FoLLoweRs

Thursday, June 19, 2008

Patut la bawah mata aku asyik bergerak..

Sibuk.

Sibuk semak claim pegawai. Semalam ramai antara yang datang bertanya. 'Saya punya claim camner?' 'Tak siap lagi?' 'Aii.. bulan 5 punyer lom siap lagi? Dah hujung bulan 6 nikh..' Eeiyyy.. Ingat aku takde kerja lain ke asyik nak kena semak korang punyer claim? Rilek aa.

Sedang leka, tiba2 enpon aku berbunyi. Nama adik pa appear. Isk, tak gi sekolah ke budak ni?

Aku : 'Hello?'

'Ibu... uyi ni...'

Terdengar je suara uyi, terus jantung aku rasa lemah dan seolah direntap slow2.

Sebab.. uyi jarang call aku. Dia selalu mesej je kalau rindu atau nak suruh aku return call.

Aku : 'Uyiii... ala sayang... adik sihat? Sori... lama ibu tak tepon adik. Semalam ibu nak tepon tapi ibu tertidur.'

Terdengar slow je suara uyi di hujung talian. Betul2 di hujung. 'Ermhm.'

Uyi : 'Bu... adik rindu kat ibu... '

Alahaiii.... hati ibu mana yang tahan bila dengar anaknya mengadu demikian. Rasa nak terbang je peluk dia.

Aku? Aku pujuk dia... kata aku pon rindu kat dia.

But suddenly dia terus excited;

Uyi : 'Ibu... semalam kat sekolah kan, adik dapat..... bla bla bla....(aku tak dengar tak berapa clear). Pastu cikgu pon cakap..' ooo ini ke siti ainur shahirah? Oh.. pandai awak ni.. Haa budak2 lain patut ikut ainur ni tau.' Hikkk....

Bukan main suka dia bercerita kat aku. Nada suara dia macam banyak lagi benda yang nak dikongsi dengan aku dan tak sabar nak habiskan cerita dia tadi.

Aku : 'Owh ye ke... cerdiknya anak ibu. Hmmmm... rindunya ibu kat uyi. Sayang anak ibu. Cikgu puji adik eh? Ye la, sebab uyi kan cerdik... mesti cikgu sayang kat uyi, kan?'

Walapun tak tau apa benda yang cikgu dia puji tapi itu satu kebanggan buat aku. Kembang sekejap. Takpe, nanti aku suruh liza call buat2 tanya apa benda yang cikgu dia puji tuh.

Uyi : 'Bu, ari tu kan adik mimpi kat ibu. Adik peluk ibu.. adik rindu kat ibu... adik mimpi adik peluk ibu. Pastu.... ermmm... adik lupa doh. Tapi adik rindu kat ibu. Adik rasa nak peluk jah ibu...' (Uyi, kalau nak manja2 ngan aku memang suka bahasakan diri dia adik.)

Aduhhh.... tertekan betul aku dengar. Aku dah tak keruan.

Last aku tepon uyi hari Isnin. Selasa tak. Dan sepanjang semalam memang aku asyik teringat kat uyi. Serius! Tu yang malam tadi aku plan nak call dia lepas Isyak, tapi tertidur pulak.

Rupanya dia rindu kat aku. Aku main teka2 dalam hati, 'agaknya uyi teringat kat aku kot....' Sigh.

Apa lagi yang aku patut katakan untuk redakan kerinduan uyi dan aku sendiri?

Aku layan uyi bercakap dan lepaskan semua. Sepanjang conversation, dia mmg meluahkan rasa rindu dan sayang dia kat aku.

Aku selit2 dengan pertanyaan dan planning nak balik ke kampung nanti.

Uyi : 'Bile ibu nak balik?'

Aku : 'Nanti tak lama lagi, nanti mak teh kawin nanti.'

Uyi : 'Emhhh, ibu kato 2 minggu lagi.'

Aku : 'Erkk... hm ye, nanti ibu balik cuti sekejap sebelum mak teh kawin nanti. Kan baru seminggu. Minggu depan la ye.'

Uyi : 'Baper ari ibu cuti? Sebulan?'

Aku : 'Tak boleh uyi, ibu tak boleh cuti lama.....'

Uyi : 'Baper ari? 3 minggu?'

Aku : 'Nanti.... ibu tanyer bos ibu dulu dehhh..?'

Uyi : 'Ibu cuti la lamo ibu... uyi rindu kat ibu...'

Alahaiiii... memang susah sket kalau cakap pasal cuti ngan uyi. Dia mesti suruh aku cuti lama2. 2-3 bulan la. 8 bulan la. Tak payah kerja terus la.

Ada la dalam 15 minit citer2 ngan uyi.

Aduhh... rindunyaaaa....

Tak tahan aku dengar suara uyi. Bernada rindu. Kesian uyi.

Jahatnya aku. Tak patutnya aku. Kejamnya aku. Ibu apalah aku ni. Arh.

Tak boleh jadi ni, 2 minggu lagi aku kena balik kampung!

********

Lipton ice lemon tea yang aku belikan untuk dia 3 botol, dia tak minum lagi sebab sayang. Nak buat kenangan dia cakap!

2 comments:

deaf-angel said...

lipton ice tu taruk esbok, nanti kalo tak nanti rasa dah lain huhu

kelakar ah pasal suruh ambik cuti lama2 tu.. lain ler kalo jadi tokey huhu.

cLina BeLedZa said...

tu ler.... bile aku nak jadik tokey ek..???