aku keliru. siapa aku di hatinya? kekasih? teman? sahabat sejati? tidak bernama? entah siapa2? belum tentu?
aku bukan sekadar ingin berkongsi happiness dengannya. aku juga ingin berkongsi dukanya, sedihnya dan tangisnya. kerana aku marasakan dia sebahagian dari hidupku. kerana aku merasakan dia berkepentingan dalam hatiku. dan kerana aku mahu dia.
namun tidak begitu baginya. aku tidak dibenar untuk merasa kepahitan dan duka lara yang diharunginya. dia teramat bersedih. terlalu bersedih sehingga tiada siapa diperlukan untuk meredakan kesedihan dia.
dia rela bersendirian. keseorangan. meratap hiba. kerana dia tidak percaya siapa2 pon untuk masuk ke dunia kesedihannya. egois.
aku termanggu memikirkan siapa aku di sisinya. tak layakkah aku untuk menyapu air matanya? atau mungkin aku belum cukup syarat untuk sampai ke tahap yang sepatutnya untuk merasa sama apa yang dia rasa? barangkali... barangkali...
serasa langkahku mati dan aku keliru dengan jalan yang bakal aku lalui. betulkah? inikah? apakah aku sepatutnya reverse dan beri laluan kepada kereta yang dah lama q untuk lalu dahulu? (putrajaya kdg2 jem giler...)
Tuhan, beri aku jalan. beri aku petunjuk. aku tak ingin lukakan hati insan insan insan dan insan lain, yang mungkin tanpa aku sedari. entah selama ini mataku ini sengaja buta atas ketamakan aku sendiri.
aku bingung. dan saat ini aku ingin berlari laju2 ke pantai. berlari dan terus berlari dan terus sampai jauh ke laut dalam.
4 comments:
hi cik lina,
sabarlah.
mebbe awak pon terlalu special kat dia sampaikan dia tak sanggup nak kongsi duka dia dgn awak.
ataupon, macam yang salu kita tgk dalam movie, mebbe dia perlukan sedikit masa, ye lah..mebbi juga dia baru nak pulih dari suatu yang berat yg menghempap dia.
kita tak tau, kan?
Yang pasti setiap orang ada kisahnya tersendiri.
Mebbe juga dia perlukan masa untuk bersendirian, tak salah kan? sbb kadang kadang kita ni as human adakalanya kita nak bersendirian sekejap. but it doesnt mean yang kita jauhkan diri dari org lain. ye tak?
the best thing is, kita jgn fikir sesuatu yang negatif atau bukan bukan. lagi banyak kemungkinan yang bukan bukan kita fikir lagi la banyak menda menda buruk yang terlintas dan mungkin buat kita terpengaruh.
it is never as good as you think it is, and it is never bad as you think it is.
ada banyak perubahan dalam hidup setiap orang. mungkin if kita berada dalam kedudukan si dia, kita pun, saya pun atau cik lina sendiri memerlukan masa untuk bersendirian kejap. juz untuk memberikan laluan kepada 'sumtin' yang mellintas kat dalam hati n fikiran.
the most importan thing is;
treat everyone the way that you want to be treated as in return.
=)
www.galeriblues.blogspot.com
elop,
gua rasa kalau lu kena pegang dia kuat kuat dan kemas kemas if lu nakkan dia.
kalau dia hak gua, gua akan buat sehabis bagus supaya dia tak lepas dari gua.
cuma gua setuju dgn day dreamer, mungkin dia perlukan masa. lu patut support dia, biar dia rasa lu sentiasa ada kat sekeliling dia. lu tak semesti mau ambil pot apa yang dalam fikiran dia.
itu gua punya rasa la.
semua orang ada kot ruang yang memang tak perlu dimasuki sesiapa.tak ada kaitan dengan penting tak penting orang yang cuba masuk tu.
day dreamer,
ye ker begitu special?bukan ke awak cakap sharing is caring?
tapi ekceli apa awak cakap tu mmg betul. mebi saya yg terlalu emo.tapi saya pon ade perasaan jugak kan?
anonymous,
mmg nak pegang kemas2 dan kuat2tapi tak tau sejauh mana dia tu hak kita.mebi jauh di sudut hati dia, dia keliru dan sebenarnya masih tak dapat lepaskan apa yg telah dia lepaskan dulu.dan lebih malang lagi andainya dia tidak menyedari itu.dia telah lepaskan sesuatu yg sebenarnya dia perlukan.sigh.
kesian kan....?
yelah... lepas ni gua takyah amek pot apa yg dlm fikiran dia lg ek..
gina,
hermm..... ye lah... masing2 ader ruang privacy yg tak perlu diceroboh sesiapa.
err.. tapi tak salah kan kalau sesekali nak merajuk kan..? :p
Post a Comment