FoLLoweRs

Friday, March 21, 2008

Tak perlu tunggu gelaran hajah kan?

Pasar malam ari tu aku terserempak ngan Elin.

Kawan sebaya aku masa kanak2 ribena dulu.

Tahun lepas aku jumpa dia, rambut karat kerinting macam mariah karim. Cantik.

Tahun yang sudah dia dengan macam2 fesyen, baik rambut mahupun dressing.
Pendekkata, stylo jugak la. Dia memang pandai bergaya (tak macam aku!)

Tapi ari tu aku jumpa dia dah pakai tudung. Tudung kaler itam.

Cantik. Sebab, aku suka style bertudung macam dia gayakan tu. Sesuai pulak dengan baju. Tak de ketat2. Tak jugak jubah longgar. Just nice.

Tudung dia bukan macam Wardina ke, Ct ke, yang sepit2 atas kepala, selempang sana sini, pusing2 lilit2 atau segala fesyen terhangat bertudung skang ni yang selalu budak2 pakai atau dalam magazine tu. Tapi, simple je. Bukan jugak yang simple macam tiga segi tirus tuh.

Alah, susah pulak nak describe camner. Takpe, janji ada dalam kepala otak aku.

Kot nanti aku dah bertudung (insyaAllah), aku tepek gambo tu kat sini.




Huh. Kalau nak buat benda baik, susah nau nak menyetat! Naper ek.

2 comments:

broken_nigina said...

senyum untuk sis..
semoga niat baik diberkati..
:)

cLinaku said...

err...mintak2..
niat tu penting tuh..huhu jgn niat aje lebih ekk..adehhh!