FoLLoweRs

Wednesday, July 04, 2007

ciri2 anak solehah

Pada suatu malam seorang kanak2 kecil kelihatan sugul dan sedih tersandar di kerusi meja makan sendirian. Hidangan sate daging yang tersedia di atas meja tidak sedikit pon membangkitkan seleranya. Apalagi menjamahnya. Kepalanya tertunduk ke bawah.

Tidak lama kemudian, neneknya yang baru masuk ke dapur terpandang akan kanak2 kecil itu lalu duduk di sebelah. Dia memujuk kanak2 kecil itu supaya jangan terlalu bersedih. Sebenarnya kanak2 kecil itu bersedih kerana baru sebentar tadi dia menghantar ibu saudaranya ke stesen keretapi untuk meneruskan pengajian di Uitm. Hilanglah sudah teman gurauannya. Tiada lagi orang yang selalu menyuruhnya mandi tatkala senja menjengah. Tiada lagi orang yang selalu menghantar dan menjemputnya pulang dari sekolah. Tiada lagi orang mahu bawa pusing2 keliling kampung dengan motosikal buruk pada waktu petang. Tiada lagi kawan. Tiada lagi teman bergaduh. Dia terasa kehilangan. Dia sedih. Lantaran itu seleranya terbantut.

Nenek menasihati kanak2 kecil itu supaya bersabar. Ibu saudara bukan pergi makan angin. Bukan pergi jalan2. Tapi pergi belajar. Menimba ilmu. Pergi ke tempat orang pandai2. Pergi ke tempat di mana ibu pernah belajar dulu. Nenek meneruskan lagi, kamu pun harus jadi seperti itu. Belajar kerana ilmu itu penting. Nanti dah besar jadi macam ibu saudara kamu, macam ibu kamu. Pergi belajar. Nah, jangan terlau bersedih, makan sedikit supaya tidak lapar.

Termakan dengan nasihat nenek, kanak2 kecil itu terdiam. Kemudian dia menjamah 3 cucuk sate. Sebelum nenek berlalu keluar, dia berpesan pada nenek supaya mengejutkannya awal pagi esok. Dia ingin bangun pagi. Mungkin ingin awal ke sekolah kerana dia selalu lewat. Lewat ke sekolah kerana lambat bangun. Atau mungkin kerana dia ingin bersarapan di rumah kerana dia tak pernah breakfast disebabkan lambat bangun. Hairan dengan permintaan kanak2 kecil yang minta dikejut awal, lalu nenek bertanya kenapa ingin bangun awal. Dengan tenang kanak2 kecil itu menjawab dia ingin solat subuh esok.

Dan keesokan harinya, tatkala atuk melaungkan azan subuh, makan bangunlah kanak2 kecil itu setelah digerakkan nenek. Mandi dengan air sejuk tanpa rasa takut lagi. Dan setelah selesai mandi dia terus menunaikan solat subuh seperti yang terazam dalam hatinya semalam.

Alhamdulillahhhh....... semoga kamu akan menjadi anak yang solehah..amennnn...

No comments: