FoLLoweRs

Saturday, March 24, 2007

BeRaKHiRNYA SaTu PeRCiNTaaN


Smalam Dot tepon aku ajak kuwar makan, kebetulan aku pon tak de apa2 program so orait je la (ehh..tetiba lak aku dengan senang dan rela hati terima pelawaan dia tanpa banyak soal). Dia datang ngan Lan. Kitorang makan kat Bangi, kat area maner aku pon lupe (sbb aku mmg selalu tak ingat jalan..hehe).

Dipendekkan citer, Liza mintak tolong aku bawak 'barang' yang dia nak pulangkan kat si dia..pas kat Lan suruh Lan pas kat si dia tu sbb diorang housemate. Ermm..memula aku keberatan gak sbb nnti apa plak Lan cakap, aku takmo bende ni jadi kecoh tapi at last aku bawak gak barang yang Liza dah siap packing dlm kotak tuh.

Perbualan antara aku, Dot ngan Lan smalam banyak gak berkisar tentang masalah Liza ngan si dia ni. Oleh sbb kitorang sumer dah berkumpul dan masing2 adalah org yg terdekat ngan tuan empunya cerite, so apa lagi masing2 korek citer aa. Hehe..kelakar gak sebab diorang ni dah tau awal2 lagi rupanyer tentang masalah Liza ngan si dia ni, aku jerk yg malu2 rimau nak start.

Betul la apa yg Liza citer kat aku, apa yang dia rasa dan apa persepsi aku tentang si dia Liza tuh. Memula lepas dengar citer Dot ngan Lan aku kesian ngan xLiza (meh aku ringkaskan utk panggilan si dia). Maksudnya memang dia sayangkan Liza, betul2 nak dan serius. Tapi masalahnya dia tak cukup kuat and tough as a man. Kalau dia betul2 nak Liza, go and fight for her. Jangan mudah tunduk dan mengalah. Ini baru permulaan tapi dah takleh nak handle, camner dia nak protect Liza nanti? Aku bukan suruh dia jadi anak yang derhaka, tapi firm lah dengan keputusan dan bersungguh2 dalam segala hal. Dia lelaki. Dia yang patut usaha lebih. Takkan nak harapkan Liza je yang usaha while his effort gantung je kat dinding? Dah tu kalau rase tak boleh nak teruskan, jangan la bagi harapan kosong kat Liza, jangan gantung tak bertali, jangan tinggalkan terkapai2 tanpa jawapan jangan bagi orang dalam teka teki. Nak tak nak kena terus terang and tell the truth. Kena berani dan kalau tak berani pon kena gak buat2 berani untuk menghadapinya sbb benda ini adalah kenyataan yang mesti ditempuh walau suka tak suka dan bukan main2. Ini tidak, asyik nak mengelak dan bagi jawapan yang tak pasti. Siapa2 pon dalam dunia ni tak suka keputusan yang tergantung. Kalau betul nak, usaha la ke arah itu tapi kalau taknak dan tak boleh terus teranglah. Jangan takut ngan bayang2 sendiri. Memang la pahit utk diterima tapi lagi bagus daripada langsung takde jawapan.

Haii..entahlah! Aku nak citer panjang pon buat apa ek? Tapi aku rasa terkilan gak sbb punca perpisahan itu adalah sebab orang ketiga. Orang ketiganya pulak bukan betul2 dari parents xLiza ni tapi aunty2 dia yang provoke lebih. Yang jadi mangsa adalah pasangan yang bercinta ni lah. Bukan tak sayang, bukan tak mahu tapi terpaksa mungkin sebab mengikut kehendak orang tua. Arrh..lelaki..buatlah apa yang terbaik. Bukan suruh memberontak tapi sayangilah hidup anda, kebahagiaan itu bukan terletak pada mata yang memandang dan mulut yang pot pet tapi dalam genggaman sendiri. Tapi tu lah, macam memula aku cakap tadi, dia terlalu lemah. Mungkin didikan dari kecik buat dia camtu. Ye lah, dia ni manja sket, anak bongsu..memang tak pernah berenggang ngan org tua, sebab itulah. Dia tak pandai nak memberontak. Abis2 pon tarik muka masam, tak balik umah seminggu, tak bertegur sapa. Takkan reti buat sesuatu yang menyakitkan hati org tua. Dan sebab itulah apa pilihan ibu bapa dia tak reti nak menolak. Tak pe lah tu. Tapi itulah yang buat Liza bengang..belum apa2 dah takmo protect Liza..hehe..

Apapon, aku doakan yang terbaik untuk Liza. Ye lah umur pon bukan muda lagi. Lagipon i know how deep is her love to si dia tuh. Sejatii gitu..huhu.. Tapi nak buat camner kan, ni la org cakap jodoh. Mungkin si dia bukan untuk Liza. Tapi kisah ni buat aku mengenal satu lagi spesis lelaki dan satu lagi watak manusia dalam dunia ni. Dengan pemulangan barang2 tu smalam mungkin dia dah betul2 lepaskan sumer tu. Atau hanya sekadar memuaskan hati. Entahlah..

"tiada ku duga permulaan yang jernih
menjadi keruh dengan tiba-tiba
bisa rintangan antara ku dan dia
cinta terhalang oleh orang tua...."
-fauziah latiff (DIA)

2 comments:

Anonymous said...

akummm...
maafla klu aku bg komen ni...saja ja aku follow ko punya blog...
huhuhu dengar citer ni teringat plk kat xgf aku yg skg ni dah dapat anak dah...anak yg melebihi usia pkahwinan depa...
tapi sis, perempuan ni pun ada macam2 perangai gak kan? contohnya macam xgf aku 2...bcinta ngan aku macam nak rak, pas2 tup2 dah pregnant 4bulan...tkezut beruk jgk la aku ni, yelaa dia bcinta ngan aku tapi ngandung anak jantan len!!
kes ni pun dikira jodoh jugak la sebab aku pun tak marah kat dia... time dia ngandung 2pun aku la yg jadi tempat utk dia bsandar buat sementara waktu... yg lawaknya pulak, parent dia sanggup gugurkan anak 2 kalau aku sanggup terima dia.... ish2 sejahat2 aku ni la, tak sanggup aku nak buat camtu..skrg ni aku ada nampak dia kat pasar malam sambil dukung anak...hehehe rasa macam anak aku pulak la budak 2... dia penah cakap kat aku masa last date kami yg dia nak b nama aku kat anak 2...anyway aku pun tak tau apa keadaan dia skrg...moralnya kita ni sama ja semua, kadang2 takdir 2 takkan dapat kita ubah walaupun sekuat mana kita usaha...macam laki 2 jugak, mungkin dia beralah drp menyebabkan liza 2 digelar sebagai anak derhaka...wallahualam la sis...

cLina BeLedZa said...

hermm..thanx. mungkin lelaki tu taknak jadik anak derhaka.Betul. Tak salahkan dia.Cume masa tulis tu emo sket huhu tp tak kisahlah.Yg penting kena redha.err ..salam..