FoLLoweRs

Wednesday, February 15, 2012

Beribu bintang di langit kini menghilang




Pernah tak kita tak tahu apa yang kita sendiri nak?

Cis.

Selalu.

Kadang2 nak lunch pon tak tahu nak pilih lauk apa. Padahal depan mata bermacam2 pilihan yang ada.

Belum masuk bab keinginan dalam hidup. Mungkin sebab terlampau banyak yang kita nak sampaikan tak reti pulak mana satu keinginan sebenarnya. Atau terlalu tamak nak grab semua, akhirnya satu pon tak tahu nak pilih. Dan tak terpilih.

Last2, takde apa. Statik di situ.

Hidup macam biasa seolah2 takde target, ikut saja flow. List yang kita nak tu dah tak terlarat nak tengok. Tepu.

Dalam satu2 perhubungan, of course lah nak end up dengan kawen. Untuk yang bercinta lah. Kalau hubungan kawan apa kejadahnya nak kawen pulak kan. Unless kalau dah jodoh. Itu cerita lain.

Tapi dulu, aku pernah berkawan dan tak ingin nak berkahwin. Sebab aku rasa selesa dalam hubungan yang tak menuntut komitmen yang tinggi macamtu. Rileks dan bebas. Takde ikatan tapi terikat dalam satu hubungan yang ikhlas, selamat.

Serta yang paling penting, yakin dengan masing2. Maksudnya lebih kurang gini, andai dunia ni kita dah takde siapa2, kita masih ada dia. Dia tetap ada. Always. Kiranya, kita boleh pegang dia lah.

Memang ok. Sangat ok. Tak menyesakkan kepala otak. Nak kata bercinta, tak. Nak kata tidak, macam yea. Macam belangkas.

Tapi sudahnya, tak ke mana jugak. Sebab lama2 tak sefahaman. Aku ke kiri kau ke kanan. Masing2 ada pendapat dan pandangan yang berbeza tentang hidup dan halatuju.

Itu dulu.

Arh, apa beza dengan sekarang? Kadang2 satu2 ikatan tu buat aku konfius. Betulkah ini terbaik? Betulkah ini ending yang aku nak? Tak takut ke? Tak menyesal ke?

Last2, again i will follow the flow lah.

Mungkin letih. Mungkn malas. Atau lebih tepat takut menyesal dengan pilihan yang kita sendiri buat.

Pilihan banyak. Jalan pon banyak. Tinggal kita sendiri yang tekan butang mana dan ikut panduan.

Moga2 Allah beri jalan dan petunjuk. Ameen...


6 comments:

deaf-angel said...

aku kalo makan nasik campur kan, kalo macam2 lauk pun, tapi kalo aku nampak ikan asam pedas, ah lauk tu jugak aku pilih.
dengan kalo ada lauk pucuk ubi gitu, mesti daun2 tu jugak aku pilih.

cLinaku said...

aku, kalu ada macam2 lauk sekalipon,aku tak reti nak makan banyak2.satu lauk je. ayam dan ayam dan ayam. makan sampai muntah ayam.

deaf-angel said...

abis? takde sayo ke, bagedil ke, telo ke?

ayam kalo tukar2 ok la, ayam lemak ke, ayam goreng ke, kentaki ke, nugget ke, sop ayam ke, ciken wing ke..
then tukar2 ikan lauk ke, ikan keli ke, daging ke, beef, mutton..
alrite la tu

cLinaku said...

aku mmg tak makan sayo dari kecik, da besar ni baru blajar makan.tu pon tgk jenis sayo dulu.
aku tak suka banyak2 lauk sbb mengganggu konsentret nak makan lauk utama.kalu nak mkn gak, aku akan ratah lps makan nasik.hehe.buleh gitu?

deaf-angel said...

dari lauk tak abis, ratah la kan.

Eh, sayo ni kan, terpaksa makan la, nak2 usia makin..

( Muahahahaha - ketawa jin ).

cLinaku said...

:p
eleh ko pon sama