FoLLoweRs

Saturday, February 23, 2008

Takpe, aku dah biasa dipanggil kecik.

Hari Sabtu memang hari datang lambat ke ofis(aku la..). Saper2 yang keje hari Sabtu tau le betapa bosan dan nyampahnyer dan bengangnya bile orang lain syok2 layan taik mata kite terpaksa bangun untuk pegi keje yang hanya half saja. Tak produktif aah. Aku kata.

Dan hari ni pon sama. Dengan pantas mandi dan bersiap ala kadar, hari Sabtu kan.. dengan jeans lebih sket dari paras lutut, pakai pon santai je. Kadang macam orang nak pegi pasar pon ada.

Bila bangun lambat, cepat2 bersiap, muka mesti bengkak je. Ahh... aku tak peduli tentang tu sumer. Dah lama aku tak kisah pasal jaga menjaga ni. Asal kulit muka aku dah tak naik jerawat, sudah. Itu pasal takde orang ngorat aku kot? Ekekekeke.

Naik teksi seorang pakcik driver berkopiah.

'Awak ni dari Sabah ye?'

'Aa? Tak la.. dari sini'
. Cit.

'Dari sini? Awak dari semenanjung?' Alahaiii.

'Yee... dari sinilah.'

Huh. Cuba kalau aku cakap dari Kelantan, mesti pakcik tu 'Hah...? Dari Kelantan??'

Malas.

Nanti pertanyaan demi pertanyaan akan keluar dari mulut pakcik yang peramah tu. Lagi pon pagi2 aku memang berat mulut. Malas nak cakap banyak. Lebih suka diam.

Sebenarnya, dah banyak kali orang tanya aku 'dari Sabah ke?'

Entah. Nak kata aku putih, iskkk... malu aku. Sebab ciri2 keputihan tu memang takde beb! Cuma aku tak la itam, tapi tak putih jugak. Ooo.. kulit orang melayu tipikal lah ni.

Muka aku cam cina ke? Tak jugak. Melayu. Tulen bang.

Aku rasa... sebab ketinggian aku kot. Hermmm. Gamaknya. Ceh.


Masa buat medical check up kat sebuah hospital di Tanah Merah sebelum nak masuk ke Uitm;

'Awak ni bukan nak ukur tinggi... nak ukur rendah ni..ehh.' Cis cis cis.

Takpe.

Ehh.. Sheila Majid pon kecikk jugak...!

2 comments:

broken_nigina said...

buat gua tertanya-tanya je sekecik mana sis clina nih..

cLinaku said...

ehehehe tak le kecik sgt...tapi uyi tu dah sampai paras dagu ni haa..