FoLLoweRs

Monday, January 28, 2008

Mimpi

Aku mimpi kekasih lama.

Dia datang pada aku. Dia tunggu aku.

Mengajak aku keluar ngedate.

Dia datang seolah mengotakan kata2nya beberapa tahun lepas ‘satu hari nanti saya akan cari awak’.

Dan aku pon menanti.

Dan menanti.

Terus menanti.

Sehinggalah semalam penantian aku berakhir. Tapi cuma dalam mimpilah. Ciss..

Walaupon dalam mimpi, aku rasa gembira jugak. Sehingga terlupa bahawa ianya hanya mimpi mainan tidur yang akan berakhir. Dan tipu semata-mata.

Tapi, ada kebaikannya.

Hari aku dimulai dengan perasaan yang ceria.

Oyeahh... senyum sket!

Monday, January 21, 2008

4 hari selepas uyi genap 8 tahun

9am.

'Kringgg...!'

‘Helo...’

Senyap.

‘Heloo.....?’

‘Assalamualaikum sayang… Selamat hari lahir’

‘Hiiihii… waalaikumussalam, time kasih. Tapi lewat satu hari laa..isk’

‘Memang saya tau, saya ingat semalam tapi tak sempat nak call’

‘Eleeee…’

‘Selamat hari lahir yang ke 50. Dah tua dah.’

‘Oitt...bukan tua, matang.’

‘O ye ke, bukan masak ke?’

‘Masak? Dah lama dah masak.. ranum dah pon..hehe’

‘Hmm.. dah 32 awak ek..’

‘Heyy mana plak 32, 23 lah!’



Ok, selamat hari lahir untuk diri sendiri. Bencinya... dah tambah satu anak tangga.

Kalau boleh taknak ingat hari lahir sendiri, tapi nak buat camaner kan, dah orang wish.. tepon,.. sms.. beli kek.. haiii.. kena la amik tau gak! Hehe.

Uyi nyanyi happy birthday dan siap deklamasikan sajak untuk aku. Hihi.. so sweet.

Masa birthday party dia nanti, dia nak deklamasikan sajak tu sambil petik gitar. Sebab dia cakap dia dah terror main gitar kapok tu. Cewaahh... u really rock bebeh!

Semalam bergayut tak ingat ngan uyi sambil tengok Supernatural II. Ye la, seminggu line free kan. Thanx to Celcom.

Tuesday, January 15, 2008

surat uyi(3)


surat ni aku dapat betul2 hujung tahun lepas. Uyi kirim kat acik dia.
Sayanggg uyi.. rinduu uyi..!!

Esok hari lahir uyi...hepi birthday cayang..!

16 Januari 2000.


masa 4 bulan.


setahun.

2 tahun.
3 tahun.

masa empat tahun. Ngan cousin, eca.

uyi masa lima tahun.

masa birthday uyi yang keenam.

uyi masa tujuh tahun dengan birthday present.


Wednesday, January 09, 2008

Hello... izit me u looking for?

Sejurus selepas sampai ofis, telefon berdering. Panggilan dijawab.

‘Hello..’

Diam.

‘Hello..??’

‘I love u’

....

‘Erkkk….. weii… awak..... AMR..!”



Itulah AMR. Si kawan lelaki yang suka sangat main2.

Dah lama dia menghilang. Lama tak telefon. Lama tak usik aku ngan gurauan2 playboy dia tuh.

Mula2 dulu aku memang terkejut dan blushing. Buatnya colleague aku yang angkat atau bos aku, huh.

Tapi lama2 aku dah biasa dan terbiasa. Dia yang aku kenal hampir 5 tahun ini memang begitu sikapnya. Suka main2. Suka usik2.

Dia rajin telefon aku. Dan selalu juga aku tak angkat call dia sebab tengah busy melayan citer best kat tv. Kacau daun jerk! Aku malas, sebab kadang2 bersembang sampai sejam lebih, dah tentu terlepas citer Green Rose, Love To Kill, Desperate Housewife, CSI, Prison Break etc etc.. So, buat2 tak dengar je lah!

Lama bersembang dengan dia tadi. Al maklumlah… lately jarang call. Itulah kata orang, kalau selalu2 sangat jemu, kalau takde baru terasa rindunya. Nahh.. betullah. Seronok bersembang.. cerita pon takde yang poyo2 atau yang sengal2. Cerita2 orang matured je. Hehe.

Ye lah. Aku lupa. Aku ada kawan.

Ia cuma, kadang2 tak ingat. Manusia, memang suka mengejar benda yang dia suka. Lagi pulak benda yang dia tahu takkan dapat.. lagi nak kejar.

Yang ada depan mata payah nak hargai. Bila hilang baru terasa.

Hari yang terang dan kelam

Dapat mesej dari adik ipar aku berbunyi :-


‘Kak ina ada frenster? Zaki yg tnya. Hmm..ahad ni bz ke? Bleh tlg mak masak2 kt umah? Ada buat mkn2 sket’

Owwhh… aku lupa. Dulu dia ada mesej, nak kenalkan aku pada seseorang yang juga abang angkat dia. Oooo Zaki namanya.

Alamakk… ni ke appointment yang dia nak setkan untuk aku tu? Erkk.. I’m not ready yet la adik!

Teringat mesej2 yang dia pernah send kat aku 2-3 minggu lepas :-


Hihii…bagusla tu. Nk kenalkn dgn abg angkat adik yg sorg lg. Dia baik sgt. Mature! Org kota bahru. Pndai computer. Ada company computer. Nak tak? Blehla yek? Kawan je dulu. If ok..Baru cintaaaa….Auwwww…Dia baik sgt2. Soft spoken. Agama dia pn ok. Byk pengalaman. Byk Bantu adik. Tu sume citer psl dia yg positif la. Yg negative akak kena cari sendiri ok?’


‘Tak sudi ke? Dia x kesah. Kenal, kawan tp x semestinya perlu paksa diri utk kawen. Tak kenal maka x cinta. Get 2 know him 1st. I’m sure u wont regret.’



Auuu… u sure I tak regret? Ayat last tu cam best dan challenging jerk. So, tak salah la cube ek…?

Dan, hari ini dia dah setkan our appointment. Tapi bukan this Sunday sebab aku nak teman Liz beli hantaran kawin. So, the blind date will be on 2nd February.

Tak taulah apsal beriya2 benar dia nak carikan aku boyfren.
.
.
.
.
Ok la. Malas aku nak fikir2. Gasak la, pergi je la. Jumpa. Bukan rugi apa2.

Lagi senang, ada orang uruskan. Uhhh bahagia idup…

Friday, January 04, 2008

selamat datang cinta!

Ewahhhh... romantiknya title!

Takde apa, rasa2nya tahun yang dah berganti baru ni aku nak mencari sesuatu.

Mencari centa kot! Huhu... tak kisahlah centa apapon... tak semestinya daripada lelaki sahaja.

Boleh jadi dari kawan2 rapat, dari kenalan biasa, dari Tuhan (itu yang penting), dari kehidupan, dari pekerjaan, etc etc.

Cinta tu kan asalnya sayang.. kasih. Hermm.

Seperti kata Dr Tuah dalam salah satu artikel yang beliau tulis, perasaan cinta dan sayang itu satu nikmat.. satu anugerah dari Ilahi. Tanpanya, hidup terasa kosong. Takde erti barangkali.

Seronoknya orang berkasih sayang dan berasyik masyuk, begitulah indahnya perasaan cinta.

Dan, untuk permulaan malam ini aku akan keluar dengan seorang rakan yang agak lama tak jumpa. Bukan nak bercinta, tapi sekadar mengisi kekosongan hati yang sepi.

Itu sahaja.

Aku dah dapat cinta dan sayang tu daripada Tuhan, uyi, keluarga dan sedikit rakan2.

Cuma terkadang, perasaannya ada sedikit ruang kosong dalam hati yang rasa2nya nak kena isi.. dan boleh diisi..ek..? Hihi.. whatever!

Daa.

2008.. 8 tahun dan menyusul kek angka lapan.




2008 dah kite. Otomatik umur aku panjat satu lagi anak tangga.

Uyi pon dah darjah 2. Tapi kesian kat dia sebab kena sekolah sessi petang. Huk ala..

Dia mengadu letih, ngantuk dan terasa masa tu amat panjang. Rasa terlalu lama di sekolah. Dan yang paling penting, tak boleh tengok SpongeBob!

Apadaa diorang ni, budak2 kalau sekolah petang memang tak sesuai. Petang otak tak berapa fresh. Dengan pengaruh persekitaran lagi. Dan aku setuju dengan apa yang uyi rasa.. rasa macam lama sangat dok kat sekolah!

Camner ngan riadah diorang? Kat sekolah tu tak kira la. Normally waktu petang budak2 mesti nak main punya.

Kelas tak cukup! Bangunan baru takde. Murid2 ramai, tu yang kena 2 sesi tuh.

Bila masuk bab kelas takde ni yang aku bengang menyumpah2 ni. Sebabnya ia melibatkan hal politik.

Tapak dah ada, plan nak buat satu or 2 bangunan sekolah lagi kat situ tapi tak jalan2 pon. Peruntukan pon rasanya cam dah dapat. Entah, karenah orang berpolitik aku tak faham dan aku tak suka.

Rasa nak daftar untuk mengundi lah. Kalau dah daftar, nak balik kampung untuk mengundi akan diberi tiket bas percuma. Haaaaaaaa.....

Tapi aku nak undi parti cap apa hah?