FoLLoweRs

Wednesday, September 03, 2008

Salam Ramadan.

Aku pon taknak ketinggalan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam.

Alhamdulillah.. aku dapat berterawih kat surau area umah aku ni. Er tapi semalam tak dapat nak pergi. Sebabnya, masa balik kerja hujan rintik2. Kena kepala aku. Sakit kepala la jadinya.

So, betul2 lepas isyak semalam aku terus pengsan. Nikmatnya tidur... aku lelap sampai jam 5. Nasib baik adik2 ada, bleh jadi tukang dapur sat.

Bila bangun, kepala aku ringan dan rasa segar sangat. Hm iyelah, sebelum ni sakit kepala camner pon aku tak tidur. Ada je benda nak dibuat. Konon nak lawan sakit lah.

Gembira rasa hati. Uyi belum lagi ponteng puasa. Alhamdulillah... tahan jugak dia. Ye lah, tahun lepas dia cuma berpuasa satu hari je. Hukhuk.

Waktu sahur aku call, tengahari sebelum dia ke sekolah aku tepon, petang nak berbuka aku call lagi. Suara lembek aje. Alah ciannya anak ibuuu.

Tapi setiap kali call, dia tak pernah lupa tanya,'ibu masuk duit dalam tabung uyi?'

Haih. Risau dia aku lupa nak penuhkan tabung botol susu dia yang tertinggal kat bilik aku.

Hem. Untuk semua kawan2 selamat menyambut ramadan. Selamat berpuasa.

Heh. Baju raya aku dah siap. Takde presure nak pikir lagi. Ala, baju masa kenduri kawen liza ari tu. Malas nak jahit lain.

5 comments:

eddie dewanaga said...

selamat berpuasa utk anda juga...
bilang dgn si anak tu, it's ok, pelan2 kayuh... jgn paksa2, nanti ibu kasik duit raya...
hehehe...
:)

deaf_angel said...

yo
slamat menyambut ramadhan kat ko n ko nye love ones

cLinaku said...

eddie,
duit raya tu for sure!

deaf;
sama utk ko jugak.

M1N4M1 said...

tabung aku ko tanak penuhkan ke?
selamat berpuasa

broken_nigina said...

selamat berpuasa sis.
kemsalam uyie.
:)