana. Last2, malas nak peningkan kepala aku decide tak balik kampung. Sedih pulak rasa tak dapat balik beraya.

Haihhh... membilang hari jugak menunggu 20 Januari. Mane tau ada kuntuman ros untuk aku? Ahakksss... Mihmihmihhh... perasan sendiri best!





2 comments:

deaf-angel said...

Happy birthday mak uyi, uyi, dan semua la.
Makan hotel pergi makan buffet la. Sampai terpengsan2 haha.

Belum start makan dah pening, tak tahu nak gi kaunter mana, semua kaunter lauk sedap.

Tapi aku suka gi kaunter Chinese food, pasal hari2 biasa mana dapat makan ikan2 mahal gitu sebanyak2, dia buat sop, dia steam gitu..
makan puas2 berapa kali round rata ikan tu haha.

Anonymous said...



20 Jan ek?
nnt i bagi rose utk u.

tapi u dah berpunya ke belum? manalah tahu, kalau kalau saya mengganggu hak milik seseorang.if dah ada janji ikatan tu, declare je lah. sekurangnya takde la secret admirer u tertanya tanya.