FoLLoweRs

Thursday, June 14, 2012

Kaulah yang satu.




Aku suka mendengar. Barangkali sebab aku tak pandai bercakap atau bercerita, sebab tu aku lebih selesa mendengar.

Bagi aku, mendengar membolehkan aku mencedok sedikit sebanyak idea tentang hidup, iktibar atau pengajaran2 yang boleh dijadikan panduan.

Sebab tu, kalau aku bersedih aku juga suka mendengar. Mendengar kisah2 sedih orang lain. Kalau boleh yang lagi sedih, lagi baik. Sekurang-kurangnya, beban sedih terlepas sedikit. Owh.. ada orang lain yang lagi sedih kisahnya. Sedih tak berkurang tapi kita akan beringat dan bersyukur, bukan kita seorang di mukabumi ni yang sedang bersedih. Menderita. Menangis. Ada lagi yang lebih hebat penderitaannya. Camtu..

Dan jugak mendengar kisah2 mereka. Pengalaman2 mereka. Masalah2 mereka. Meluaskan skop pandangan aku tentang hidup. Membuka mata dan minda aku yang kadang2 sempit dan tertutup. Mengetahui tentang perkara yang aku keliru. Sebab banyak benda yang aku tak tahu.

Dahlah kurang membaca, ilmu pengetahuan pon kurang. Jadi, dengan mendengarlah membolehkan aku mempelajari ilmu secara tak langsung. Owhhh begitu.. owh camni.

Aku takde masalah dengan mereka yang ingin berkongsi masalah, rasa atau cerita dengan aku. Ok je. Satakat mendengar, bukan jadi kauselor pon.

Cuma, aku kadang2 mempunyai masalah memperdengarkan masalah aku pada mereka. Setakat masalah atau cerita2 biasa, mungkin tak jadi hal. Tapi kalau perkara yang agak rumit dan berat, aku tak tahu nak luahkan pada siapa dan macamaner.

Bolehkan dia mendengar masalah aku? Terbuka dan rasionalkah dia? Adakah dia memahami kenapa dan mengapa? Prejudiskah dia? Tak dijajakah cerita aku nanti? Tak jadi bahan gossip? Atau lebih teruk lagi, tak dipandang serongkah pada aku dalam diam? Itu lebih bahaya.

Sebab kata orang, orang yang baik tak semestinya mempunyai hati yang baik. Zahir nampak bersih tapi hati kotor macam longkang.

Camaner?

Bila hati tengah resah gelisah, setiap detik rasa tak tenteram. Kalau tenang pon, seketika cuma.

Saat ini, pada siapa nak mengadu?

Aku tau, semua orang akan cakap mengadu padaNya. Yup. Sangat true.

Pada siapa lagi selain pada Allah.

Sebab Dialah Maha Mendengar. Sebenar-benarnya.

Allah, beri aku kekuatan. Dan beri aku teman sepanjang jalan, suka dan duka, tawa dan riang, susah dan senang.

Ameen...



2 comments:

deaf said...

kawan aku ceta pasal kakak dia tiba2 tahu dia ada cancer stage 4. So nak buat apa kan? so doktor dah suruh balik rumah... so kira macam tiba2 je la kan.
So kawan aku tengok kakak dia tengah betul2 dalam keadaan penuh kesakitan dan keperihan.
So kawan aku bisik kat kakak dia suruh selawat.
"semoga nabi tolong". Kakak dia pun I think lepas berapa hari meninggal.
Tapi untuk aku la yang geng tak betul, apa senjata aku ada? apa pendinding aku ada? cuma ayat kursi dan selawat je.
So kadang2 tu bila window terbuka hati aku tiba2 teringat kat Allah, atau time aku dalam kesusahan and God knows kita punya kesusahan masing2. Aku akan ulang2 ayat kursi, dan aku akan ulang2 selawat.

Pasal Allah pun selawat atas Nabi Muhammad. So macam kawan aku cakap " semoga nabi dengar, semoga nabi tolong ", so for your case semoga Nabi dengar ko nye problems and maybe tolong sound kat Allah la.

Sorry la, aku tak reti benda2 geng baik ni semua, tapi I think what I'm saying is not wrong.

cLina BeLedZa said...

deaf;
betul.
aku pon ada mendengar kelebihan2 berselawat ni.
bile kite berselawat ke atas nabi, Allah akan berselawat pada kita balik.haa.. gitu.