FoLLoweRs

Thursday, July 29, 2010

layu di hujung mekar




semalam kan aku bosan, jadi aku berkebun sekejap.

kaktus tu... dari the three stooges dah jadi berdua lebih baik. herm ekceli satu kaktus dah nak mati. jadi sebelum dia melarat baik aku cantas. lagipon aku kesian tengok dia... hidup segan mati tak mau. durinya masih lagi baik tp batangnya macam dah rosak.. dan lembik.



see...


time aku snap pic ni utk tukar pasu dia keadaannya masih baik tapi makin lama makin parah, dia dah tak mampu nak tampung diri dia sendiri.

kesian dia... mati akhirnya... :'( (erk.. macam aku punyer cerita jer...)


jadi korang dapat bayangkan la camner sedihnya hati aku kan.


Wednesday, July 28, 2010

PMS

hari ni aku buat kerja dengan berbasi2.

semangat kurang.

malas.

letih.

kadang2 aku termenung 2-3 minit depan pc. heh.

dalam hati terasa nak marah, sedih, gelisah, benci. kalau dapat nangis cam best sangat rasa. tapi takde bahu nak pinjam.

ofis sejuk giler macam nak membunuh aku dalam neraka ais.

ehh.. ari ni aku da buat 3 entry. huhu.


my dear cLina

dear my blog,

kadang2 aku rasa aku dah tak mampu lagi bertahan. kadang2 aku rasa amat lemah dan tak berdaya. tak sanggup lagi melalui apa yang sedang aku lalui sekarang.

kadang2 aku rasa seperti ingin menangis. ada sesuatu... masih ada sesuatu yang belum lepas. ia masih tersimpan di sini.

kadang2 aku sedih dan terasa bodoh. menipu diri sendiri, berlagak seolah aku mampu mengawal perasaan dan diri. sedang hakikatnya aku amat lemah. lemah sangat...

sampai bila aku akan dapat bertahan? Tuhan, tunjukkan aku jalan.

sungguh. masih berkawan dengan org tersayang yang sah2 bukan milik kita umpama menelan selori kaktus berduri.

bolehkah..? bolehkan aku bertahan..?

aku ingin lari jauh!

poor



manusia kadang2 terlalu amat busy kan.

sebaris ayat pon susah nak reply. atau kalau reply, cume sepatah daripada berjela2 sms yang dihantar. langsung tak berharga.

kadang2 kite tertunggu2, tapi.. macam selalu... lain yang ditunggu lain pula yang datang.

sangat kasihan.

aku rasa sangat bodoh.

sudah. berhenti berharap.


Tuesday, July 27, 2010

the best fall is...



seorang kawan yang tak berapa berkawan text aku :
'senyap. whats up?'

aku replied :
'biasa je. nothing interesting'

dia balas :
'herm.. i m not interesting anymore....'

aku text :
'hey im talking bout me lah'

he replied :
'do something bad, n it will b interesting. do good life is boring. nobody nak baca good news...'

hehe. dalam maksud tu. terus aku tak jadi nak balas.

Friday, July 23, 2010

hidup perlu terus.

hari ni jumaat. last kerja utk minggu ni.

esok sabtu lagi.

weekend.

cuti.

berulang ulang sampai aku mati agaknyer rutin ni.

arhhhhh......!!

aku rasa nak giler.

ulang tayang dan lagi dan lagi.

teringat cerita Rock. lakonan Hasnul Rahmaat sebagai Zack yang bosan mengadap rutin yang sama everyday. hehe .. lawak tul time dia cop setem tuh.

Thursday, July 22, 2010

dan...

aku baru membuang salah satu lovely moment yang ada dalam hidup aku yang tak seberapa ni.

lega?

tak jugak.

tapi rasanya itulah yang terbaik.

sayang jugak sebenarnya.. tapi .. tapi... untuk apa disimpan lagi. taraguna! bak kata bekas pengarah aku.

membuang ia, atau membuang aku daripada ia bukan mudah. tapi aku pejamkan mata. buat2 seolah tak nampak dan tak tau.

hati terasa pedih. macam dihiris pisau tumpul. sakitnyer lambat dan terasa berbisa.

ngilu. macam ujian pap smear semalam.

sakit. jantung seolah direntap sekejap dan diperah pulas. macam nak putus 2 helai urat perut. adehh.

tapi.. menyimpannya.. lebih memilukan. menyesakkan dada. dan terasa ada sesuatu yang masih belum selesai. tak lepas. tersekat. terhimpit. merintih. lebih teruk aku merasakan ini tidak adil untuk aku dan mempersoalkan kenapa dan mengapa. macam tak mahu terima apa yang terjadi.


pergilah.

kau bukan untukku.

-the end-

Saya CiNtA SaMa KaMu...

Dear cLinA..
I Love U so much...do you love me...

Tuesday, July 20, 2010

inilah wanita.



esok aku nak buat satu ujian kesihatan kat sebuah klinik.

asalnya nak pergi ke sebuah hospital kat kl, tapi macam tak berape nak reti jalan nak ke sana. takde org nak temankan. so, aku buat kat klinik yang dekat ajer yang of kos aku tau jalan dia, maner nak parking, maner pintu nak masuk dan maner tandas dia.

doakan semoga aku baik2 ajer.

er.. ekceli aku takut!

seram!

ngeri!

adeehh..!!


Friday, July 16, 2010

apa bolah aku katakan...

aku bosan.

aku bosan dengan life sekarang.

aku bosan dengan perhubungan sekarang.

aku agak bosan dengan kerja sekarang.

aku bosan dengan dia.

aku bosan dengan status poket dan bank.

aku bosan bila balik rumah hari2 selepas kerja.

aku bosan basuh pinggan.

aku dah bosan sapu dan mop lantai.

semuanya membosankan.

cuba dalam hati ader taman cinta, pasti hidup aku takkan bosan.. warghhh.

yeker...?

atau cuba mulakan sesuatu hubungan dengan org yang aku rasa ok, agaknyer berbaloi kot..?

boleh ker..?

try and error.

sanggup??

my weekend.



aku demam.

mata pedih.

kepala sakit.

hidung soosek soksek.

asyik bersin.

takde selera nak makan.

adoiii... weekend demam tak best langsung.

tak boleh nak mc.

dok rumah.

alaaa.. rasa nak makan bubur nasik kampung baru lah!.. :(

Wednesday, July 14, 2010

#uyi


lupe nak cerita.

awal tahun 2010 ada orang nak buat uyi sebagai adik angkat. dan uyi nampaknya agak serius dengan perkara itu.


'ibu, uyi nak amek kakak angkat lah'

'saper?'

'ado la.. dia nak buat uyi jadi adik angkat dia. uyi nok la ibu, lagipon uyi takde kakak'

'hermm... ok lah. bolahleh.

'tapi uyi nak buat betul2 ni ibu...'

'ye lah... taakpelah. buatlah'

'uyi nok dia jadi kakak angkat uyi sungguh2'

'ok.. boleh sayang'

'tapi nak kena naik mahkamah dulu ke ibu?'


eheheheee.... lawak lah uyi nikh!

Tuesday, July 13, 2010

Save Me...



I feel my wings have broken
In your hands
I feel the words unspoken
Inside
When they pull you under
And I would give you any thing you want
You were all I wanted
All my dreams are falling down
Crawling round and round and round

Somebody save me
Let your waters break right through
Somebody save me
I don't care how you do it
Just save, save
Come on
I've been waiting for you

I see the world has folded in your heart
I feel the waves crash down inside
And they pull me under
And I would give you anything you want
You were all I wanted
All my dreams have fallen down
Crawling round and round and round

Somebody save me
Let your waters break right through
Somebody save me
I don't care how you do it
Just save, save
Come on
I've been waiting for you

All my dreams are on the ground
Crawling' round and round and round

Somebody save me
Let your waters break right through
Somebody save me
I don't' care how you do it
Just save me, save me
I've made this whole world shine for you
Just save, save
Come on
I'm still waiting for you

Monday, July 12, 2010

lapan lagi



last week...

'ibu.. esok adik kena rotan'

'hah..! kenaper..??'

'sebab Sains dapat C'

'laaa.... hmm camner leh dapat C tuh. susah ke peksa ari tu uyi?'

'ermm..'

'aduhh... adik baca buku tak..?'

'baco doh... tapi payoh'

'hermm.. camner tu.. cian kat adik.. nanti cikgu rotan kat maner? saper lagi kena?'

'ado... ramai kena. rotan kat tangan'

'nnti lain kali buat betul2 taw'

'takpo.. adik nak bwk minyak gamat esok'

'nak buat aper?'

'ho lah.. letak kat tangan takmo kasi sakit sangat'



esoknyer....

'hm dah kena rotan tadi ea...?'

'ho...'

'hm len kali blajar betul2 taw, takmo dapat C lagi yea'

'takdi kena rotan sebab tak buat kerja sekolah..'

aduhhhhhh...... anak aku nikh!



semalam....

'ibu, uyi dapat nombor lapan...'

'lapan? hermm... ok lah.. nanti len kali kasi dapat nombor 4 yea'

'horr...'

aduhh.. taulah uyi ni suka nombor lapan... sampai peksa pon nak nombor lapan jugak. haihh.

takmo push dia sangatlah.. takmo kasi dia tensen. slow2 lah. tapi tu lah, asyik nombor 8 je, takpon 6.. paling bagus nombor 4. hukhuk.



Thursday, July 08, 2010

terima kasih sahabatku sayang!



sampai je kat ofis pagi semalam ader satu paper bag atas meja. opss... tak sempat nak snap, busy. so snapkan ajer masa balik. tapi da intai apa ada di dalam...




snap jap ah dalam kete.



see...! so cute! comel je dok kat sebelah bekas tisu tu.. matching pulak! itu kotak tisu takkan buang, sentimental value beb!



meh kasi dekat cket. haa... jgn jeles... germany! owhh.. patutlah ahad ari tu tanyer aku sokong team maner. hehe.



owhh yang ini dah lama... yg kaler biru tu beli sendiri sbb time tu kaler merah tu da abis stok. frust sbb ekceli i like red. a few days later yg kaler merah tu tiba2 ada atas meja. hehe. seronoknya! ladybird kat tengah tu dik jarr kasi sempena beli kereta ni. simpan sampai mati.



tak puas hati.. balik umah snap satu lagi paper bag tu. huhu.


p/s terima kasih banyak2. awak memang baik! takkn saya jumpa kawan sebaik awak. walaupon saya tak pernah ucap atau tunjukkan tp dalam hati saya amat senang dengan awk dan terharu atas segala yg awak buat. u r such a wonderfull fren! saya pasti akan nanges kalau berpisah dengan awak. dan saya harap bila awak kawen nanti, awak takkan berubah. kite tetap fren macam biasa. kan..?
sayangnya kita tetap tak boleh berkahwin walaupon saya sayang awak dan awak sayang saya. dan one thing for sure kite pasti takkan jatuh cinta... huhuhuhuhuh....ekekekekeee.....
last but not least.... i really have a great friendship with you. u gave me a shoulder to cry on. thanx!

Monday, July 05, 2010



what a bloody fool you flaming idiot!!

ehh chopp..!

aku bukan suka mencarut.

tapi at least terlepaskan sekali.

dah.

dah.

SIAMANG!!! #$$%^*#$%^&$*

Friday, July 02, 2010

jangan makan hati.

hati.. jangan sedih.

hati.. jangan menangis.

hati.. jangan sakit.

hati.. jangan sebak.

hati.. jangan terkenang-kenang.

hati.. jangan mengharap.

hati.. jangan sayu.

hati.. keep cun.

hati.. kontrol kontrol.

hati.. jangan putus asa.

hati... jangan bersedih....


jangan jangan jangan.