FoLLoweRs

Friday, October 24, 2008

Eroticism

Aku cakap ngan member, 3-4 bulan kebelakangan ni aku mengalami gangguan.

Gangguan makhluk halus ke? Dia tanyer.

Bukan. Bukan makhluk halus tapi makhluk berkepala hitam. Erk. Kalau ada kaler coklat tu, coklat lah. Kalau merah, merah lah. Zaman skang peribahasa rambut sama hitam hati lain2 tak berapa releven sangat.

Aku jadi bingung. Bukan aku tak pernah kena dulu2. Pernah juga. Tapi tak sehebat dan seteruk sekarang. Nampaknya situasi semakin mengganas. Oo main kasar yea.

Aku semakin bingung. Dan bengong. Sebab hantu2 tu bukan aku tak kenal. Kenal. Malah ada yang memang betul2 kawan tahap giler2. Bergurau, bergelak ketawa. Kawan yang takde feeling langsung dan tak mungkin akan ada. Pendek kata, kalau ko letak dalam bilik berdua dan sexy sekalipon takde stim2 nikh.

Benci betul. Sebab dah merosakkan nilai sesuatu perhubungan tu. Persahabatan dah tak macam dulu. Aku hilang kawan dalam diam.

Ntah. Benda ni takde musim. Bila dugaan tu datang, dia akan datang. Yang penting, samada aku ni sedia dan cukup kuat untuk menepis. Tapi, makin kuat aku tepis, rasanya makin kuat dia datang menggoda. Dengan macam2 janji manis dan pakej2 menarik. Giler. Betul2 giler. Dia giler dan boleh buat aku giler jugak. Gue rasa torture!

Kebetulan. Kebetulan juga makhluk itu tidak datang berseorangan. Eh macam dah pakat2 pulak nak datang sama time? Paling mencabar, macam2 pakej yang ditawarkan! Gilos.

Memang kebetulan. Benda ni datang waktu aku tak punya teman baik. Waktu aku keseorangan. Waktu aku takde sesiapa di sisi. Waktu aku takde protector. Takde motivator. Arhh. Masa ni baru teringat my big bro.

Kadang2 aku jadi seram. Aku tak boleh nak berfikir. Aku takut. Paling aku takut kalau kesalahan itu datang dan bermula dari diri aku sendiri. Camaner aku nak jawab?

Sebab aku manusia biasa yang punya otak, akal dan nafsu. Kalau hari ni aku ok, esok belum tentu. Sedetik apa yang bakal berlaku aku tak tau.

Dan aku bukan malaikat.

Paling aku sedih dan sakit hati, mereka mempunyai tanggapan yang begitu terhadap aku. Kenape ek? Salah ke aku macam ni? Memang la keperluan itu aku tak nafikan tapi bukan sesuatu yang wajib jugak bagi aku. Heh. Benci. Bodoh.

Lantak lah. Aku tak pernah dan tak akan ambil pusing tanggapan itu semua.

InsyaAllah, walaupon aku bukan ustazah dan tak berapa lekat 5 waktu tuh, aku boleh handle benda ni kot. Aku akan ingat dan takkan sia2kan ajaran yang diberi. Ingat Tuhan banyak2.

Tapi aku betul2 terganggu lah! Benci betul. Aku rasa tertekan. Aku nak meluahkan pada seorang kawan. Aku nak lepaskan apa yang terbuku dalam minda ni.

Dan kawan terbaik buat masa ni mungkin blog ni. Yea, at least. Lega dapat meluahkan. Tak banyak, sikit.

Semoga aku tak tergeincir. Aku takut. Sebab aku pon bukan baik sangat.

Aku sayang diri aku.



7 comments:

Geng Metal said...

Bg penampar metal seketul kat muka hantu kepala hitam tuh! Tak pun curah air teh panas berasap atas pala dia ... thehehe payah org centu ...

eddie dewanaga said...

ujian dan dugaan mental tu...


hehehe, pastikan selipar tu masih berbunga agar tidak tergelincir...!

dah tergelincir nanti 'basah' woo...

hehehe...

ilazz said...

stuju dgn geng metal cakap.

Pas tu stuju gak ngn bro Naga psl selipar tu. :P Sekarang kan musim ujan ~huhuhu~

deaf_angel said...

yo! panjang betul ko type ni kali eh

cLinaku said...

geng metal,
wachaa...tamparan paling lembut gua bagi tapi beracun.

eddie,
seliper tu bunga dah nak abis. Nak kena beli seliper baru ;D

ilazz,
aku pon setuju ngan ko!

deaf,
melepas perasaan jerk.

Anonymous said...

aku rasa aku paham apa maksud hantu kau..
semoga diteguhkan keimanan kau dan cuba2lah melengkapkan 5 waktu tu..

insyaallah selagi kita berpaut ditaliNYA tak kan tergelincir dilandasan..

hegira said...

teruskan hidup.