FoLLoweRs

Monday, July 28, 2008

Parking lime hengget.

2 hari lepas aku call uyi.

uyi : ibu, nanti mak teh nikoh, ramai ke datang nanti?

aku : ramai la.. kawan2 makteh, sedara kite, sedara uncle tariq..

uyi : ramai ker? diorang datang naik bas la nanti?

aku : eh takdelah sampai naik bas uyi. Diorang datang naik kete masing2 lah. Dia naik kete dia, dia tu naik kete dia tu. Sendiri2 la. Tapi banyak la.

uyi : hmm.. nanti uyi nak jaga parking la... uyi nak ambik limo inggit so keto.

aku : ehhh budak nikhhh... ekekekekeee... ada je idea dia nak dapat duit. Kepala bisnes la uyi ni ehh?

uyi : hihihi... nanti uyi nak pakai topi ngan misai pokcik palsu... jaga parking.


Kelakar uyi ni. Ada pulak nak jaga parking time kenduri. Siap caj lime hengget lak tu.

Memang bisnes minded betul lah. Ada je idea dia nak buat duit.

Thursday, July 24, 2008

Memang bukan cerita baru.

Takde cerita baru.

Tapi dalam 3-4 hari ni aku sibuk dan asyik bermain sms dengan seseorang.

Heh. Entah kenapa. Bile eh ia bermula? Kenapa pulak aku bermain sms ngan dia? Camaner ia bleh terjadi?

Tapi memang syok! Sejibik macam orang yang sedang dilamun! Bayangkan, pepagi dapat sms. Sayang sayang tu memang dah biasa lah. (ops..tapi memang dia selalu usik aku dengan perkataan tu, so aku dah lali dan tak kisah)

Malam pun gitu gak. Heh yang aku pon melayan sama apa hal??

Sepanjang hari ada je sms yang datang dari dia. Sepanjang hari tu! Eh eh.. yang aku pon rajin membalas dan bagi respon kat sms dia apsal?

Owh.. aku bosan agaknya. Lately memang memboringkan. Kerja pon tak banyak kat ofis ni. Banyak masa boleh khayal2 dan goyang kaki dan badan.

Masuk hari ke-empat (semalam) dia tanya aku 'apa perasaan aku kat dia sejak 2-3 hari ni?'

Alamak! Ni soalan perangkap ni. Sebab dia ni, dari dulu memang suka main2 ngan aku. Bukan baru kenal dia sehari dua, dah hampir 7 tahun. Dan hampir 5 tahun tak pernah jumpa. Nak diikutkan, semua kawan2 yang seangkatan dengan dia dah ramai yang lesap. Cuma dia aje yang masih aktif menghubungi aku.. melalui sms atau call.

Takkan la dia betul2 suka kat aku ye tak? Walaupon dia selalu cakap dia sayang kat aku. ('saya dari dulu sampai skang tetap sayangkan awak'<- wah syahdu dan terharu aku baca sms dia!)

Sebab dia suka main2. Kadang sampai aku naik muak dan bengang dengan usikan dan lawak dia. Menyampah.

Aku rasa hari ni stop lah kot permainan sms kitorang. Dah lama dah. Masuk hari ke-4 ni. Nak citer apa lagi? Apa orang cakap.. cinta lokasi? Hah ini cinta sms sekejapan.

Takkan lah aku pon suka kat dia ye tak? Heh lawak. Takde lah. Aku cuma rasa seronok dan kelakar. Aku tak pernah suka kat dia lebih2. Suka sebagai kawan je lah.

Dah. Sambung kerja.

Wednesday, July 16, 2008

Terlepas satu peluang

Semalam aku call uyi.

uyi : ibu, uyi ada satu berita gembira untuk ibu.

ibu : ye ker? apa dia...?

uyi : ibu tau dok?

ibu : dok.

uyi : esok uyi terima hadiah. cikgu suruh datang pagi untuk latihan pastu petang nanti naik pentas amik hadiah.

Aduhaiii... ralat rasanya. Hari sukan, hari penyampaian hadiah hari itu ini aku tak dapat attend. Rugi.

Rasanya, uyi dapat hadiah untuk terbaik BM. Sebab peksa ari tu dia dapat nombor 5.

Pagi tadi, aku call ma. Ma cakap, malam tadi sebelum tidur uyi pesan suruh kejutkan dia pukul 6.30 pagi.

Pagi tadi, belum 6.30 lagi dan ma tak gerakkan dia lagi dia dah tersedar dan bangun terus mencangkung kat depan bilik air. Tunggu Pajeen yang belum siap mandi.

Excited sungguh dia!

Sat2 tadi aku call uyi. Dia citer betapa seronoknya dia dan sibuk2 suruh pak lang record waktu dia ambik hadiah nanti atas pentas.

'uyi rasa berdebar.' Hehe.. comelnya anak ibu!

Uyi... rindunya kat anak ibu. Sayang kat uyi. Seronok dapat dengar suara uyi. Bahagia. Sakit kepala rasa lega.

Tak sabar nak peluk uyi. Erat2. Kemas2. Dalam2.


Friday, July 11, 2008

Rambo.. skang musim buah.. dan musim jiwengs..

Bila renung-renung, imbas-imbas, kenang-kenang.. aku selalu jatuh cinta pada orang yang salah.

Jatuh cinta pada orang yang takde wawasan.

Jatuh cinta pada orang yang tak teguh pendirian.

Jatuh cinta pada orang yang taknak ada komitmen.

Jatuh cinta pada orang yang tak banyak duit. (errrk.....!)

Jatuh cinta pada orang yang tak percaya pada perkahwinan.

Tu semua perkara buruk dalam dirinya dari kaca penilaian aku. Perkara baik.... ada juga, sebab tu aku terjatuh tangga.

Ops.. perlu diingatkan, setakat ni aku pernah jatuh cinta sebanyak 2 kali. Jatuh minat err.. banyak kali.

Jatuh cinta pada abang alid which is my first love dan jugak first sight tak termasuk. Sebab, aku tak pasti samada aku minat giler sampai mati atau itu jugak dikatakan jatuh cinta. Kami tak sempat nak mengukir apa2 impian, cewaah!

Aku rasa macam luv first sight.. sebab aku rasa berdebar yang amat ketika terpandang wajahnya. Aiseh.. tu dah nak masuk citer lain. Stop.


Salah aku ker atau salah orang tu? Atau salah cinta? Atau salah masa?

Kadang2 aku rasa bodoh je dan gelakkan diri sendiri. Dengan orang camtu pon kau jatuh cinta..??

Dah la duit tak lebat, tak komited, bukan reti nak romantik2 ni, ambik hati pon ala kadar je.. pendek kata takde la yang special yang boleh buat seseorang wanita tu rasa terpikat (walaupon saingan aku adalah seorang gro pada ketika tu).

Tapi.... still cinta! Camno aku tak kata aku ni bodoh? Dan tak reti nak berfikir. Dan tak serik2 dengan pengalaman lepas.

Dengan orang yang paling baik dan berbudi pernah kau jumpa tak pulak kau rasa cinta? Atau nak kasi sedikit ruang dan peluang pada dia dalam hati kau? Tapi dengan si dia yang kau gelar cinta tu, bukan main besar ruangan menunggu dan ruang khas utk dia disediakan.

Soal hati ni macam takde jawapan yang logik.

Err.. aku baru lepas call seseorang selepas membaca satu komen. Dan aku rasa aku patut berterima kasih pada deaf_angel sebab dia cakap kadang2 keterhegehan kite tu buat orang hargai.

Yup.. kalau aku tak call dia, aku takkan tahu yang dia masih lagi single, lone ranger, masih di tempat lama, masih mengingati aku, masih segar segala2nya!

Inilah yang dikatakan jodoh. Suka, cinta, sayang... tapi tak boleh bersama. Bukan taknak tapi... arh entahlah. Aku tak pernah ada jawapan untuk itu.

Sedikit demi sedikit aku terima hakikat dan akui bahawa aku tidak ditakdirkan bersamanya. Well, what to do.

Sessi menangis dan berduka lara serta meratapi dan bertanya mengapa dan mengapa dah tamat. Cuma.. sesekali bila angin monsun emosi melanda aku tak boleh nak elak.

Kalau elak, pon ia tetap melanda. Jadi, layankan ajer. Eh, best jugak sesekali melayan jiwengs. Selingan rock 80an.. desire, bloodshed, search, teja, crk, crossfire, projek, kafilah.. uhhh layannn jangan tak layan.

Hermm.. kenapa aku masih mengingati walaupon kami tak jadi? Berharap... sudah tidak. Cuma ingatan tu je tetap ada. Bukan senang nak buang.

Apa yang boleh aku katakan, musim dan kenangan di taman cinta dengan x-husband dulu aku dah lupa selupa2nya. Aku dah cuci bersih. Hati dah neutral. Sungguh. Sesuatu yang tak pernah aku sangka aku boleh lakukan sewaktu masih bersama dia dulu. Heh! Adat la tu kan.

Tapi, yang ini... adoi. Betul2 buat aku terkunci dalam sengsara. Nak tinggal sayang, nak teruskan takde maknanya.

Apa yang boleh aku buat? Itulah.. dulu diri sendiri jugak yang janji takkan ada apa2 kaitan dengan alam perkahwinan. Skang? Karma la eh.

Terlebih emosi pulak hari ni.

Rilek.. aku ada uyi. Ada orang cakap, single is the best... ye kot.

Thursday, July 10, 2008

Pokok vs Lalang.

Hati ni kadang-kadang macam biskut. Sekejap ada sekejap takde.

Sekejap ada perasaan, sekejap lagi hilang.

Sekejap ada feeling, lepas tu macam takde apa-apa berlaku.

Sekejap rasa teruja, tak lama lepas tu rasa biasa.

Sekejap rasa suka sangat, berbalas msg sampai sakit-sakit ibu jari ni. Sekejap rasa bosan, menyampah.

Sekejap minat giler, kemudian rasa bodoh pulak melayan perasaan tu. Buang karen. Malu sendiri.

Hadoiii... hati, kenapalah macam lalang? Tak boleh ke stick macam sebatang pohon yang besar, yang rendang dan rimbun, penuh dedaun.. atau penuh buah-buahan yang masak ranum?

Yang bila ribut datang melanda, guruh dan petir berdentun dentam berirama thrash macam rasa nak putus urat jantung, kilat sabung menyabung tak ingat, dia akan tetap berdiri kat situ. Tak beralih tempat atau berubah arah kecuali tumbang. Yang tu takleh nak buat apa lah.

Atau kena tebang.

Kenapa takleh nak jadi macam pokok? Suka sangat jadi lalang eh?

Tak... tak suka. Benci.

Tapi tak boleh nak buat apa.. terutama bila ia berkisar sola perasaan. Feeling.

Ye ker??

Entah.

Layan blues la pulak...


Wednesday, July 09, 2008

Jemput jangan tak jemput

Uyi telah menjemput sendiri cikgu sekolah dia untuk datang masa kenduri kawin dik jarr nanti. Abah bagitau aku semalam.

7 orang cikgu pulak tu. Siap kasi kad jemputan yang sebenarnya ditempah khas untuk saudara mara terdekat dan kawan baik. Pendek kata, kad untuk para vip lah.

Haii.. pandai pulak si uyi ni jemput sendiri cikgu sekolah dia. 7 pulak tu. Agaknya, asal cikgu masuk kelas dia je, dia bagi.

Entah apa yang dia cakap kat cikgu2 tu. Macam mana ayat yang dia guna aku pon tak tau. Atuk dia dah risau dan segan sebab ada antara cikgu tu sedara jauh belah ma. Bila dapat kad tu, terus diorang contact abah dan tanya.

Aisehh.. kang tak pasal2 diorang ingat apa punya bz atuk dia sampai jemputan pon kena suruh cucu buat?

Dah.. abah nak kena explain kat diorang.

Lagipon, takkan la nak jemput semua cikgu sekolah tu. Guru besar dan cikgu2 yang kenal tu invited lah.

Bila pikir2 balik... segan pon ada, kelakar dan nak tergelak pon ada. Yang si uyi ni, ambik kad jemputan tu tak bagitau pulak kat atuk nenek dia. Main pandai sendiri je jemput cikgu2 tu ke majlis kawin mak teh dia.

Aku ingatkan dia cuma ajak ustazah ngan sir dia ajer. Rupanya sampai 7 orang.. hehe.

Dah. Nak tepon uyi jap lagi. Skang dia tengah ngaji.

Tuesday, July 08, 2008

Selamat pengantin baru dot dot dot...

Alamak..

Lelaki itu dah nak kawin?

Heh! Cepat benor mendirikan masjid kembali!?

Tahniah dan doakan kebahagian dia la ek. Bukan ada apa2 pon dengan dia. Minat yang takde kaitan dengan apa2 perasaan atau feeling. Saje je suka2 isi masa lapang yang ada.

Sebab? Sebab penampilan dan karektor dia best. Sape tak suka orang yang nampak menarik tetapi low profile kan?

Tapi bila dengar dia dah nak kawin pada tarih keramat 8/8/08 nanti, automatik minat dan admire tu pudar dan berkata, 'alaa... nak kawin dah ek...?' Hukhuk.

Buat apa minat kat orang punya eh?

Tak cool langsung.


p/s Apapon, dia tetap cool dan hensem!