FoLLoweRs

Monday, July 30, 2007

Aku tahu hari itu akan datang juga.

Aku bangun kol 4.30 pagi tadi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hermm yer lah, aku bangun sahur. Start ganti poser aah. Lagipon tak lama dah lagi nak masuk Ramadhan. Pejam celik pejam celik tup-tup dah nak poser. Takut tak sempat.


Dari semalam fikiran aku tak tenteram. Aku sebenarnya nak luahkan segala yang terbuku dan tersimpan dalam kepala otak ni. Segala apa yang aku rasa. Tapi aku tak mampu. Aku tak tahu nak tulis camner. Aku tak reti nak ungkaikan apa yang aku rasa. Apa yang aku rasa itulah yang aku rasa. Apa aku rasa.....??


Bila mengingatkan ini semua aku jadi tak keruan. Aku jadi kecut. Aku benci sebenarnya. Aku benci bila dia datang lagi. Dia datang lagi..? Buat apa? Tak payah la susah2. Aku senang dan bahagia sekarang. Jangan kacau aku! Aku tak perlukan kau dan aku tak hingin nak tengok muka kau. Kalau boleh selipar jepun kau pon aku taknak tengok. Aku benci lah. Aku tak suka. Aku menyampah. Aku taknak jumpa kau. Aku tak boleh jumpa kau. Bukan atas alasan benci yang teramat aku tak boleh nak jumpa kau, tapi sebab aku tak mahu. Aku tak nak. Dan aku memang tak nak. Kill! Kill! Kill! Die! Die! Die! (Gayour punyer citer)


Aku bukan nak maki2 atau sumpah seranah kau. Tak. Aku bukan kaki sumpah. Aku pon bukan kaki mencarut. Aku cuma taknak tengok muka kau. Mendengar nama kau pon buat aku sakit jiwa, inikan pula menghadap muka kau. Sumpah, orang Hindustan cakap kalau ada 7 kelahiran akan datang, pon aku tak pasti boleh ngadap muke kau ataupon tidak. Aku tak mahu. Aku taknak dengan melihat muka kau, nafas aku sesak dan tersekat lantaran otak aku yang aktif memutarkan cerita2 lama. Aku taknak. Stop.


Aku serik. Aku sedih. Aku sakit. Aku taknak nangis lagi. Aku tak ingin nak ingatkan kau lagi. Bagi aku kau sudah ku anggap mati. Dan aku suka dengan apa yang aku anggap itu. Sekurangnya aku rasa selamat dan lega. Lenaku rasa aman. Aku tak perlu risaukan kau. Sebab, buat apa risaukan orang yang dah mati. Dah tak bernyawa. Takkan bertemu kecuali di akhirat ataupon kau jadi hantu. Sebab tu aku lega dengan menganggap kau sudah mati. Aku tak perlu fikir apa2.


Namun begitu, aku sebenarnya tetap seorang wanita yang waras dan normal. Walau kau ku anggap mati, tapi aku tau kau masih ujud dan mungkin juga akan datang mencari aku bila2 masa. Cuma aku tak tahu adakah aku sudah cukup bersedia utk menghadapi hari itu.


Dan aku benci untuk menghadapinya. Aku tau aku kena. Mesti. Tapi aku tak suka. Aku benci. Aku taknak. Aduhhh... bencinyer. Apa aku nak buat ??


Kenapa mesti kau datang lagi. Kan elok macam ni ajer. Kau dengan urusan kau dan aku dengan hal aku. Arhh..


Aku taknak duit kau. Kau simpanlah buat kawin. Tak payah susah2. Aku pon tak heran kalau kau jadi jutawan. Bukan sombong, bukan bongkak, apalagi takbur. Tapi aku tak mahu. Aku tak kisah semua tu.


Eee..bencinyer..! Muka kau dah start melintas depan mata aku. Huh.. aku benci bile mengingatkan kau.


Bukan sebab aku tak boleh maafkan kau. Aku dah lama lupa. Dan aku dah lama maaf (kalau kau nak mintak maaf). Aku maaf pon sebab aku malas nak dengar bait2 kemaafan yang bakal kau pohon. So, terus maafkan je lah. Senang. Tak buang masa. Tak payah fikir banyak.


Tapi, nampaknya sekarang kau datang. Datang kau tak pernah aku undang. Tak pulak aku halau kau. Cuma aku berharap kau akan segera pergi. Janganlah datang lagi.


Nampaknya memang masa bergerak pantas. Aku akan berdepan dengan soalan2 dan kemusykilan2 yang bakal menerjah. Dan aku harus bersedia. Bersediakah aku....?

2 comments:

"YanTzY" said...

sis...
maafla sbb interupt sis punya entry ni..tapi entry ni dah "sentuh" ati aku...sebabnya senang je..aku pun ada kisah lama jugak..tapi apa yg berterajang kat kepala otak aku ni "siapa yg datang? or apa yg datang? ex-hubby sis ke?(maaf)"
tapi aku sokong sangat2 kata sis tadi tu..walaupun kita dah anggap "sesuatu" tu dah mati, kita tetap akan ingat dia jugak walaupun ingatan tentang tu takkan pernah kita undang sampai bila2...ia datang tanpa diundang kan sis?

cLina BeLedZa said...

ermm..sebagai manusia yg normal, bukan senang nak melupakan sesuatu kecuali kite dah ilang ingatan..hikss!