FoLLoweRs

Thursday, February 28, 2008

Pulut kuning untuk uyi

Isnin baru ni uyi dah start baca al-qur'an. Dah habis muqaddam.

Dan atuk dia dah belikan satu naskah al-qur'an untuk dia mengaji. Hari pertama mengaji dia ambik al-qur'an atuk dia tanpa beritahu.. melilau orang tua tu carik!

Alhamdulillah...

Uyi tak kerap ponteng ngaji. Dah boleh baca slow2. Boleh mengeja.

Hari ni uyi dah habis peksa.

Semalam...

'Bole buat tak matematik tadi?'

'Ermmmmmmmm.. payoh...'

'Ye ke.. uyi kena selalu buat latihan la tau. Agama bole buat tak?'

'Boleh.'

'Baaagus anak ibu.'

'Uyi rasa uyi betul semua bu.'

'Hehe... konfiden tehhh..'

'Hoo.. sebab uyi rasa senang hatiii jah tadi...'

He he.

No comments: