FoLLoweRs

Monday, February 25, 2008

La la la la... kerjalah!

Keje dalam construction line ni banyak tul dugaan dan cabaran. Ala, mana2 tempat keje pon sama je kan?

Tapi, skang ni opis aku takde projek. Ada pon ciput je. Tu pon lom dapat payment lagi.

Huhh.. takde projek mana nak datang payment? Takde payment camner ngan gaji? Aduhh..

Kompeni macam kapal yang kehilangan nakhoda skang ni. Terumbang ambing di lautan yang bergelora. Tunggu nak karam je kot? Dah la terlanggar iceberg. Bleh tahan lama ker?

Dah la tak dapat bonus tahun ni. Harapkan angpow yang beberapa ratus tu je. Takpe la kan, dah rezeki takat tu je.

Member dah usha2 tempat lain. Aku pon. Dah lama dah.. cuma aku usha gomen. Ntah, lom ada hasil.

Kalau dulu, aku risau sangat. Macam2 yang aku fikir. Umpamanya satu musibah besar yang melanda dan tak mudah nak mulakan semula.

Skang takde dah. Aku percaya pada rezeki masing2.

Bumi Tuhan ni maha luas..kan? InsyaAllah.

5 comments:

pjoe said...

rezeki kadang2 datang melalui sumber yg kita tak sangka

kan?

deaf_angel said...

Aku pun sama jugak kadang2 fikir. Aku sampai terpikir, kalo umur sampai 60 tahun, adakah aku relaks? atau kena jadi security guard? jadi tukang bersih kat Burger King ke Macdonalds? pasal kita tak tahu masa depan cammana. Tapi rezeki tu dari Allah sentiasa ada. Biar sikit, keja kontrek ke, keja daily rated ke, asalkan halal dan diberkati. Ada duit makan pizza, takde duit makan maggi. Tapi usaha tetap usaha untuk cari rezeki for the sake of your love ones.

cLinaku said...

pjoe,
betul tuh!

deaf_angel,
aku pon prnh terfikir...nak keje sampai umo brapa?Takkn dah tua2 pon nak kena torture lagi eh..sadis.Hahhhh..what to do!

broken_nigina said...

cadangan tak bernas..
cari je laki kaya..
itulah kelebihan menjadi pompuan..
:P

cLinaku said...

gina,
masalahnya bukan kite je cari laki kaya,org lain pon berlumba gak...persaingan sengit..hih..!