FoLLoweRs

Tuesday, October 07, 2008

Aku memang camni lepas balik kampung.

Setiap kali balik kampung, memang liat betul nak balik kl semula. Apalagi kalau cuti panjang.

Cuti raya baru2 ni tak terkecuali. Haaih. Sedih. Sebak. Nangis.

Sayang nak tinggalkan famili. Sayang nak tinggalkan uyi. Uyi.. Uyiii...!

Malas nak citer pasal jem giler babi yang menyebabkan aku terkurung dalan kete selama 12jam. Semua orang pon tau. Dalam surat khabar pon ada keluar. Brader depan kete kitorang siap amik gambar. Kitorang siap lambai2 peace lagi masa dia snap jem dari blakang pulak.

Sampai kl punggung masing2 kebas, keras, naik kematu dah. Hoho.

Ermm.. Semalam tepon uyi 3 kali. Malam tak sempat cakap ngan dia sebab dia tidur awal. Alahaiii anak ibu. Ibu rindu sangat kat uyi.

'Uyi rindu kat ibu.'

'Malam ni uyi takleh la peluk ibu..'

Uyi... ibu nak uyi tau, ibu sayang sangat2 kat uyi. Uyi sorang je anak ibu. Ibu takde anak lain dah. Ibu pon taknak anak lain. Ibu nak uyi jer.

Tercium2 bau lemak badan uyi, bau pipi uyi, hidung uyi, gigi uyi, air liur basi uyi, rambut uyi, kepala uyi yang hangit2 tu...

Terasa halusnya belaian kulit tubuh badan uyi...

Teringat jari jemari uyi yang tak runcing macam jari nisa tu. Tapi jari uyi kiut walaupon tak cantik. Sebab jari uyi macam biskut jejari tu. Comel je. Nampak macam pendek.. besar. Heh... kiut.. kelakar. Tapi anak ibulah paling cun.

Uyi anak ibu dunia akhirat.....

Ya Allah, lindungilah anak ku dari segala kejahatan. Ameen...

4 comments:

eddie dewanaga said...

huhuhu...

dia pun slalu mengharapkan yg terbaik utk ibunya...

:)

deaf_angel said...

dah oktober dah budak2 nak kat peksa. lepas ni cuti sekolah bawak ler dia lepak ngan ko

anyway, sapa tahu lain kali uyi ada adik. rezeki dia.

broken_nigina said...

susahnya jadi ibu di zaman yang mencabar minda nih.
semoga dilindungi semua.

cLinaku said...

eddie,
sayang ko... eh sayang uyi!

deaf,
huh! jauh wawasan tuh.

gina,
risau.semoga kite semua dilindungi..ameen