FoLLoweRs

Friday, October 10, 2008

Setahun aku tanpa lelaki.

Aku baru perasan. Yea.. aku baru perasan 2-3 hari lepas.

Yang aku sudah hampir setahun tak pernah ngedate ngan mana2 lelaki. Tak kiralah lelaki biasa, luar biasa, agak istimewa, ala2 istimewa, istimewa jadi-tak-jadi. Walaupon sekadar kawan biasa. Huh! Takde. Apalagi yang lebih sedikit dari biasa.

Sebab aku selalu keluar ngan adik2 aku. Tak kiralah ke mana. Daripada shopping, tengok wayang sampai lah lepak2 kedai mamak. Bosan giler memerap kat rumah pon keluar merayap ngan orang yang sama gak. Huh! Patutlah bosan semacam jerk. Ngeh ngeh.

Kali terakhir aku keluar ngan lelaki adalah ngan abang helmi. Heh. Dia sudah hilang sekarang. Malas nak cerita. Biarlah. Itu cerita lain.

Yupe.. dulu aku rapat ngan dia. Eh sudahlah. Tak payah mention lagi nama dia.

Berbalik kisah aku yang gersang ni. Erk!

Tak tau naper malas sangat rasanya nak keluar ngan kawan2 esp lelaki. Bukan takde yang mengajak. Kat opis ni pon ada. Tapi entah! Aku rasa tak bersemangat. Diorang takde inject sesuatu yang boleh kasi aku rasa teruja.. ah bukan. Paling tidak pon ada keinginan nak hang out. Takde!

At the end, aku hanya di sini.

Dah tu, camner nak bercenta?

Dari tadi dada aku berdebar2. Ada getar2 halus. Bukan sebab lelaki atau cinta.

Tapi sebab aku minum secawan nescafe pagi tadi. Bukan pagi tadi je, sepanjang minggu ni aku teguk minuman tu as breakfast. Setahun dua ni aku memang tak minum nescafe. Aku berpantang.

Sebab aku akan mengalami itulah. Debaran yang tak pasal2. Lepas tu lutut aku akan rasa lemah. Doktor kate salah satu kesan gastrik. A'ah, dulu aku pernah diserang gastrik. Seminggu aku menderita. Seksa woo.

Walaupon setahun aku tanpa lelaki, tapi 2-3 bulan ni aku ada lelaki di alam satu lagi. Sedar tak sedar aku seolah dah jadi macam kekasih gelap pulak. Haih. Aku tak suka tuh. Camner nak avoid tuh.

Sehari tak mesej rasa cam tak kena. Heh. Tapi under control lagik.

Ntah. Sajer isi masa terluang kot? Ye ker?

4 comments:

deaf_angel said...

apsal tak bleh minum nescafe?
dah takde caffeine kan?

eddie dewanaga said...

gua mesti nak kena nes, beb..
kalau tak, menggelupur time keja...
mesti balance, caffeine, nicotine,
alcohol(dulu laa..)

lelaki,
can't live with them,
can't live without them...

it's your call!

cLinaku said...

deaf;
entah.takde eh?ada sket tu kot.
sbb dia dah rangsang jantung aku.heh tak tau la kot ada nyakit lain lak.

eddie;
mesti balance eh...ehehe..

lelaki oh lelaki,kadang aku rindu kadang aku benci.

broken_nigina said...

sindrom biasa tuh sis.
asmara sms..
kadang-kadang,memang cuma lamunan perasaan semata-mata terutama bila sunyi.
tapi ia boleh juga jadi sesuatu yang memang bermakna.
so,its time to korek hati cari jawapan.
:)