FoLLoweRs

Thursday, February 28, 2008

Pulut kuning untuk uyi

Isnin baru ni uyi dah start baca al-qur'an. Dah habis muqaddam.

Dan atuk dia dah belikan satu naskah al-qur'an untuk dia mengaji. Hari pertama mengaji dia ambik al-qur'an atuk dia tanpa beritahu.. melilau orang tua tu carik!

Alhamdulillah...

Uyi tak kerap ponteng ngaji. Dah boleh baca slow2. Boleh mengeja.

Hari ni uyi dah habis peksa.

Semalam...

'Bole buat tak matematik tadi?'

'Ermmmmmmmm.. payoh...'

'Ye ke.. uyi kena selalu buat latihan la tau. Agama bole buat tak?'

'Boleh.'

'Baaagus anak ibu.'

'Uyi rasa uyi betul semua bu.'

'Hehe... konfiden tehhh..'

'Hoo.. sebab uyi rasa senang hatiii jah tadi...'

He he.

Monday, February 25, 2008

La la la la... kerjalah!

Keje dalam construction line ni banyak tul dugaan dan cabaran. Ala, mana2 tempat keje pon sama je kan?

Tapi, skang ni opis aku takde projek. Ada pon ciput je. Tu pon lom dapat payment lagi.

Huhh.. takde projek mana nak datang payment? Takde payment camner ngan gaji? Aduhh..

Kompeni macam kapal yang kehilangan nakhoda skang ni. Terumbang ambing di lautan yang bergelora. Tunggu nak karam je kot? Dah la terlanggar iceberg. Bleh tahan lama ker?

Dah la tak dapat bonus tahun ni. Harapkan angpow yang beberapa ratus tu je. Takpe la kan, dah rezeki takat tu je.

Member dah usha2 tempat lain. Aku pon. Dah lama dah.. cuma aku usha gomen. Ntah, lom ada hasil.

Kalau dulu, aku risau sangat. Macam2 yang aku fikir. Umpamanya satu musibah besar yang melanda dan tak mudah nak mulakan semula.

Skang takde dah. Aku percaya pada rezeki masing2.

Bumi Tuhan ni maha luas..kan? InsyaAllah.

selsema lagi.

Uyi peksa hari ni. Bahasa Melayu dan PJ. Ehhh.. PJ pon ada peksa ker?

So, sebelum dia mandi nak ke sekolah pagi tadi aku tepon.

'Eh.. uyi demam eh..?'

'Bakpo nyo..?'

'Tak de la, sore uyi lain... serak. Selsema yer?'

'Hermm.. semalam lagi uyi rasa panas.'

'Alah ciannya anak ibu... abis bole pegi sekolah tak?'

'Hemmm...bolehhhh.'

'Ciann kat uyi, nanti petang jangan main panas tau.'

'Ok. Ibu ibu, pagi tadi kan uyi bangun tido kan... pastu uyi rasa dalam hidung uyi kan baaaanyok sangat taik idung....'

'Haaaa.. tu tanda uyi tak sihat la tu... kan dah kena selsema. Hmmm, ibu dah pesan makan scott's emulsion.. tanak.'

'Uhhh... tak sedap.'



Alahaiii... rindunya kat cayang bucuk ibu..!

Saturday, February 23, 2008

Takpe, aku dah biasa dipanggil kecik.

Hari Sabtu memang hari datang lambat ke ofis(aku la..). Saper2 yang keje hari Sabtu tau le betapa bosan dan nyampahnyer dan bengangnya bile orang lain syok2 layan taik mata kite terpaksa bangun untuk pegi keje yang hanya half saja. Tak produktif aah. Aku kata.

Dan hari ni pon sama. Dengan pantas mandi dan bersiap ala kadar, hari Sabtu kan.. dengan jeans lebih sket dari paras lutut, pakai pon santai je. Kadang macam orang nak pegi pasar pon ada.

Bila bangun lambat, cepat2 bersiap, muka mesti bengkak je. Ahh... aku tak peduli tentang tu sumer. Dah lama aku tak kisah pasal jaga menjaga ni. Asal kulit muka aku dah tak naik jerawat, sudah. Itu pasal takde orang ngorat aku kot? Ekekekeke.

Naik teksi seorang pakcik driver berkopiah.

'Awak ni dari Sabah ye?'

'Aa? Tak la.. dari sini'
. Cit.

'Dari sini? Awak dari semenanjung?' Alahaiii.

'Yee... dari sinilah.'

Huh. Cuba kalau aku cakap dari Kelantan, mesti pakcik tu 'Hah...? Dari Kelantan??'

Malas.

Nanti pertanyaan demi pertanyaan akan keluar dari mulut pakcik yang peramah tu. Lagi pon pagi2 aku memang berat mulut. Malas nak cakap banyak. Lebih suka diam.

Sebenarnya, dah banyak kali orang tanya aku 'dari Sabah ke?'

Entah. Nak kata aku putih, iskkk... malu aku. Sebab ciri2 keputihan tu memang takde beb! Cuma aku tak la itam, tapi tak putih jugak. Ooo.. kulit orang melayu tipikal lah ni.

Muka aku cam cina ke? Tak jugak. Melayu. Tulen bang.

Aku rasa... sebab ketinggian aku kot. Hermmm. Gamaknya. Ceh.


Masa buat medical check up kat sebuah hospital di Tanah Merah sebelum nak masuk ke Uitm;

'Awak ni bukan nak ukur tinggi... nak ukur rendah ni..ehh.' Cis cis cis.

Takpe.

Ehh.. Sheila Majid pon kecikk jugak...!

Friday, February 22, 2008

Cepetang ngan uyi

Borak2 ngan uyi...


'Ibu, ibu janji nak kasi uyi 3 ratus.'

'Ibu dah masuk dalam akaun uyi la, takkan uyi nak pegang duit tu..banyak nanti ilang.'

'Akaun tu apa bu?'

'Akaun tu .. macam bank la. Duit uyi, ibu masuk dalam akaun uyi, kat dalam bank.'

'Masuk dalam bank?'

'Ye la, uyi pon ada akaun sendiri.'

'Duit uyi ada dalam bank la yer ibu?'

'Iyerr... dalam bank tu ada duit uyi.'

'Sumer duit dalam bank tu duit uyi?? Sokmo hok ibu ngan mak teh wat keluar duit tu duit uyi kerr??'

'Ehh.. tak la.. duit uyi dalam akaun uyi la. Duit orang lain pon ada gak.. dalam akaun diorang. Ibu pon ada duit dalam bank, mak teh pon ada.. sumer orang ada. Campur-campur sumer... bukan duit uyi sorang je yang ada tau.'

'Hi hi hi... Sokmo mak teh ambik duit tu, duit mak teh la?'

'Hermm.. tu duit mak teh sendiri la, dia keluarkan pakai kad.'

'Uyi pon buleh ambik la duit tu?'

'Bole.. tapi uyi takde lagi kat ATM tu, nnti uyi besar la kite buat eh?'

'Gano ehh... kad tu buleh keluarkan duit....... Ada duit ke dalam kad tu?'

'Maksudnya, dalam akaun mak teh, dalam bank ada duit la, tu sebab mak teh buleh amik duit dia.. pakai kad.. tapi kena ada nombor dia la.'

'Nombor gapo?'

'Nombor pin.'

'Nombor pin?'

'Herm nombor pin. Ermmm.... dia macam nombor rahsia. Kite sorang je tau, orang lain takleh tau. Nanti kalau orang lain tau nanti dia amik duit kite..? Haaa... habis la duit kite. Macam uyi, uyi pon ada nombor rahsia uyi sendiri.. uyi tak boleh kasi orang lain tau, uyi sorang je tau... haaa.'

'Uyi ada jugak nombor rahsia?? Weee.... uyi tak tau pong. Uyi pon tak tau nombor rahsia uyi... gano ehhh..'

'Hehe.. nombor rahsia tu nanti uyi besar la uyi buat.. skang ni uyi kan takde kad macam ibu ngan mak teh sokmo amik duit tu... tak payah la nombor rahsia..ok?'

'Ibu, nanti kite ambik nombor rahsia mak teh nak, buleh kito ambik duit dio..hihihi'

'Ehehehehe... uyi niiiikhh... nanti mak teh marah tau.. jangan.. tak baik'

'Hi hi hiii... uyi wak lolok jahhh.'

'Hiiii.. caaayang uyi.'


End.

Tuesday, February 19, 2008

surat uyi(4)




uyi dah makin pandai tulis surat.

Tapi, sampai skang aku tak tau apa benda yang dia nak tanya aku. Bile aku tanya dia, dia sengih je.

I miss uyi..... tak sabar nak tunggu bulan 3 nanti.

Rindunyaaaa kat uyi!

NiaRon



Aku suka gambar Ain ngan Tariq a.k.a bakal abang ipar dia a.k.a tunang Liza ni sebab dia sengih cam budak kecik!

Nanti free aku letak gambar2 masa majlis pertunangan Liza itu hari.

Undi cap Amy

'Wei, ko tak balik mengundi ker?'

'Tak'

'Ko nak undi saper?'

'Aku nak pangkah PAS kot! Sebab ada Amy search!'

;p

Sebab aku letih...(sangat)?

Beberapa minggu ni aku selalu mengelak dari bertembung dengan beberapa org yang aku kenal. Esp dari kawasan perumahan aku lah.

Kadang2 tu.. buat2 pandang tempat lain lah, tekan2 handfon lah. Huh! Kalau dalam lrt buat2 tido lah, pejam mata! Bukan sombong atau apa, tapi kadang2 rasa malas nak bercakap ngan org time tu. Rasa nak diam je. Rasa nak berkhayal.. kepala otak nak terbang sensorang. Malas peduli keadaan sekeliling. Lantaklah bising macamana pon, aku tak kisah. Janji aku ngan dunia aku time tuh.

Tapi, tu semua berakhir bila seorang teman menegur aku. Alamakkkk... isk..

Katanya dia selalu nampak aku. Nak tegur, takut menganggu sebab dia tengok aku teramatlah letihnya, mata kuyu jerk. Cehh..! Dia ni pulak jenis friendly giler. Ada je citernya.

Segan pulak rasa. Sebab aku pon actually selalu nampak dia tapi buat2 tak nampak. Arkk... Eh, dia perasan ke aku nampak dia tapi buat2 tak nampak?

'Lain kali tegur2lah yea..!' katanya dengan ramah.

:-)

Thursday, February 14, 2008

Lupe yang membahagiakan

Aku teringin nak wish hepi valentine's day kat dia smalam.

Opsss... baru aku perasan aku dah delete nombor dia dari contact list aku.

Eleh, takde masalah sebab sebelum ni pon aku ada delete tapi nombor tu melekat dalam kepala otak ni. Aku tak lupa. Apalah sangat maknanya padam pada handphone tu sedang hakikatnya aku tak pernah padam dari ingatan.

Dan aku cuba tekan2 nombor dia.


Ehh... bukan nombor ni. Ermmm.... tekan lagi. Eh.. cam tak betul je. Tekan lagi. No. No. Salah.

Jap.... pikir sat. Ermmm.. ni kot. Tekan...tekan..tekan lagi. Ehhhh.. bukan aaaaa.

Ehhh.. apa eh nombor dia?? Isk...

76..77..67...670...760...ehhh.


Last2... aku langsung tak dapat ingat kombinasi nombor dia. Yang aku ingat hanya 017.
Bosan.

Serius! Aku lupa. Terus. Aku biasanya mengingati nombor tu dengan sekaligus. Bila sedikit2 kombinasi tu aku dah blur, maknanya jangan harap la aku akan dapat ingat nombor tu.

Akhirnya.....

Aku berjaya melupakan nombor dia.

Betul ke aku dah betul2 lupa? Atau esok lusa aku akan ingat balik?

Ah, esok tu lain cerita. Ni citer skang.

Tapi... arh, apalah maknanya lupa nombor je tapi muka tuannya masih melintas depan mata aku? Takde maknanya... sigh!

puisi

Aku copy mesej yang uyi hantar malam tadi.

'Bulan meneng0knya merdu dan menyiumnya wangi adakah ibuku menyayangiku dan mencintaiku...ibu cntk xpuisi tu dan ibu sukakannya tak?'

Erk! Terkesima aku sekejap.

Tak tau dari mana dia tiru ayat tu atau dia sendiri pandai2 reka. Tapi yang pasti, uyi memang suka citer lama2 kaler itam putih.


Ermmm... bulan menengoknya merdu? menyiummya wangi? iskkk... apa2 aje la uyi nikh!

Wednesday, February 13, 2008

Sekadar update

Lama tak update. Lama gak cuti. Seminggu lebih. Balik kampung awal dari perancangan asal sebab atuk belah ma meninggal. Al fatehah untuk arwah che'.

Kenduri arwah pada Khamis dan jugak kenduri liza bertunang pada Jumaat. Kerja cuci pinggan mangkuk, periuk belanga dan kuali gajah serta kemas2 dapur dan rumah makan masa 2-3 hari. Penat! Letih! Adehh!

Selamat bertunang untuk Liza dan Tariq. InsyaAllah, bulan 8 nanti ijabkabul lah diorang. Eee, aku plak tak sabar nak tunggu. Huhu.

***

'ibuuu.. bakpo kalau air termasuk dalam hidung kito rasa saaakit sangat, tapi kalau hingus masuk dalam idung dok pong..?'

Ngeeeee....!