aku keliru. siapa aku di hatinya? kekasih? teman? sahabat sejati? tidak bernama? entah siapa2? belum tentu?
aku bukan sekadar ingin berkongsi happiness dengannya. aku juga ingin berkongsi dukanya, sedihnya dan tangisnya. kerana aku marasakan dia sebahagian dari hidupku. kerana aku merasakan dia berkepentingan dalam hatiku. dan kerana aku mahu dia.
namun tidak begitu baginya. aku tidak dibenar untuk merasa kepahitan dan duka lara yang diharunginya. dia teramat bersedih. terlalu bersedih sehingga tiada siapa diperlukan untuk meredakan kesedihan dia.
dia rela bersendirian. keseorangan. meratap hiba. kerana dia tidak percaya siapa2 pon untuk masuk ke dunia kesedihannya. egois.
aku termanggu memikirkan siapa aku di sisinya. tak layakkah aku untuk menyapu air matanya? atau mungkin aku belum cukup syarat untuk sampai ke tahap yang sepatutnya untuk merasa sama apa yang dia rasa? barangkali... barangkali...
serasa langkahku mati dan aku keliru dengan jalan yang bakal aku lalui. betulkah? inikah? apakah aku sepatutnya reverse dan beri laluan kepada kereta yang dah lama q untuk lalu dahulu? (putrajaya kdg2 jem giler...)
Tuhan, beri aku jalan. beri aku petunjuk. aku tak ingin lukakan hati insan insan insan dan insan lain, yang mungkin tanpa aku sedari. entah selama ini mataku ini sengaja buta atas ketamakan aku sendiri.
aku bingung. dan saat ini aku ingin berlari laju2 ke pantai. berlari dan terus berlari dan terus sampai jauh ke laut dalam.