FoLLoweRs

Saturday, February 21, 2009

Lata Telaga Bijih nama diberi.

pose maut dari uyi

sonok tengok budak2 ni

epam ngan uyi

ain mandi pon maintain skirt..huh.

uyi jadi tarzan jap

3 dara pingitan.....






Masa pergi air terjun dekat area umah raya cina ari tu.

Friday, February 20, 2009

uyi


oyeahhh..! best!

Masa ni uyi nak amik hadiah kat sekolah dia. Dia dapat Anugerah Kecemerlangan Akademik dalam Bahasa Malaysia. Hah gitu...


Sebagai seorang ibu, of course aku bangga.

Dan sebagai seorang ibu jugak, aku sedih. Sedih sebab tak dapat teman dia waktu tu. Apa pon, all the best untuk uyi.

Ibu always luv uyi. Muahh cup! cup!


p/s gambar penghujung tahun lepas.

Thursday, February 12, 2009

Keliru

Cak!

Waktu lunch, tak rasa nak tido walaupon rasa sedikit tired.

Lagipon, sibuk bersms dengan seorang kawan lama.

Smalam beli citer Benjamin Button lakonan Brad Pitt tu. Habis sesi makan kat Island Red Cafe, bertukar lokasi ke Steven lak. Terpandang acai jual vcd, aku tersengih jerk. Apalagi, terus la mamat tu datang.

Kalau ada seorang kawan lama.. beberapa tahun tak jumpa, hanya mendengar suara dan membaca cerita menyatakan hasrat nak jadi kekasih tak rasa kelakar ker? Hekhek..

Aku benci lelaki ni.

Mataku merah kerana...

Semalam aku dah langgar janji untuk masuk tidur awal. Aku tidur kul 4 pagi!

Semua gara2 Island Red Cafe.

Heh. Apa tuh? Bisnes punya hal nikh. Tak minat tak perlu. Tapi kalu makan pon dapat duit saper tanak, ye kan?

Huarghhh.. ngantuknyer. 2 jam je dapat tidur. Maner aku nak gagau nak ganti balik masa tidur yang da lepas?

Uhh.. smalam terlepas tengok show si Ally tuh. Bukan selalu follow tapi sebab tajuknye adalah cinta sejati, well.. sesuai sangatlah dengan aku yang tengah mencari cinta ni. Ekekekekekeee.....

Monday, February 09, 2009

uyi ibu

Borak panjang ngan uyi smalam.

'ibu, uyi nak seratus'

'adik nak wat aper? kan ibu da kasi ari tu. da abis?'

'dokk.. cikgu mintak derma'

'banyaknyer uyi nak kasi... kasi sepuluh hengget dah la'

'tok ser.. uyi nok wi seratus'

'isk.. nak wat aper? derma apa sampai seratus tuh'

'uyi nok wi ko palestin...'

'erkk.. ye ker..'

'kalu dok pong wi 5 je lah'

'5 hengget?'

'limo juta limo ratus'

Hee.. rupenyer dia kesian kat rakyat palestin. Dia nak pergi sana gak. Dia cakap nak ikat sorang2 orang Israel tu nak potong kepala diorang dan tukar otak diorang ngan orang lain.

Borak ngan dia sampai suara dia dah slow dan slow. 'uyi da ngantuk....'

Rindunyer! Walaupon dia dah 9 tahun, tapi bile bercakap suara dia keanak2an manja2 pelat gitu.. Dia tak pelat tapi suara dia macam lemak berkrim. Sedap sangat bile mendengarnya. Heh! Anak sendiri kan.... ngeh ngeh ngeh.

Uyi suruh aku kawin. 'ibu kawin la dengan tootttt tu. Nanti best ar umah kite ader swimming pool. Uyi nak duduk tepi tingkap tu.. pastu tiba2 ader sekor kucing nak cakar uyi. Uyi pon terjun ikut tingkap terus masuk swimming pool.' Hehe.

'uyi nak panggil dia aper nanti kalu ibu kawin ngan dia?'

'hah!?' (macam tergamam)'uyi panggil dio tok ayoh... hah ha ha...'

Gelak sakan dia. Sebab orang tu lebih tua dari atuk dia. Eheheheheee...

Materialistik sket budak nikh.


Sunday, February 08, 2009

itu dia.

Aku percaya setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Aku jugak percaya setiap manusia berhak dan layak mendapat peluang kedua.

Tapi ada sesetengah perkara takde kompromi. Dan peluang tak boleh diberi selalu.

Ye dok?

Buhsan

Sesekali hati diusik rindu.

Kenapa susah untuk aku terima kehadiran orang lain dalam hati aku. Bukan tak nak, nak. Tapi terasa macam tak mampu. Tak mampu nak kasi balik perasaan yang sama dihulur.

Itu namanya hati dah tertutup ke?

Dia pernah berkata 'satu hari nanti kau akan faham'

Yer lah. Sekarang aku faham. Rupanya dia tak lama di sini menemani. Hanya seketika. Pernah disuarakan pada aku... kalau lah dia mengenali aku lebih awal. Dan aku hanya tergelak. Kenapa pulak?

Rupa2nya dia takkan ada lagi di sisi aku. Dia pergi.

Sekarang dia tiada. Dia dah selamat posting ke tempat impian.

Dan sekarang aku faham maksud kata2 dia...

Sesekali teringat la pulak....





Friday, February 06, 2009

waktu rehat yang panjang di hari jumaat



Bukan pakwe aku ni. Bukan minat giler babi pon. Suka. Tak boleh mis citer nikh.

So, setiap Isnin memang acara berdating dikenselkan.

Ngantuknyerr .........

Wednesday, February 04, 2009

di bulan februari....

Tau jam baper skang? Kul 7.20pm.

Walaupon aku dah berjanji taknak stay sorang2 kat opis selepas insiden paip air terbuka sendiri (ker aku lupe tutup??) tapi ari ni terpaksa sebab time balik tadi ujan lebat, disusuli dengan angin yang bertiup dengan tidak begitu mesra. Agak ganas. Kalau balik gak, kompem basah start dari pinggang ke bawah. Pastu aku lak jenis rimas kalau basah2 ni. Mesti nak selak kain ke atas. Hehe kang tak pasal2 kena perli ' banjir ehh..?'

So, antara takut dan berani aku duduk gak la ngadap komputer. Lagu2 ganas tadi aku dah stop. Ingat nak ganti ngan bacaan ayat2 al-Quran.. hehe penakut sangat la pulak. Sudahnya, aku tak on apa2, sunyi sepi. Dengar bunyi ekon je. Orang kata kalau tengah takut, deria kite jadi sensitip. Cepat mengesan. Itu le yang aku nak. So kalau aku dengar apa2 bunyi yang tak sepatutnya boleh le aku bertindak cepat. Boleh?

Sesekali kepala aku pusing ke kiri ke kanan. Sesekali aku berdiri. Sesekali aku berdehem. Sesekali aku buat2 batuk. Creett! creet.! Bunyi pewangi otomatik. Terkujat sekejap. Huh.

Tunggu liza amik aku dalam kul 8. Kalau takut sangat aku turun je la karang. Lepak ngan guard kat bawah tu.

Tahun ni umur aku dah 33 dah. Makin lama makin berusia dah aku. Tak lama lagi 35. Pastu 38. Tup tup 40 dah. Tapi takpe, kakak kat opis aku cakap aku awet muda. Tak nampak macam usia sebenar. Thanks to Allah.. dulu aku benci dengan bentuk badan aku yang kecik ni. Skang sebab kecik ni la orang ingat aku ni 28. Ngeh ngeh ngehhh.

Pikir pasal umo ni buat aku risau jer. Yeah. Being single at this age bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan sangat walaupon dulu aku rasa proud. No man no cry la kunun. Eh ada betulnya tuh. Cuma, lama lama lama lama... bosan. Sepi sebenarnya. Kadang2 nak menangis pon ada.

Aku ada berkawan cyber ngan seseorang. Serius la jugak. Macam tahap bercinta pon ada. Kadang aku nak tergelak. Betul ke aku ni? Betul ke sayang? Boleh ke sayang sekadar di alam cyber camtuh? Macan berlakon pon ada. Tapi aku tak risau sangat walaupon dia tu suami orang sebab aku tau hubungan tu takkan ke mana. Lagipon takde dating2. Aku cume nak berteman. Nak meluahkan. Nak bercerita. Nak manja2 sket:p

Aku rindu sebenarnya. Aku rindu nak berteman somebody like Rosli. Aku boleh citer macam2 kat dia. Aku boleh mengadu macam2 hal. Bertengkar. Bergaduh. Dia boleh mendengar segala macam cerita aku tak kira apa version pon. Haih. Betul la orang cakap. Peluang tak datang banyak kali. Arh.. takpe lah. Nak buat macamana kan. Rezeki masing-masing.

Awal tahun ni aku ada cuba up kan social life aku. Heh camner tuh? Aku start contact kawan2 lama. Kuar lepak2. Minum. Ok gak. Ada kelainannya setelah beberapa lama asik kuar ngan adik2 aku je. Dan yang paling best, ada member lama ajak off road nanti. Hah... itu peluang yang aku tunggu2. Masa kerja 4 WheelDrive dulu aku tak berpeluang pergi. Erk.. larat lagi ke nak buat aktiviti lasak tu weh..?

Uyi...? She's so adorable. Nanti aku letak surat yang dia tulis untuk aku.

Secara jujurnya, aku ada ramai kawan. Yang sudi teman, yang sudi belanja makan, yang sudi lepak, yang ajak berdating. Tapi semuanya tak menarik hati aku. Tak tau kenapa. Laki orang tu satu hal walaupon bukan semua. Lagi satu aku was was dengan keikhlasan hati perut diorang tu. Kalau untuk hilangkan kebosanan, memang boleh nak hang out. Tapi aku selalu fikir yang bukan2. Heh... payah payah.

Hah. Sudahnya aku lone ranger lagi lah. Adehh.. hati... kenapalah susah sangat nak berubah yer?

Ulp.. kat luar dah gelap. Dah nak kul 8 pon. Stop la kat sini. Lama2 lepak nanti 'dia' marah. Kata otai kat sini lah. Ceiitt..!

Naluri aku pon da kasi isyarat tanak stay dah. Baik aku turun kat bawah.

Hehe.. rubbish. Sajer menulis isi masa lapang. Lama da tak bukak blog, rindu nak baca blog yang aku suka lepak. Seriyes. Takde banyak masa terluang skang ni. Mintak tukar ke kementerian kesihatan la pulak. Buleh ngorat doktor pulak. Bosan da asik ngorat ngan cikgu ajer. Huhu...

Daa.