FoLLoweRs

Tuesday, June 17, 2008

Jerangkung dalam almari.

Semalam lepas balik kerja, lepas abis citer Soleha aku kemas bilik yang berselerak.

Kain2 baju yang dah berbasuh yang membusut dalam bakul aku lipat dan masukkan ke dalam almari.

Baju2 uyo yang menumpang sebelum dia balik ke kampus uitm aku kemas dan asingkan ke satu tempat.

Baju2 uyi yang sengaja dan tak sengaja ditinggalkan aku sorok dalam drawer yang hanya khas untuk baju2 dia sahaja. Termasuk swiming suit dia. Kat kampung takleh pakai nikh, nanti atuk tegur! Sexy.

Baju2 kurung (wah! skang baju kurung dah banyak tergantung dalam almari) semua aku dah siap gosok hari ahad ari tu (mak aihh..letih nak mampus, 2jam lebih hadap seterika) aku gantung dan susun elok2.

Baju2 kemeja dan blouse, baju2 kerja masa dulu yang aku rasa dah tak bleh pakai sebab tak sesuaiii untuk tempat kerja baru aku ni, aku lipat. Simpan. Kang kalau gantung buat semak almari jerk.

Mainan uyi aku simpan balik dalam beg. Masukkan dalam kotak. Letak atas almari.

Terjumpa surat2 uyi. Yang ditulis untuk aku. Aku baca. Aku senyum. Aku tersengih. 'Uyii...' aku berbisik. Aku mengeluh.

'Rindunya kat uyi.' Terbayang segala2nya tentang dia. Senyum dia. Gigi dia. Kata2 dia. Keletah dia.

Rindunyaa. Ruginya aku tak di samping dia.

Aku simpan balik surat2 dia. Kang nanti lama2 aku jadi sedih. Satu kerja pon tak jadi.

Aku teruskan mengemas. Sepanjang dua minggu uyi dan adik pa kat kl memang bersepah abis bilik aku. Dengan barang mainan uyi, kain baju yang bercampur2.. dalam bakul la, dalam beg la. Memang takde masa time tu. Jadual padat. Kemas apa yang patut jer.

Ohh.. aku sebenarnya cuma nak cerita aku lipat baju semalam.

Dah. Almari aku dah kemas.



8 comments:

deaf-angel said...

everytime aku kat kl, aku ada time aku suka nengok Bella.
semalam first time aku nengok Soleha.
BENCI BENCI BENCI aku kat tuan director.
kenapa dia kasi Soleha berpura2 pancaran sama itu Ferdi dong?
Wa ngak suka sama itu Ferdi.
Mama Ferdi pun wa ngak suka.. Macam tiada cewek lain dalam dunia ini dia mau ambik jadi menantu dong.
Kesian wa sama itu pemandu bas itu..
hahha ( sorry ter emo )

cLina BeLedZa said...

heh...pemandu bas tu namanya Rendra ya dong!Kamu udah tersalah filim.
Aku pon nyampah nengok mak dia tu.
Tapi serius..memula citer ni mmg best.Soleha so sweet.Tapi dah sampai pertengahan citer,dah mengarut2 nthapahapa.Naik bosan.Tapi tgk gak cuma tak se excited dulu.
Tapi serius...memula dulu mmg best, tu yg buat aku follow.

cLina BeLedZa said...

Yang Soleha kena purak2 pacaran itu namanya Ervan.Makasih ya!

broken_nigina said...

lipat baju dalam almari?
oh.
tapi almari bilik gua dia memang jenis simpan longgok.
tu pasal gua longgok-longgok je kain baju dalam tu.

deaf-angel said...

wa sua confuse, banyak sangat ceta indon kat tv haha

deaf-angel said...

nigina
jenis simpan longgok? best nye..

aku lak jenis pemalas, aku lepas basuh terus taruk hangar, keringkan pakai hangar, dah kering terus gantung je banyak2..
nak pakai cakap pakai..

aku kesian nengok orang keja opis or nak gi kerja pakai baju kena gosok..leceh...

pakai tshirt ngan jeans je kan senang, tak payah pegang serika.

cLina BeLedZa said...

skang aku terpaksa bercinta ngan seterika.apa nak buat...

broken_nigina said...

haha..itu la alasan orang malas en/cik/puan deaf_angle bagi membela perbuatan tak lipat kain baju.

jadi trend setter la sis.
mulakan fesyen pakaian berkedut.
;p