FoLLoweRs

Wednesday, March 05, 2008

Luahan rasa petang yang sentimental dan cool


Ada sesetengah kawan tanya kenapa aku tak kawin lagi. Ada yang mendesak suruh aku kawin lagi. For the sake of uyi katanya.

Selalunya aku akan balas balik dengan jawapan seperti ‘takde orang nak kat aku’ atau ‘ko tolong la cari kat aku sorang’ atau ‘malas lah’ atau ‘tak terfikir langsung nak kawin lagi’ atau jawapan2 yang sewaktu dengannya.

Duduk termenung sendirian. ‘Perlu ke aku kawin lagi?’

Ehhh.. sejenak terasa nak jugak! Bosan kadang2 takde partner ni. Bosan takde teman sejiwa. Bosan tidur sorang2. Dah lama tak dapat kata2 romantis berbaur cinta. Nafkah zahir dan batin yang dah lama tak dipenuhi. Huhu.

Tapi semestinya perkahwinan kali ni aku kena lebih berhati2. Tipu la kalau cakap aku tak serik.. aku tak takut.. aku tak risau. Perasaan inilah yang kadang2 buat aku malas dan tawar hati nak cari pasangan. Kot tersalah pilih? Taknak bodoh untuk kali kedua.

‘Perlu ke aku kawin lagi?’

Perlu ke? Life sekarang pon dah ok. Jadi single pon best jugak. Ikut pengalaman yang lalu, alam perkahwinan ni banyak menyakitkan. Ada hati nak kena jaga. Keputusan tak boleh dibuat sendiri. Bertengkar dah jadi asam garam. Risau dengan segala macam masalah dan sakit kepala dengan karenah dia yang tak responsible. Kecewa dengan harapan palsu yang berkecai. Arhh.. terlalu banyak memendam perasaan sakit hati.. sakit itu ini.

‘Perlu ke aku kawin lagi?’

Perlu. Sebab uyi nakkan seorang ayah. Itu alasan orang sekeliling aku. Bukan aku. Langsung tak terlintas difikiran aku uyi nakkan seorang ayah. Tak perlu. Uyi dah dapat cukup kasih sayang dari atuk, nenek, aku, mak2 dan pak2 sedara dia. Lebih cukup dari kasih sayang ayah dia. Jadi aku rasa alasan tu tak boleh pakai. Hanya alasan semata-mata.

Aku rasa macam jahat. Aku menidakkan keperluan uyi ker? Kasih sayang semua tu tak boleh ganti kasih sayang seorang ayah ker?

Memang kadang2 aku kesian kat uyi. Tapi aku rasa aku dan dia lebih happy dengan kehidupan sekarang. Just uyi dan ibu.

Lagipon, uyi dah tak tanyer pasal babah dia. Apasal babah tak duduk sama? So, aku pon tak rasa bersalah sangat skang ni. Mungkin dah ditakdirkan uyi membesar dengan cara begini. Tak salah pon. Takde cacat cela pon.

Jadi, perlu ke aku kawin lagi? Kalau perlu, ianya untuk keperluan aku sendiri. Tapi macamane, aku sendiri tak percaya dan takut pada ikatan itu. Takut.

Aku cuma risau waktu tua aku jer. Uyi dah besar dan berkeluarga, takde insan tersayang di sisi. Sunyi. Adik2 semua dah kawin. Habiskan sisa2 tua tunggu mati datang menjemput tanpa teman.

Ihhhhh…seram ahh!


********

Aku tak balik mengundi. Eh rasa macam rakyat tak bertanggungjawab pulak!

3 comments:

broken_nigina said...

sebenarnya aci ke kita buat sesuatu sebab rasa benda tuh satu benda yang perlu dibuat walaupon kita sendiri tak percaya dengan benda tuh?

deaf_angel said...

kawin tak kawin life goes on, tapi kalo jumpa someone special, proceed. Maybe bukan skarang, tapi few years down the road kot ekekeke

cLinaku said...

gina,
entah!

deaf_angel,
senang citer, kalo dah jodoh tak ke mana ek...