FoLLoweRs

Saturday, October 18, 2008

Kat luar hujan, kat ofis sejuk, kat dalam hati entah lah.

Wah wah... apa aku nak cakap ek.

Si dia dari pantai timur sana nak turun ke kl hujung bulan ni. Dan tentunya ajak aku jumpa.

Ini dipanggil apa yea.. blind date? Err.. aku penah sekali blind date. Memang betul2 real punyer. Ye la masa tu takde internet, mms sumer ni. So, kali pertama jumpa tu memang sangat mencabar minda. Hehe.

Alah, masa tu aku tengah si manis 17. Huhu. Semua perkara buat ikut kepala otak je. Bernasib baik sebab aku ditemani sepupu dan adik amy yang masa tu comel lote baru 4-5tahun. Lebih bernasib baik sebab Hisham Azhar tu baik memang baik orangnya. Yea.. dia memang seorang kawan yang baik. Cume aku tak jadi bercenta ngan dia sebab dia agak sehat orangnya. Hehe. Ingat. Kalau suara dia sedap mesti orangnya biasa2 je. Pengalaman tu beb!

Well, skang semua ada. Dan wajah dia pon aku dah tengok. Sms jangan cakap la. Boleh la masuk pertandingan champion sms.

Cuma... aku tengah konfius. Perlu ke aku jumpa? Nak buat apa ek? Isk.. malu lak rasa.

Pulak tu, pada date yang sama ada kawan ajak melancong ke Endon. Hah! Kenapa nak dilepaskan peluang ni ye tak? Kalau tak, bile lagi aku nak pegi sana? Herm. Tawaran yang menarik tu.

Ah. Tapi dua2 pon melibatkan lelaki. Alah, bosan betul.

Pengalaman mendewasakan. Lagipon status ini buat aku jadi cuak.

Betul ke dia jujur dan ikhlas? Aisehh.. tak tau nak jawab.

Tapi rasanya aku dah ada jawapan. Ke Endon, aku rasa tak jadilah pergi. Jauh. Kot jadi apa2 ker susah aku nanti. Lagipon pergi berdua... errrrr.... fiuhh! Pulak nanti kecoh satu ofis jadi bahan gosip.

Ok. Setel.

Dan untuk blind date yang ini. Entah. Nak pergi tak nak pergi.

Nak jumpa taknak jumpa. Nak jumpa taknak jumpa.

Camner ek kalau jumpa, tiba2 rasa suka betul2 pulak? Huh. Naya. Tidak. Tidak.

Selama berkawan di alam maya ni, aku suka kat dia. Kadang2 rasa sayang pon ada. Rindu pon pernah. Teringat jangan cakap la.

Tapi tu bukan real. Aku tak peduli sangat.

Takut nanti jumpa aku betul2 suka pulak. Haahhhh. Itu memang sengaja ambik pisau potong jari!

Hati, tolong lah yea. Kuat semangat sikit. Yang penting kuat iman. InsyaAllah, takde apa yang memang aku nak jauhi berlaku....

6 comments:

Rambo said...

just folo ur 1st voice of ur heart. itu adalah instinct. tapi kena make sure mana satu 1st voice tu.

cLinaku said...

masalahnya... tak pasti..keliru.

keliru keliru..ramli sarip cakap.

pemuda jalanan said...

selamat hari raya..

deaf_angel said...

fikiran..

broken_nigina said...

find out once and for all..
lebih baik dari berada dalam keadaan blur.

cLinaku said...

pemuda;
hye..lama beraya eh...?

deaf;
fikir fikir..na na na na na...

gina;
seringkali kata2 kau tu berjaya nyalakan mentol lampu dalam kepala otak aku ni.hehe.i definitely like ur words.