FoLLoweRs

Monday, February 09, 2009

uyi ibu

Borak panjang ngan uyi smalam.

'ibu, uyi nak seratus'

'adik nak wat aper? kan ibu da kasi ari tu. da abis?'

'dokk.. cikgu mintak derma'

'banyaknyer uyi nak kasi... kasi sepuluh hengget dah la'

'tok ser.. uyi nok wi seratus'

'isk.. nak wat aper? derma apa sampai seratus tuh'

'uyi nok wi ko palestin...'

'erkk.. ye ker..'

'kalu dok pong wi 5 je lah'

'5 hengget?'

'limo juta limo ratus'

Hee.. rupenyer dia kesian kat rakyat palestin. Dia nak pergi sana gak. Dia cakap nak ikat sorang2 orang Israel tu nak potong kepala diorang dan tukar otak diorang ngan orang lain.

Borak ngan dia sampai suara dia dah slow dan slow. 'uyi da ngantuk....'

Rindunyer! Walaupon dia dah 9 tahun, tapi bile bercakap suara dia keanak2an manja2 pelat gitu.. Dia tak pelat tapi suara dia macam lemak berkrim. Sedap sangat bile mendengarnya. Heh! Anak sendiri kan.... ngeh ngeh ngeh.

Uyi suruh aku kawin. 'ibu kawin la dengan tootttt tu. Nanti best ar umah kite ader swimming pool. Uyi nak duduk tepi tingkap tu.. pastu tiba2 ader sekor kucing nak cakar uyi. Uyi pon terjun ikut tingkap terus masuk swimming pool.' Hehe.

'uyi nak panggil dia aper nanti kalu ibu kawin ngan dia?'

'hah!?' (macam tergamam)'uyi panggil dio tok ayoh... hah ha ha...'

Gelak sakan dia. Sebab orang tu lebih tua dari atuk dia. Eheheheheee...

Materialistik sket budak nikh.


2 comments:

rantong said...

Sekadar ingat mengingatkan. Sambil berblog, jangan lupa selalu berdoa untuk saudara kita di Palestin. Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Sumber: JAKIM
View Profile: Rantong

deaf_angel said...

bagus anak ko
dia prihatin masalah orang, dan kecik2 dah nampak suka derma dan bantu.
you should be happy dan continue to motivate her.
tapi kena bilang jugak yang ko tak chop duit, so mana nak dapat duit banyak2 gitu huhu