FoLLoweRs

Tuesday, August 31, 2010

Sarjan Hassan movie wajib time merdeka.. kan?



Selamat hari merdeka.

Lepas bangun jam 9pagi dan cuci rambut setelah setengah jam diperap dengan lemon segar, aku bergegas ke ofis.

Takpe. Ikut plan asal. Sebab hati tengah berbelah bahagi... either nak setelkan barang2 raya, nak amek baju melayu abah, nak singgah Jusco lagi untuk gown uyi, nak ke kedai aksesori kereta atau nak cuci kereta sebab kelisa tu dah kotor tahap gaban.

Takpe. Pergi ofis at least buat kerja. At least dapat OT. Duit. At least dapat setel sikit kerja yang mebi aku tak leh buat dalam 2-3 hari bekerja ni. Err.. mood nak balik kampung. Besides, Khamis nanti seharian ada tugasan lain. Jumaat dah tentu hari untuk kutip duit raya. hakhakhak.

Tahun ni aku tak banyak beli kuih. Tak. Tapi tahun ni aku jahit langsir untuk rumah kat kampung. Untuk 2 tingkap dan 1 sliding door. Ehehehe... nak termuntah pon ada. Pegang gunting pon sakit tangan, ni nak suh aku jahit langsir! Hehe. Takpe. Belasah je lah labu. Setakat jahit lurus tu aku rasa boleh kot. Huhu.

Baju kurung aku, iaitu baju raya dan jugak merangkap baju kerja nanti dua2 kaler hitam. Satu kain cotton Jepun dan satu lagi kain batik Sarawak which is bajunya at first nak buat ala kurung moden cket tapi last2nya jadi baju kurung jugak. Whatever.

Sekejap ajer Ramadan almost ke penghujung. Sekejap ajer kan?


'Dia tak ajak akak bukak poser sama ker?'

'Tak.'

'Ee. Jahat dia kan? Sian kat akak.'

'Hmm. Hehe. Sian apanya.'


Eniwei, selamat hari merdeka. Walaupon kadang2 aku sendiri tak pasti adakah kita benar2 telah merdeka.


Dan selamat meneruskan ibadah puasa.

Friday, August 20, 2010

terperangkap dalam diri



heyy... sedar sedar dah masuk hari ke-10 kite berpuasa. alhamdulillah.. tahun ni sempat berpuasa.. dan bertaraweh juga(walaupon tak penuh). insyaAllah.

bulan puasa... lemau sket. tak berapa produktif. aku laa... org lain mungkin tak. sebabnya dalam ofis ni sejuk giler. tambah pulak tak makan, lagi la sejuk. aku jadi benci pulak dok kat ofis ni. sejukkkkkk..!! aku benci sejuk sejuk ni. tak tahan. pakai 2 lapis baju plus stokin pon takleh lawan. adehhh. sakit!

malam pulak, kalau bertaraweh, selesai ajer terus golek. kalau tak pergi, awal2 lagi dah pengsan. flat. naper entah. kalau keluar supper, mata ni terpejam2 tahan ngantuk.

persiapan raya? nanti dah siap baru citer. skang satu habuk pon tak setel lagi. baju, langsir, cookies, baju uyi, baju ma abah, etc.

sesekali buka di rumah. berkali2 buka di luar. sekali buke di picc. 2 kali di buffet score A. 2 kali di pizza. 2 kali di rumah dik jarr.

haih. raya tahun ni takde kad rayalah nampaknya. hm ok laa... macam tak biasa pulak ea.


bos tanyer 'betul ke awak dengan tu.. eddie tu.. eddie dewanaga tu?'

ehehehehehehe.

aku ketawa.


Wednesday, August 11, 2010

Eh.. Dah puasa dah kite. selamat berpuasa yea.



'Salam.
Kete gua probelm dgn lu punya alarm system. angkat ble gua cl. lu nk gua pecah lu punya ofis ke?'


Ekekeke.. kelakarnya bila aku nak jadi gengster! huhu.

Tapi serius. Semalam aku bengang giler bila alarm yang aku masih belum habis bayar tu buat hal. Dah la tak function, pastu effect brake ngan pintu. Dah tak auto-lock. Effect lak kat lampu brek pulak. Tak nyala. Pastu, lampu merah tak padam2. Arhh.. citer banyak2 pon tak reti lah!

Pulak tu bila call budak TKS tu tak angkat pulak. Lagi la hangin satu badan. Geram. Bila kita ada problem takmo jawab pulak. Tu yang aku msg gitu tu. Hehe. Tapi tak mencarut ea. Tak suka. Dan tak reti.

Mesej gitu pon konon nak gertak lah. Bia dia ingat entah jantan keberet maner yang mesej. Huhu.

Tapi berbaloi lah. 15 minit lepas tu dia call balik. Cakap tak dengar lah, tengah solat lah. Hihi. Whatever.

Dan semalam, dekat pukul 1 baru siap diorang menggodam kereta aku. Tak siap lagi tu. System yang diorang remove semalam lum pasang lagi. Tengok lah, kalau sempat hari ni atau esok kasi setel.

Baru hari tu tukar ekzos. Ni masalah ni pulak. Aduyaii... nak duit lah tu. Dah la nak raya. Uwaaaa...

Nomad kata, 'ala rilek la Ina, pakai kete memang camni punya. Nomad dulu pon. Biasa lah tu.' Haa.. ala2 pujuk gitu.

Haiiiii.. gitu eh?


Thursday, August 05, 2010

sakit kepala ni.

pernah tak... kadang2 kite terasa hidup kite ni stuck?

yea.. aku sedang merasakannya.

adik2 ajak aku join MLM. 'bleh buat duit, make frenz, bersosial.'

masalahnya, aku tak minat MLM ni. adik aku, setiapkali nak keluar untuk jumpa prospek atau ada talk, mekapnya toksah cakap lah.

'err nak jumpa prospek kena lawo2 ker? baju kena cantik eh?'

'ini penampilan... takmo prospek nampak kite selekeh. kena jaga.'

iyelah.

ehh... ker aku yang makin selekeh dan selebet? huh.


***

malam semalam minum, lepak2 dengan pajeen, zura, dik jarr and famili. bakal pengantin open table. herm dapat duit EPF dekat 40K, melampau la kalau tak belanja kan.

he still like before, caring dan gentle. carikan aku kerusi untuk duduk. amek itu, ini. hehe. mesti dia layan wife dia macam permaisuri nanti.

'haaa tu la, dulu jual mahal'

'cehhhh.. nonsense. tapi... how lucky his wife nanti kan?' tersengih.


***

aku baru pakai kelisa purple ni dalam 11 bulan. ok, bleh tahan lah. takde buat hal. aku sayang dia.

setakat aku bawak ni... sekali je aku menyebabkan dia luka. tu pon sebab aku terbangun lambat, kebetulan nak kejar signature timbalan pengarah yg nak fly jam 8pagi, tergostan lebih sket dan hasilnya tercium kereta belakang. owh.. tapi takde la kemik. tergores sket je.

tapi itu aku boleh kata ok lagi.

yang buat aku bengkek, angkara budak2 nakal-bodoh-biak yang suka2 hati calar kereta orang. dan jugak pompuan-tak-reti-nak-tolak-kereta-org-yg-double-parking. bukan aku tarik handbrake pon, apalah salahnya ko tolak sikit kelisa kecik tu, macam aku selalu buat, tolak kereta orang lain supaya ko muat nak keluar. ini nak senang ajer! dan hasilnya jugak, tercalar the poor purple kelisa. demmit!

err tapi pagi semalam aku langgar penghadang tol.. kebabowww...!!!

yang tu malas nak cerita.

opss.. bukan aku tak cukup bayar tol yea.. sila amek perhatian. dan aku bukan mamai jugak waktu hujan renyai2 tuh.

salahkan tol tu dan jugak penjaga tol itu. aku tengok dah banyak penghadang tol yang patah.

Sunday, August 01, 2010

table no.11

rindu nak makan ni...



dan secawan kopi.



opss.. aku dapat err.. invitation kot? request dari eddie di fesbuk. tak sabar nak accept ni :p
wah jeng jeng jeng..... :)

majlis perhimpunan bulanan BPTV. aduhh skemanyerr saya!



aku jarang letak gambar ofis. sebab... ntah. tapi sbb aku skang ni ader kat ofis di hari ahad jam 250pm, so meh kite post skali.



ni semua budak2 unit kewangan opis aku. semuanyaa pangkat adik2. mude2 belaka.



kaki busuk.



cehh... begitu serius sekali perbincangan persatuan wanita ini.



ahakss... gua jadi tukang kasi hadiah kat Pengarah untuk disampaikan kat orang. cepat ckett wehhhh...! muke tak bleh blah!



abis majlis terus makan. lapar....! tempat saya sangat bersepah lah!


SEKIAN.